Saturday, December 10, 2011

INFO: VIDEO GERHANA BULAN 10/12/11




Pembaca saksikanlah kehebatan kebesaran Allah S.W.T...SUBHANALLAH!!!

PANAS: NORISH KARMAN LAHIR ANAK LUAR NIKAH??


PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: “Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

“Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar - mStarOnline


p/s: payah manusia yang suka bz body nie..kita senyap pun kena gak..kan Norish?? Hehe

LGE NAIK JUGA KD TUN RAZAK!!!


Semalam di LIMA Langkawi adalah Hari Dalam Sejarah, akhirnya KM P.Pinang Lim Guan Eng menerima pelawaan Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menimba pengalaman menaiki Kapal Selam Malaysia KD Tun Razak.

Menurut kenyataan LGE selepas beliau menaiki KD Tun Razak semalam, “Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka”.



Berita lanjut sila baca DI SINI

GR kata: Kepada Tony Pua dan Nurul Izzah, pelawaan Menteri Pertahanan semalam masih terbuka untuk menaiki kapal selam dari Langkawi ke Sepanggar, Sabah. Perjalanan ambil masa 5 hari. Amacam ade bran tak..???

PANAS: PAS AGUNGKAN LGE - BOLEH PIJAK SEJADAH!!


GR ingin memberitahu kepada pembaca sekalian, inilah realitinya PAS mengAGUNGkan LIM GUAN ENG sebagai 'khalifah' maka apa sahaja perbuatan puak Rasis DAP dan Pakatan Rakyat dihalalkan caranya...

Kalau GR tulis lebih-lebih nanti ada yang marah pulakkan..Tapi inilah realitinya PAS hanya menjadi 'keldai' pada DAP... He he he

Pembaca lihatlah gambar di atas yang diambil dari blog rakan GR 'NANA TANJUNG' bukti layanan PAS kepada DAP..

Pembaca fikirkan dan nilailah sendiri...Adakah diri LGE benar-benar SUCI..?? Badan beliau benar-benar BERSIH ke sebelum masuk ke rumah Allah S.W.T?? Adakah ini perjuangan ISLAM yang dibawa oleh PAS..???

p/s: PAS SESAT...PAS IS DEAD!!!

PANAS: SKANDAL CHEGU BARD KER NIE??


Pembaca kenal ke dengan Chegu Bard (gambar di atas) nie..??

Dulu dia-lah yang sibuk hentam orang sana sini..fitnah dan tipu sana sini...sekarang nie dia yang KANTOI !!!

Sebelum tu..sila jawab Chegu Bard sapa perempuan yang ko peluk 'baik' punya nie???

Sekarang Chegu Bard sibuk berkempen #ABU ke seluruh Malaysia. Nampak sangat tujuan beliau buat begini adalah disebabkan beliau takut dengan penerimaan baik rakyat kepada UMNO/BN. So dengan kempen ini beliau boleh menaburkan seberapa banyak fitnah dan penipuan kepada rakyat Malaysia...

Link
Pada pendapat GR, gelaran yang sesuai diberikan pada Chegu Bard ialah Jaguh Kampung sebab beliau tidak pernah menang dalam merebut kerusi dalam pilihanraya.

Cerita lanjut sila baca di >> Bro Jinggo

p/s buat Chegu Bard: ABU is Aku Budak UMNO

Friday, December 9, 2011

PANAS: SKANDAL SEKS WAKIL RAKYAT PENANG??


Setahun sudah ku mengunggu dirimu Akhirnya kau menjadi milikku Sukarnya untukku melupakanmu Kerna Kau ku cintai selalu...

Ha ha ha ha...inilah dia cinta tiga segi, skandal seks wakil rakyat Komtar, Ng Wey Aik dengan wartawan gedik Susan Loone. Berita ini mengegarkan DAP P.Pinang ... So mau diam saja ka macam itu kes ramas buah dada juga...???

GR dengar cerita dari kawan di P.Pinang, isteri Ng Wey Aik ugut akan sebarkan gambar2 video rakaman peribadi kekasih suaminya ... Aiiii, ada hati nak pasang skandal, kan dah KANTOI ngan bini...Hehehe

Al-kisah selanjutnye...Tungguuuuuu!!! Panas!!!


p/s: Apa citer anak VVIP Penang yang ramas buah dada kawan sekolah tu yer??? DAP Rasis...

PANAS: SEORANG LAGI ARTIS JADI OSTAJAH PAS YG BARU!!


