Friday, May 31, 2013
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 - JANGAN ADAKAN PERTANDINGAN UNTUK 5 JAWATAN TERTINGGI UMNO, SETUJU TAK..?
Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
PRU13 telah pun selesai, dan telah menampakkan BN masih lemah dari segi pucuk pimpinannya. Banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diperbaiki untuk membolehkan rakyat benar-benarnya memilih BN untuk PRU14 nanti.
Bagaimana pula dengan UMNO? Apabila ada pertandingan merebut jawatan, maka akan berlakulah senggol menyenggol, siku menyiku, tolak menolak, bentes dan membentes. Siapa yang tak mahu menang...betul tak?
Sudah menjadi tradisi dalam setiap kali pertandingan pasti ada yang menang dan juga kalah. Orang sibuk nak PRU13, ada juga yang sibuk atur langkah untuk duduk di kem mana-mana demi selamatkan 'kuasa mereka' dalam pucuk pimpinan UMNO baik di cawangan atau pun di Bahagagian.
Ada desas desus, berbunyi juga sok-sek sana sini bahawa ramai Ketua Bahagian UMNO “kemut” duit perbelanjaan PRU 13 kerana dijadikan simpanan untuk “berbelanja” sewaktu pemilihan parti tahun 2013 ini.
Pandangan GR juga ada samanya dengan beberapa rakan dalam pucuk pimpinan UMNO. Untuk mengelakkan perpecahan UMNO jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden tidak harus dipertandingkan. Perkukuhkan tali silaturrahim orang Melayu kerana Melayu sekarang sudah berpecah. UMNO yang menjadi parti perjuangkan nasib orang Melayu harus berubah dan rapatkan saf untuk perkukuhkan orang Melayu. Dalam UMNO sendiri jangan ada pepecahan lagi lupakan yang lain.
Jangan lupa kesan daripada perpecahan masih boleh dirasai jika kita singkap sejarah lalu. Sewaktu pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Sehingga hari ini masih ada lagi label Team A dan Team B.
Apabila berlaku pertembungan antara Muhyiddin Yasin dengan Tan Sri Muhammad Taib merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan yang lepas, kesannya menyaksikan Mike Tyson ‘mufarakah’ seterusnya beliau memilih untuk menjadi ahli PAS kerana mahu jaminan masuk Syurga. Ingat jangan sibuk nak peroleh kuasa, nasib rakyat dan orang Melayu yang harus menjadi perjuangan UMNO yang utama, kerana orang Melayu sekarang dah jauh terpesong dan harus kembali ke pangkal jalan.
Wajar atau tidak jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden dipertandingkan...harap korang boleh bagi pandangan setuju atau tidak..??
GR kata: Ada yang sibuk nak jadi Ketua Bahagian tapi bila dapat hilang entah ke mana....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Lima jawatan yang kat atas tuh yang PALING WAJIB dipertandingkan demi menyelamatkan kapal yang mungkin tenggelam.
Setuju sesangat! Kalau kapten tak tahu mengemudi, takkan nak belayar juga! Setakat tukar kelasi saja apa guna!
Saya tidak setuju jawatan-jawatan tu menang tanpa bertanding. UMNO perlu ketua-ketua baru, kalau tidak orang akan makin menyampah.
jawatan utama yang perlu dipertandingkan ialah jawatan presiden ... buang sahaja ah jib gor ... gantikan dengan sesiapa sahaja ... asalkan pemimpin itu berani dan mampu mengawal ah beng ... habis cerita ... kalau tadak sesiapa tun m pun boleh dicalunkan semula ... tiada salahnya dari perlembagaan umno ...
Post a Comment