Saturday, December 31, 2011

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA


SHAH ALAM, 31 DIS 2011: Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka diisytiharkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega, sebentar tadi menewaskan tiga finalis lain.

Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos MLM, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat tertinggi hasil undian penonton dan perkiraan markah dari juri.

Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 beserta trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Gabungan selebriti tempatan, Ifa Raziah bersama dua pelawak Singapura iaitu Suhaimi dan Ariff meraih tempat keempat pada malam final ini. Mereka bertiga yang menggelar diri sebagai kumpulan Syok meraih hadiah berupa wang tunai RM50,000 beserta trofi.


GR kata: TAHNIAH OSBON!!! Rezeki mereka..lawak otai masih power... Jangan lawak Ostad-Ostad PAS..sendiri buat sendiri Kantoi!! Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai