Tuesday, January 31, 2012

PANAS!! Anwar Geng "CEMOLOT" Israel???


Jangan terkejut dengan takut artikel yang GR utarakan..bukan itu yang GR ingin maksudkan. Apa yang GR ingin pembaca tahu bahawa Hj Anwar ini memang BENAR mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan pihak Yahudi (Israel). Mungkin rakyat semua sudah tahu tentang perkara ini dan mungkin ada yang masih samar-samar adakah perkara ini benar atau pun tidak...

Kita fikir secara logik, kenapa Hj Anwar ini menyokong apa tindakah yang Israel buat terhadap rakyat Palestin?? Bukankah rakyat Palestin saban hari diseksa dengan begitu teruk sekali. Dan kita juga tahu Yahudi adalah satu bangsa yang begitu zalim sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi dan dalam Al-Quran juga menyebut Yahudi adalah bangsa yang dilaknat Allah S.W.T. Budaya seksualiti hubungan sejenis pun beliau sokong...apa lagi yang berkaitan dengan Yahudi ni Hj Anwar sokong. Adakah ini ciri-ciri "Anugerah Tuhan"???

Keakraban Hj Anwar ini adalah semata-mata untuk kepentingan politik beliau sendiri yang supaya "impian" beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 menjadi kenyataan. Jika beliau berfikir secara waras dan sebagai orang Islam mana mungkin kita harus bersekongkol dengan puak Yahudi ni, betul tak?? Sedangkan pihak Kerajaan sejak dari dulu lagi tidak pernah menjalinkan hubungan dengan pihak Israel. Tengok passport kita cukuplah...kan tertera tidak boleh ke Israel.

Di sini GR nyatakan kenyataan Tun M yang begitu kenal Hj Anwar ini mengenai hubungan baik beliau dengan pihak Yahudi ini..Pembaca yang budiman nilailah sendiri...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - BERNAMA


GR kata: Pakatan Haprak hanya tinggal baunya yang haprak dan hanya mampu janji-janji palsu saja...

No comments:

Artikel pelbagai