KOTA BHARU R 4 Dis. - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.

Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.

“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.

“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.

Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.

“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.

Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.

Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.

Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.

Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

“Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi,” katanya di
Sinar Harian

PANAS: SUDAH-SUDAHLAH TU NIK AZIZ !!!


Nik Aziz sudah sepatutnya bersara dari jawatannya. Berdasarkan kepada beberapa perkhabaran mengatakan bahawa Nik Aziz sedang mengalami kanser/ ulcer perut. Kenyataan ini dinyatakan sendiri oleh puak Pakatan..Sila tengok kenyataan yang discreen shot di atas...

Perkara ini tidak dapat disahkan lagi. Namun ianya menjadi bualan di kalangan opurtunis politikus. Pada pendapat GR, samada Nik Aziz sakit atau tidak sudah sampai masa untuknya berundur.

Kenapa Pok Nik?? Dah bermacam-macam nikmat Pok Nik nikmati...masih tak cukup lagi kah???


p/s: PAS gila meroyan dalam politik...Agaknye Nik Ajis nie ade impian nk jadi PM kot??

TAHNIAH ERNI DEKRITAWATI !!!


TAHNIAH kepada anak Allahyarmah Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana akhirnya telah diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Khamarul Azlan yang dilangsungkan beberapa hari yang lepas.

Mohon maaf kerana kurang sedikit details mengenai perkahwinan ini,namun GR berharap Erni lebih tabah menghadapi dugaan hidup dan kini sudah ada pasangan hidup (suami). Tahniah sekali lagi GR ucapkan kepada Erni dan Khamarul Azlan...aminnn!!

p/s: Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat... Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari azab kubur.

Thursday, December 8, 2011

PANASZZ: ARTIS POPULAR 'CEMOLOT' GAYA ALA LESBIAN??


Inilah aksi berani dan terlarang salah seorang selebriti terkenal di Malaysia dengan gaya sedang bercium dengan pasangan sejantina beliau. Gambar yang sememangnya mencetuskan kontroversi ini dijadikan bahan tatapan untuk pembaca sekalian..

Persoalannya siapakah artis berkenaan???

Pembaca nilailah sendiri....dunia artis yang penuh glamour perlu ker cara begini?? Adakah golongan ini juga yang menyokong 'Seksualiti Merdeka' yang dibawa oleh Si Ambiga?? Jawapanya pada tuan badan inilah...

Sumber: MediaMalaya

p/s: Hubungan sejenis adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam...

PERINGATAN: JANGAN MAINKAN HUKUM ALLAH S.W.T!!



Biarpun UMNO/BN tidak melaksanakan hukum HUDUD di negara ini, itu tidak bermakna Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek secara sembrono boleh menghina hukum HUDUD yang jelas tercatat di dalam Al Quran. Pegangan GR amat jelas, hanya mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bila ada pihak yang mahu memburuk-burukkan hukum Allah yang sangat sempurna, kita harus bangkit pertahankannya. GR tidak akan kata BETUL jika perkara yang dilakukan itu SALAH meskipun dilakukan oleh pemimpin dalam UMNO/BN.

Berbeza dengan puak-puak Haprak Pakatan Rakyat yang mengiakan suatu perkara itu 'BENAR' pada hal diaorang tahu benda tue SALAH serta fitnah semat-mata. Membenarkan orang bukan Islam membaca Al Quran walaupun salah bacaan tajwidnya, membiarkan ayat-ayat Allah diperkotak-katikkan, membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid/surau untuk memberi ceramah dan membenarkan orang bukan Islam agihkan daging Qurban serta membenarkan orang bukan Islam memegang dan turut serta dalam ibadah Qurban. Itu semua bukan budaya dalam UMNO/BN seperti mana PAS yang menghalalkannya demi undi bukan Islam.

Wahai DS Chua Soi Lek, jangan kau punahkan harapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menTRANFORMASI-kan negara dengan hinaan engkau terhadap hukum-hakam agama Islam. Fahamilah dengan lebih mendalam akan hukum HUDUD ini sebelum engkau keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bakal mengguris hati-hati kami orang Islam. Para Ulama' yang benar ajaranya perlu segera memperjelaskan isu Hudud ini secara holistik dan lebih baik kepada yang bukan Islam di dalam UMNO/BN supaya perkara sebegini tidak berulang kerana ia bakal menjadi 'peluru-peluru' hidup oleh Pakatan Rakyat untuk menghentam pihak Kerajaan yang memerintah sekarang.

p/s: Agama Islam adalah agama yang suci lagi murni..

