Tuesday, January 3, 2012

GEMPAR: MAHASISWA / SISWI DITANGKAP MINUM ARAK..???


PETALING JAYA - Ops Mungkar yang dilakukan oleh Jabatan Agama (JAIS )semalam telah menahan seramai 23 remaja melayu di dua buah Premis yang berlainan.Daripada yang ditahan,Sepuluh dari mereka didapati minum arak.

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baru selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

Operasi yang diketuai oleh Hasan sendiri dimana operasi itu bermula dari 12 tengah malam hingga 3 pagi itu memberitahu kesemua yang ditahan akan diberi kaunseling khas di Pejabat JAIS Shah Alam.

Difahamkan kesemua yang ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.


GR kata: Macam-macam perangai mahasiswa sekarang....

No comments:

Artikel pelbagai