Tuesday, March 19, 2013

UPDATE #lahaddatu: LEPAS KIRAM 3 MENIPU, MISUARI PULA TUMPANG SEKAKI!


Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.

"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.

"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.

Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.

Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.

"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI


GR kata: Kalau dah buta sejarah tu, pi lah belajaq dulu. Jangan jadi bodoh!!

2 comments:

Anonymous said...

Perjanian damai di antara Kerajaan Filipina dengan MNLF telah gagal kerana sikap mereka sendiri yang tidak menghormati Perjanjian damai dan meneruskan perjuangan/penentangan secara subersive, bukan mencari jalan bagaimana mahu membangun negara dan mencari jalan damai. Mereka juga tidak pernah mencari jalan untuk menyelesaikan isu "ancestral domain" di Selatan Filipina dan bagaimana mahu mendaulatkan Islam di wilayah berkenaan yang rata-rata penduduknya beragama Islam. Sebab itu tahun 1976, beberapa pemimpin MNLF keluar dari MNLF dan menubuhkan MILF.

Nur Misuari pula, selepas dilantik sebagai Gabenor ARMM (Autonomous Region of Muslim Mindanao) kalau tidak salah tahun 1995 telah gagal menjalankan tanggungjawab beliau, dengan berkahwin dengan gadis muda dan banyak menghabiskan masa di Manila sahaja. Bagaimana seorang Gabenor Mindanao hanya tinggal di apartment mewah di makati dan tidak meninjau isu isu rakyat di Mindanao. Oleh sebab itu beliau dipecat dari jawatan. Apabila dipecat beliau memberontak dan meneruskan gerakan bersenjata. Setelah kalah ditangan tentera Kerajaan Filipina, beliau lari ke Malaysia mengharap supaya diberi sambuta karpet merah dan perlindungan oleh Kerajaan Malaysia pada 22 januari 2002. Akan tetapi, Kerajaan Malaysia menghormati undang2 dan tidak sama sekali akan melindungi penjenayah. Kita hantar dia balik ke Filiina. Mulai dari itu beliau berdendam dengan Malaysia. Ini semua masalah peribadi Nur Misuari.

Gossip Rakyat said...

penjelasan terbaik dari sdr/sdri. memang benar apa yang dijelaskn. masalah peribadi yang telah dihasut oleh pihak yg tak btanggungjawab.

Artikel pelbagai