Sunday, January 1, 2012

TERKINI: BUKAN FRU YANG LERAIKAN DEMO DI UPSI SEMALAM!!!


Di sini GR kongsikan bersama petikan dari blog wartawan terkemuka, Mazidul Akmal Sidek yang menceritakan kejadian sebenar insiden di UPSI tengah malam semalam.

Mazidul yang memang diketahui umum seorang wartawan yang berprofil tinggi pastinya tidak akan melaporkan sesuatu yang palsu kerana ini pasti bertentangan dengan etika tugasnya.

Sudah terbukti nyata bahawa portal dan blog pro pakatan haram hanya memainkan isu fitnah yang menyatakan bahawa FRU digegaskan ke tempat kejadian bagi mengawal malaun-malaun mahasiswa yang kurang hajar ini. FRU yang dimaksudkan semalam adalah hanya polis biasa iaitu LSF.

Semua propaganda ini hanyalah satu lakonan drama tamil yang terhebat di hari pertama tahun 2012 ini. Ia hanyalah untuk meraih publisiti murahan disamping propaganda untuk menjatuhkan imej polis sekali lagi.

" Kumpulan seragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF, dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Penang."

Baca lebih lanjut di MAZIDUL AKMAL

No comments:

Artikel pelbagai