PANAS: OSTAD PAS KAKI SONGLAP & OTAK BLUE?!!


Cerita ini disebarkan oleh blogger Pakatan Rakyat juga...Dari pemimpin sampailah yang peringkat bawahan semuanya Haprak...berlaga sesama sendiri..mengaibkan sesama sendiri. Tak abis-abis, sibuk reformasi sana sini, perjuangkan Islam lah kononnya...macam-macam lagi lah...BOSAN!!!

Dikhabarkan Ostad ini didakwa merembat sejumlah wang tabung pelajar anak-anak Tadika PASTI di P.Pinang. Ini ker ciri seorang OSTAD?? yang sepatutnya dipandang mulia dimata masyarakat, sepatutnya mempunyai budi pekerti yang mulia, tahu mana yang Halal dan Haram?? Sekali lagi PAS telah berjaya mendidik seseorang yang 'darjatnya' tinggi, inilah perjuangan Islam PAS...Pada hakikatnya...HAMPEH!!!

Pembaca sekalian ingin tahu, sebenarnya OSTAD ini jugalah yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan bermesej lucah dengan seorang Ustazah. GR refresh balik...boleh baca >> di sini

Nak tahu apa isi kandung sms lucah OSTAD nie....Tungguuuuuu!!!

p/s: Perjuangan PAS boleh 'Main Blue' gamaknya...hehe

PANAS: SEMERAH PADI AKAN MENGGEGARKAN ISTANA BUDAYA!!


Dari filem ke Istana Budaya...Inilah dia sebuah teater diadaptasikan dari filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Semerah Padi) bakal dipersembahkan kepada semua masyarakat Malaysia tidak kira agama dan budaya serta peringkat umur. Teater Semerah Padi ini akan dipersembahkan pada 22 - 31 Disember 2011.

Difahamkan, ia akan mencetuskan fenomena da semangat baru dunia Teater di Malaysia... Teater ini dibarisi oleh barisan artis yang sungguh hebat seperti Khir Rahman, Jue Aziz, Fauzi Nawawi, opie Zami, baby Res2, dan beberapa nama HEBAT dikalangan pelakon senior Malaysia...

Sinopsis Teater Semerah Padi Dua sahabat akrab, Aduka dan Teruna ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina....

Read more: Teater Se-Merah Padi di di Istana Budaya (IB) bermula 22 Dis 2011 http://buzzera.blogspot.com/2011/12/teater-se-merah-padi-di-di-istana.html#ixzz1fu2gTAGE

p/s: JOM ramai-ramai tonton Teater Semerah Padi.. Musim cuti sekolah niekan bolehlah ajak family dan kawan-kawan ke Istana Budaya. Lanjut boleh hubungi KENO Production: 03-41055806 atau layari www.istanabudaya.gov.my atau www.ticket2u.biz atau hubungi terus 03-41478600....

DATANG JANGAN TAK DATANG!!!

OMBAK RINDU BERJAYA MENGELUARKAN AIR MATA LELAKI...


Dalam minggu nie fenomena #OmbakRindu telah melanda industri perfileman tanahair. Ke mana saja GR pergi dengar cakap-cakap orang bercerita tentang filem ini. Meletop nie, mau boleh kalah filem KL Gangster.. Jangan mare ye Shamsul Yusof..

So hari nie GR memberanikan diri juga untuk hadir menonton filem tersebut... Siapa lagi nak bantu filem tempatan kalau bukan kita, betul tak???

Secara keseluruhannya, filem ini banyak dimainkan dengan emosi dan perasaan... Konflik kekeluargaan, konflik cinta, dan konflik diri sendiri... Last sekali, Cinta juga mengatasi segala-galanya... penggunaan latarbelakang muzik yang the best menambahkan perjalanan ceritanya tambah menarik.

Filem ini sarat dengan kata-kata yang menyentuh perasaan..ramailah dengar bunyi sot set sane sot set sini..meleleh juga air mata penonton, Lelaki pun GR tengok kesat air mata beb..Hehe...GR masa tengok sayu jek xdelah sampai banjir panggung tue..He he he

'Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku...'

p/s: Jangan lupa saksikan Teater Semerah Padi di Istana Budaya pada 22 - 31 Disember 2011 waktu 3.00 ptg / 8.30 mlm..Maklumat lanjut sila layari www.ticket2u.biz

Wednesday, December 7, 2011

PANAS: SKANDAL BARU PAK ANWAR KE NIE???


