Friday, December 30, 2011

JOM GUNTING RAMBUT PERCUMA!!!


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Sesi persekolahan 2012 akan bermula tidak lama lagi. Menjelang hari tersebut salah satu persediaan utama bakal pelajar adalah menggunting rambut masing-masing agar kemas sebelum ke sekolah.

Menyedari kepentingan tersebut, Pemuda UMNO Bahagian Tun Razak telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program 'Jom Gunting Rambut' untuk para pelajar di kawasan tersebut.

Para pelajar boleh menggunting rambut dengan pelbagai gaya terkini secara percuma pada program tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Sdr Rizalman Moktar berkata, program itu adalah program rutin yang diadakan setiap tahun sebagai antara cara pihaknya berkhidmat untuk masyarakat sekali gus membantu mengurangkan kos ibu bapa bakal pelajar.

Katanya, pada tahun ini pihaknya akan mengadakan program tersebut di lapan kawasan terpilih di Bandar Tun Razak.

"Kami akan beroperasi di perkarangan pangsapuri-pangsapuri bagi memudahkan bakal pelajar untuk datang," katanya pada program Jom Gunting Rambut yang diadakan di Desa Tasik di sini, baru-baru ini.

Pada program tersebut kira-kira 100 bakal pelajar dikawasan berkenaan hadir untuk menggunting rambut masing-masing.

Ujarnya, walaupun sumbangan ini tidak besar, sekurang-kurangnya ia dapat membantu ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak ramai. - Utusan


GR kata: TAHNIAH!!! Kepada Pemuda UMNO Bdr Tun Razak

No comments:

Artikel pelbagai