Wednesday, May 16, 2012

HOT STORY: NYAWA PAS DIHUJUNG TANDUK..!! #PRhancur


Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam PAS berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum HUDUD tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan. Kumpulan parasit di dalam PAS pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yg begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.

Dengan ini ramai meramalkan kekalahan teruk PAS dalam pilihan raya umum 2004 bakal berulang kembali sekiranya isu perbezaan ideologi antara parti itu dengan DAP gagal diselesaikan segera. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, perbezaan itu juga semakin jelas sejak kebelakangan ini sehinggakan PAS dilihat cuba kembali membangkitkan isu hudud kerana parti itu kini mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu.

‘‘Identiti Pas mula terhakis sejak mereka memperjuangkan agenda Negara Kebajikan berbanding Negara Islam seperti yang pernah dilaungkan oleh mereka satu ketika dahulu. Apabila sokongan kepada mereka semakin merosot, mereka terpaksa menggunakan isu hudud sebagai satu cara untuk menarik sokongan orang Melayu,". katanya.


GR kata: PAS IS DEAD...

No comments:

Artikel pelbagai