Saturday, December 31, 2011

PANAS: HJ ANWAR ANGKAT SUMPAH 8 JAN 2012..??


Siapa tidak kenal dengan Hj Anwar a.k.a DS Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang 'hebat'. Hebatnya beliau ialah pagi cakap lain, petang pulak cakap lain serupa putaran angin di tepi pantai. Dan sekarang bermacam-macam Plan A,B,C sampai Z agaknya yang dibuat beliau untuk meraih simpati rakyat terhadap beliau yang sudah pasti menuju semula ke rumah ke-2 nya di Sg Buloh.

Baru-baru ini kita tahu bahawa Tun M mencabar Hj Anwar berSUMPAH laknat terhadap isu yang didakwa terhadap beliau, jika berani dan tidak bersalah beliau bersumpah. Oleh sebab itu Hj Anwar menyahut cabaran Tun M untuk bersumpah laknat kononnya segala perbuatan keji beliau selama ini adalah "Tidak Benar". Kenapa tunggu 8 Jan 2012 baru nak bersumpah?? Kenapa tak dari dulu diajak bersumpah bersama Saiful di masjid tak nak?? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti apa "game" Hj Anwar kali ni...



Kalau dulu semasa Hj Anwar dalam UMNO..apa yang terjadi tak kira fitnah dan sebagainya, beliau akan menyalahkan PAS dan DAP...sekarang ni lain pulak jadinya. Pembaca lihatlah #tweet beliau di atas, pada pandangan GR nampak sangat beliau terdesak untuk meraih simpati demi kepentingan politik beliau sendiri.."Yelah angan-angan Mat Jenin beliau nak jadi PM Malaysia terbantutkan dulu"...He he he


Khabarnya Hj Anwar sekarang sedang sibuk merancang strategi untuk mengumpul seberapa banyak ulama tersohor untuk tujuan sumpah laknat itu nanti. Perjumpaan sulit Anwar dengan beberapa orang dalaman tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Pakar strategi PKR telah membuktikan upacara angkat sumpah akan dilakukan dan kaedah paling SE-ISLAMIK yang boleh. Bagaimananya dilakukan..?? Sama-sama kita saksikan nanti...

8 Jan 2012 tarikh yang dirancang untuk Hj Anwar bersumpah Laknat akan dilakukan di Masjid yang ditetapkan. Segala persiapan untuk upacara tersebut sudah disiapkan hanya tunggu arahan dari Hj Anwar saja. Upacara tersebut juga akan diwar-warkan di media saluran Pakatan Rakyat dan turut dijemput stesen TV termasuk RTM dan TV3.

Berdasarkan kajian Pakatan Rakyat, Hj Anwar sedia untuk angkat sumpah laknat akan menaikkan RATING kepercayaan rakyat terhadap beliau. Betul ker?? Dengan bermain emosi rakyat berjuta kali impian beliau tercapai ker?? Kenapa baru sekarang Hj Anwar beria-ia nak mengangkat sumpah?? Kenapa tidak dari dulu lagi??

Kemuncak program jelajah Hj Anwar berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya. Wahh..dah macam siri jelajah ABPBH lah..Hi hi hi

Adakah penantian Hj Anwar ke Sg Buloh berakhir dengan aksi begini?? Lihat gambar di bawah:


Baca juga DI SINI

p/s: betul-betul dah taubat nasoha ker?? atau wayang jer tu..Mmmm

No comments:

Artikel pelbagai