GR difahamkan dari sumber rapat dalam PKR, aweks disebelah Pak Anwar nie tinggal dan menetap di kawasan Kajang. Ada yang kata nama aweks nie Sha Hussin atau nama glamour dia Sha...

Khabar berita mengatakan Pak Anwar lebih kenal dia dan dia lebih kenal Pak Anwar...perghhhhhhh, ada skandal ke? Jawapannya tuan punya badan yang tau sendiri.


p/s: Kalau betul, lepas China Doll...Malay Doll pun lu nak try ke???

APA TUNKU MAHKOTA JOHOR #TWEET PADA FAZURA??


Pertama sekali GR ingin mohon ampun dan maaf jika tidak mengikut protokol penulisan Istana untuk bercerita al-kisah berkenaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor. Ampun Tuanku sembah patik harap diampun..ada pun patik pacai yang hina ingin menulis al-kisah Tuanku..

Apa yang menarik dan istimewa Tuanku Mahkota Johor dipercayai anak raja yang pertama mempunyai ‘Twitter’ di Malaysia dengan handle @HRHJohor2.

Pembaca ingin tahu apa yang Tuanku #tweet...sila baca >> penaKSJ


'DAULAT TUANKU'

PANAS: COLI PUNYA PASAL TERUK KENA TIBAI!!


Sumber berita:

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini”, ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

GR tak fahamlah dengan manusia zaman sekarang, disebabkan nafsu menguasi diri mereka sanggup buat apa saja. Ini ker hobi alaf baru???

GR ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian, kuatkan-lah diri kita dengan amalan-amalan Islam, jaga akhlak dan sebagainya..jika ini longgar maka inilah yang dikatakan manusia akhir zaman akan lalui.

p/s: Kejadian di negeri Pakatan...macam nie ke puak Pakatan ajar rakyat jadi 'gila seks'??

INFO: RM500 - BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


Seperti sedia maklum, antara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2012 ialah imbuhan yang dijanjikan oleh Kerajaan merupakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3,000.

Pendaftaran BR1M ini bermula dari 10 Dec 2011 hingga 10 Jan 2012.

Borang BR1M mula diedarkan pada 10 Dec 2011. Ianya boleh diambil dari Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat / laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Wakil Rakyat ataupun dari laman web Kementerian Kewangan M'sia (MoF).

Bagi pemohon yg tiada 'pay slip' contoh : kerja sendiri / kerja kampung...boleh dapatkan cop pengesahan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat.

Hantar borang yg telah lengkap diisi kpd Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Wakil Rakyat, LHDN & Sekolah-sekolah terpilih sebelum 10 Januari 2012.

BR1M - Siapa yang layak?
Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak layak menerima. Kalau ada anak yang sudah berkahwin tinggal bersama pun layak menerima.

Ibu dan bapa tunggal dan bujang yang ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.

Bayaran RM500 akan dibuat berperingkat mulai pertengahan bulan Januari kepada penerima yg disahkan layak setelah semakan dibuat oleh MoF.

p/s: Inilah Kerajaan yang perihatin kepada rakyat..

PROGRAM BERKHATAN: PEMUDA UMNO BDR TUN RAZAK!!

Program Jom Berkhatan anjuran Pemuda UMNO Bandar Tun Razak dengan kerjasama Masjid Al Mukhlisi, Alam Damai telah diadakan pada hari minggu yang lepas. Program telah dirasmikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.


Menurut Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO W.Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar, jumlah peserta pada mulanya dibuka untuk seramai 200 orang peserta sahaja. Tetapi atas sambutan yang sangat menggalakkan, penganjur telah menambah kuota kepada 230 peserta khatan. Jumlah bayaran hanya RM20 seorang.


Cerita lanjut baca >> REZQEEN HILL


p/s: Syabas dan Tahniah Pemuda UMNO Bdr Tun Razak!!!

PANAS: INILAH MO'ALIMAH PAS YANG BARU!!!


Perghhhhhhh...pembaca sekalian tengoklah gambar di atas, siapa yang tengah berceramah di pentas ceramah PAS baru-baru nie. Sekali dua tengok macam Eli Wong (Elizabeth Wong) yang berpakaian seperti seorang Muslimah PAS, nampak ayu gitu...Hebat puak Pakatan Haprak ni yer!!! Orang yang bogel-bogel PAS suka...He he he

korang masih ingat gambar nie??

