Tuesday, September 9, 2014

STESEN TV SANGGUP PROMOSI 'ALATAN SEKS' DEMI MENGEJAR POPULARITI? @tv3malaysia @shaberyc @RTM_Malaysia


Apa nak jadi dengan rangkaian TV di Malaysia sekarang nie? Adakah mahukan rating yang tinggi, ingin menarik lebih ramai penonton mereka sanggup lakukan apa saja demi menjadi lebih popular?

Baru-baru ini GR lihat stesen TV popular telah mengeluarkan pengiklanan perniagaan dalam sebuah rancangan yang agak popular bagi kaum wanita. Persoalannya perlukah hal dalam kain kita hebahkan untuk tatapan umum?

Pada mereka yang berniaga pula, rasanya semua pihak faham perlunya promosi untuk menaikkan sumber perniagaan mereka. Tapi adakah promosi perniagaan ala-ala seksual ini perlu dipertontonkan secara umum...siap demo lagi. Pengacara tu pun malu-malu bila dijadikan 'bahan ujikaji'...isk isk isk!!

Perlukah Hal Dalam Kelambu Dibicarakan Secara Terbuka Di TV? - VIDEO yang ingin kami hidangkan ini memang sedikit sebanyak kedengaran sangat terbuka apabila memperkatakan mengenai hal dalam kelambu yang sememangnya menjadi taboo untuk dibualkan secara terbuka.

Memang apa yang dikongsikan itu adalah bagus untuk kesihatan dalaman serta organ reproduktif tetapi apabila sudah terlalu terperinci diterangkan pula pada siang hari menerusi siaran tv tak berbayar, memang kelihatan serba tak kena.

Pada minit 2.30, pengusaha produk kesihatan dalaman tersebut menjelaskan dengan penuh ‘detail’ bagaimana produknya berfungsi termasuk dengan demo-demo sekali hah.

Antara penerangannya, “faraj ada titik ransangan dalamnya, yang dipanggil makam terutamanya di bahagian dinding faraj yang dipanggil makam meriam, sekiranya saiz lelaki itu kecil sangat ataupun terlalu pendek, ianya tak dapat mencapai titik-titik ransangan terutamanya makam meriam itu sendiri”.

Ha, ambik ko, panjang lebar punya penerangan tu..

Tak semua orang terbuka mengenai perkara ini.. diharapkan selepas ini pihak TV3 akan lebih berhati-hati dalam kandungan program siarannya agar perkara sebegini tidak lagi berulang di kemudian hari.

Kang tak pasal-pasal kanak-kanak atau remaja yang masih bersekolah menonton siaran tersebut, terdetik di hati nak try semua benda yang dipromosikan, kang naya tu.. Aduh, tak pasal-pasal je. – MyNewsHub

Video tersebut telah pun dikeluarkan dari laman YouTube kerana tidak boleh diakses lagi. Tahniah pada pihak terbabit dan cubalah jangan diulang perkara sebegini rupa. Jika kita lihat apa yang diperkatakan oleh peniaga terbabit dalam siri rancangan tersebut, alat tersebut untuk kegunaan lelaki bagi mereka yang sudah berkahwin dan jaminannya untuk mengelakkan dari isu-isu gejala sosial berlaku dengan lebih meluas lagi.

Persoalannya bolehkah syarikat tersebut mengawal penjualan barangannya dari dibeli oleh mereka yang belum berkahwin? Jika mereka ada agen jualan boleh ker mereka mengawal? Nama pun perniagaan semuanya mahukan keuntungan betul tak? Jangan asyik fikir masyukkkkk, hukum halal haram tak diperendahkan yer.. Korang fikirlah yer....


GR kata: Manusia suka benda yang sedap kan? Ada ke yang suka benda yang bacin-bacin nie???

No comments:

Artikel pelbagai