Wednesday, April 25, 2012
PANAS: AGENDA JAHAT PUAK PR KETIKA #Bersih3
Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim mendakwa bahawa wujud usaha pihak tertentu dari Bersih yang akan mencederakan penyokong sendiri pada himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Menurut bekas ‘orang kuat’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, berkemungkinan pihak tersebut akan menyamar dengan memakai seragam lengkap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyerang penyokong mereka sendiri atas tujuan mahu memburuk-burukkan pihak berkuasa dan kerajaan.
“Ada pihak tertentu yang akan mencedera para penyokong sendiri supaya pihak anggota-angota polis dipersalahkan dan ini akan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan dan pihak polis. “Pengkhianat ini mungkin akan pakai uniform polis. Ini adalah tujuan dan matlamat utama perhimpunan Bersih bagi pihak tertentu ini. Mereka tidak ada isu tapi mereka ada matlamat iaitu mewujudkan suasana sama seperti Arab Spring,” katanya di sini hari ini.
Justeru itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera bagi mematahkan usaha pihak tersebut sebelum ia berlangsung kerana ia dijangka akan mencetus huru-hara terhadap ketenteraman awam.
“Kita mendesak pihak polis mematahkan usaha ini diperingkat awal. Tanggungjawab utama pihak polis adalah kepada ketenteraman awam. “Jika pihak polis takut untuk menghalang niat jahat kumpulan ini maka saya meminta Ketua Polis Negara letak jawatan sebelum negara hancur akibat niat jahat pihak tertentu ini,” katanya lagi.
Ruslan yang dahulu mempertaruhkan nyawa demi Anwar di era reformasi sebelum meninggalkan Ketua Pembangkang itu turut menegaskan bahawa himpunan tersebut merupakan satu ‘konspirasi politik’ pihak pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal seks melibatkan Anwar.
“Semua pihak tidak boleh bersifat ‘naive’ dalam perkara ini. Ini semua sebenarnya satu ‘konspirasi politik’ untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal seks bebas dalam parti PKR,” ujarnya.
Himpunan Bersih 3.0 dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka bermula jam 8 pagi pada 28 April ini bakal diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Datuk Ambiga Sreevenasan bersama beberapa pemimpin utama parti politik pembangkang serta penyokong-penyokong mereka yang dikerah dari seluruh negara. - mynewshub
GR kata: Ada sumber bagi tau, siapa yang join Bersih 3.0 sanggup mati wooo. Mati syahid ker?? Isk isk isk....
Labels:
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment