Tuesday, September 18, 2012

PERGH..HEBAT? BUKTI RAKYAT 'SAYANGKAN' PAKATAN PEMBANGKANG DI SELANGOR!


Inilah situasi sebenar ketika menjelang PRU 12 dahulu. GR terangkan secara ringkas kronologi apa yang disampaikan oleh puak-puak pembangkang pada rakyat ketika itu...

  • Pada PRU-12 Pakatan Haram bermanifestasi bahawa setiap rakyat akan nikmati air percuma jika terpilih menerajui negeri Selangor.
  • Skim air percuma dibentuk selepas Pakatan Haram mula berkuasa.
  • Namun, air percuma tersebut hanyalah untuk orang kaya sahaja yang mana tinggal di rumah-rumah bungalow dan teres.
  • Rakyat miskin yang tinggal di flat pula tidak pernah merasa nikmat air percuma yang Khalid turut dapat maklum lah, Khalid Gagap tinggal di rumah bungalow.
  • Bukan setakat penduduk flat, malah penduduk di apartment dan kondo juga tidak pernah menikmati air percuma.
  • Apa yang pasti, Khalid Gagap dan barisan exconya, semuanya menikmati Skim Air Percuma ini.
  • Apabila rakyat Selangor telah mulai sedar penipuan Khalid dan pakatan ini, Khalid pula dengan penuh selamba derk mendakwa bahawa manifesto pada PRU-12 yang lalu bukanlah "janji yang perlu ditepati".
  • Dalam erti kata lain, manifesto pembangkang hanyalah auta sebagai batu loncatan penguasa mereka untuk memenuhkan kantung peribadi mereka dan gundik-gundik mereka.
  • Rakyat yang telah merasa tertipu secara terang-terangan merasa semakin marah dan menuntut hak mereka lalu mereka telah mendapat nasihat guaman dengan bantuan GPRS.
  • Akhirnya, saman telah pun difailkan dengan tuntutan hampir setengah juta (RM) dari rakyat negeri Selangor.

So...apa lagi wahai rakyat di negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. Korang nak ker pisang berbuah untuk kali yang kedua?? Tepuk dada tanyalah hati yer...Fikir-fikirkanlah!!


No comments:

Artikel pelbagai