Friday, April 11, 2014

ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH: MENTERI SENANG BAGI KERAKYATAN? DARI MANA DAN SIAPA ISU INI DATANG! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @HishammuddinH2O


Isu pemegang pasport British yang kecoh sejak 3 hari lepas telah pun terjawab. Kita semua tahu, penyebar fitnah  yang cuba untuk spin isu yang tidak benar adalah dari pemimpin DAP. Kenapa kerajaan perlu layan permintaan dari pengkhianat negara betul tak?

Tuduhan kononnya Zahid Hamidi memberikan kerakyataan kepada 500-1000 orang pemegang pasport British Overseas Citizen (BOC) adalah tidak benar.

Persoalannya kenapa penyokong kerajaan sendiri yang terus mempercayai psywar yang dimainkan oleh pembangkang. Bukankah kita semua tahu mereka ini semua KAKI PUTAR ALAM. Dah boss mereka perangai 2x5...takkan kita pun boleh ikut sama...yer tak??

ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)

1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.

2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?

3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.

4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.

5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.

6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.

7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.
8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

9.  Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

10.  Pandangan GR, keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.

11.  GR yakin dan percaya, kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.



GR harap pada semua activist pro BN janganlah mudah melompat bila suatu isu dikeluarkan oleh puak pakatan haprak. Tak kiralah siapa kita nie, walau pak menteri sekali pun. Kita jangan mudah percaya dan bagi ruang pada musuh negara yang tunggu masa nak jahanamkan negara kita.


Kalau bukan kita yang pertahankan negara kita siapa lagi. Kenapa pak menteri dan pemimpin kerajaan tu fikirkanlah bersama...jangan syok sendiri tak nak ambil tahu apa yang terjadi. Kena lebih berhati-hati kerana kadang-kadang orang yang dekat dengan kita tu boleh jadi musuh kita. Fikir-fikirkanlah....

Kenyataan media Menteri Dalam Negeri KLIK DI SINI


GR kata: Pengkhianat tetap pengkhianat...jangan kita pun nak tumpang sekaki.

6 comments:

Anonymous said...

Pass Resident pun juga kalau boleh jangan dikasi sebab perkara ini telah menghina Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

Otak geliga said...

Mereka TIDAK BOLEH MENGUNDI tapi mereka boleh mengHASILkan pengundi2 biaDAP dlm masa 10 tahun n 17 tahun. sepatutnya PENGKHIANAT2 ni tak diberi Pas Residenpun....mereka hanya LAYAK menjadi PATI tak bernegara sbb jika bukan nenek moyang org Melayu terima nenek moyang mereka, keadaan PENGKHIANAT2 dlm Mas ni adalah sama sptmana PENGKHIANAT2 BOC tu.

Kembalikan PENGKHIANAT2 kepada asal mereka, iaitu PATI tak bernegara atau PATI dr Britain. Kerajaan Britain yg patut ambil PENGKHIANAT2 ni, bukannya Malaysia

Anonymous said...

Ambil tindakan pada yg menyebarkan fitnah tu! Jgn bagi amaran lagi!

Cahaya Al Majid said...

Berita yang disampaikan bukan kategori fitnah cuma terkhilaf fakta. Yang 1000 mungkin belum masuk tapi 3 ekor dan masuk, olih itu dimana fakta mengatakan berita ini fitnah.
Berapa ramai lagi Cina 'haram' ni yang nak dibawa masuk..dan sah-sah pengkhianat 'nak bagi muka, wat apa!!Kerajaan Melayu Najib ni memang 'sampah'!!!Tak kenal mana satu berlian mana satu kaca..

Anonymous said...

Kerajaan tak payah nak buat baik kepada puak yang sombong lagi biadap dengan menghina Negara seperti tiada nilai langsung. Setelah di"pariahkan" oleh kerajaan England baru sedar langit itu tinggi. Kenapa nak balik ke Malaysia? Pergi jer ke Negara lain spt China, Taiwan, Singapore, USA, Australia, NZ, Korea, Japan, Cambodia, Vietnam? Bukan kah Malaysia tidak sesuai untuk puak yang merasa diri mereka ini hebat? Sekarang baru rasa hina nya tanpa sebarang status kenegeraan, mengemis kerja seperti pariah.....Jangan diberi pas resident 10, cuma beri setahun, setahun,....puak ini tidak akan merasa syukur dan taat kepada Negara Malaysia.

Anonymous said...

tak payah jelaskan semua tu. kita cuma nak tau atas dasar apa 3 ekor pengkhianat diterima untuk tinggal di negara yang mereka tak suka ni ? dan juga kenapa nak beri pas residen pada pengkhianat ?

tu saja zahid oi!

Artikel pelbagai