Wednesday, April 10, 2013
TERKINI #PRU13 #GE13: Penamaan Calon 20 April 2013...Rakyat MENGUNDI 5 Mei 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRU13 ialah pada 20 April 2013. Manakala tarikh mengundi adalah dua minggu dari tarikh penamaan calon. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 5 May 2013.
Hari mengundi awal pada 30 April 2013. Hari berkempen ditetapkan 16 hari.
Rakyat Malaysia diseru agar menggunakan hak masing-masing dengan betul. Ini kerana sebarang kesilapan memilih parti-parti politik menyebabkan rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk membetulkan kesilapan.
Rakyat juga perlu berfikir dengan bijak dalam berdepan dengan isu-isu semasa yang dicanang dalam media sama ada media elektronik, cetak atau media sosial.
Jangan menggadaikan masa depan negara dan keluarga dan ada sikap 'try and error' dalam membuat keputusan. Pilihan anda akan menentukan sama ada negara akan terus maju atau mundur setapak kebelakang.
GR kata: Rakyat tunaikan kewajiban dan buat pilihan yang bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment