Tuesday, October 21, 2014

AHLI POLITIK DIBELA TAIKO 'BUSINESS' JUDI HARAM? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Nampaknya semakin hari makin tak senang duduklah kepala-kepala samseng nie. Mana kan tidak, setiap hari ada saja kes jenayah yang dapat dihidu oleh pihak Polis. Tu lah lain kali jangan asyik nak kawtim saja..lu orang buat kerja haram sure kena tangkap ma.

Isu mesin judi haram ini sudah sekian lama di negara kita dan masih belum dapat dihapuskan dengan sempurna lagi. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan yang merosakkan diri sendiri pada mereka yang terjebak.

GR lihat pihak berkuasa sekarang berusaha keras untuk membanteras kegiatan judi haram ini dan harap sangatlah semua pihak yang terlibat berilah kerjasama yang terbaik demi masa depan dan keselamatan rakyat dengan lebih terjamin.

Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri menyatakan ada segelintir ahli politik yang "DIBELA" oleh taikun-taikun nie GR setuju. Ini kerana mereka cuba untuk mengelak kegiatan mereka dihidu oleh piha Polis dan mungkin ini cara mereka nak 'CUCI DUIT' atau nak COVERLINE tokey-tokey mesin judi ini dari ditangkap.

Teruskan pembongkaran ini dan GR yakin rakyat Malaysia keseluruhannya menyokong tindakan yang diambil oleh KDN demi keselamatan dan kesejahteraan mereka. Barulah nampak Polis zaman sekarang buat kerja betul-betul....tak ada siapa yang ganggu kan!!

PUTRAJAYA: Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.


GR kata: Kasi cuci sampai licin mesin kuda nie!!

1 comment:

Anonymous said...

Kalau polis ada bukti kenapa tak tahan dan dakwa saja. kenapa nak heboh kat media tapi no action?Zaman Najib ni semuanya pelik...

Artikel pelbagai