Patutlah apa yang geng-geng Pakatan bukan Muslim nie buat PAS hanya berdiam diri jer..tak der sebarang teguran pun. Masih ingat lagi Eli masuk dalam masjid / surau sekitar Selangor bagi ceramah ala-ala 'Mo'alimah' PAS gitu. Dan selepas itu beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pun boleh masuk masjid / surau untuk bagi ceramah politik dan yang terbaru salah seorang pemimpin Pakatan mengagihkan daging qurban di surau adalah perbuatan yang diizinkan oleh PAS.

Wahai pembaca sekalian...INGATLAH!!! Kini PAS lah yang SESAT. Merekalah yang membuka ruang pada musuh Islam untuk mempersendakan Islam….demi politik, demi wang,d emi kuasa PAS sanggup buat apa saja... UNDI PAS MASUK SYURGA KAN!!! Hakkktuihhhhhh...

Lagi kisah lanjut baca >> penaKSJ

p/s: PAS IS DEAD...

Monday, December 5, 2011

TAHNIAH!! ... ANDA DIIKTIRAF!!!


Cybertrooper atau askar maya telah mendapat tempat dalam ucapan Naib Presiden UMNO iaitu DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI sewaktu menggulung ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang berakhir pada minggu lepas.

Nampaknya peranan askar maya ini telah mendapat tempat, apabila beliau menghargai usaha bala tentera maya yang terdiri dari Facebooker, Blogger dan Twitter's.

“Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka dan ada juga dikalangan mereka bukan ahli UMNO pun” kata beliau.

GR berpendapat dengan pengiktirafan ini akan meniup semangat dan azimat yang disemat dalam hati para perjuang bala tentera maya termasuk untuk terus menyanggah segala fitnah dan penipuan yang diputar belitkan oleh Pakatan Rakyat.

Untuk kawan-kawan di alam maya..ini SMS daripada Dato' Seri Zahid Hamidi kepada kita semua yang GR lihat dari sahabat GR penaKSJ:

"TAHNIAH....TELAH DIIKTIRAF"

PANAS: AHLI PKR JATUH BANGUNAN...UMNO YANG SALAH??

Sekadar hiasan

Alhamdulillah.....

Nasib baik tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa yang berlaku. Kalau tak, jenuh kena buat suruhanjaya siasatan pula. Tapi pelik jugakkan...apa yang diaorang buat kat rumah banglo tu?? Jatuh dari tingkap dalam keadaan berseluar dalam pulak tue...isk isk..ada pesta buih ka or ade private party ka?? Musykil GR pikirkan hal nie...MmmMmMMmm..

SHAH ALAM 4 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi.

Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.

Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.

Mangsa yang sudah berumah tangga dan bekerja sebagai pemandu kren di Pelabuhan Klang, dikatakan mengalami keretakan di pergelangan tangan kanan, cedera ringan di lutut kiri selain keretakan tulang tengkorak di bahagian mata kiri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berada dalam keadaan stabil.

"Kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan sebiliknya ialah pukul 1 pagi iaitu sebelum lelaki itu masuk tidur.

"Pagi ini, rakannya itu bangun untuk solat Subuh di surau tetapi mangsa tiada di katil dan dia terus pergi ke surau kerana menyangka mangsa berada di sana.

"Bagaimanapun ketika pulang dari surau, dia ternampak mangsa yang hanya memakai seluar dalam, tertiarap dan ketika diperiksa mangsa masih bernyawa dan dalam keadaan sesak nafas. Dia terus menghantar mangsa ke HTAR," kata beliau ketika dihubungi.

Tambah beliau, rakan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Seksyen 6 dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes kemalangan buat masa ini sementara menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.

Katanya, mangsa yang sudah boleh bercakap dikatakan tidak ingat apa yang berlaku kepadanya sebelum ditemui tertiarap di luar banglo.

p/s: Nasib baik tak mati...kalau tak bertapa pegang lilin lagi la puak2 nie...hehe

PANAS: YB DAP CAKAP PUTAR ALAM!!!

Sejak beberapa minggu lepas, hangat diperkatakan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang menghina MB Perak YB Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Lebih sedih lagi, kenyataan tersebut dikeluarkan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS.

Bila Nga Kor Ming hina MB, bukan main lagi pak lebai PAS gelak sakan dan bertepuk tangan..tapi depa tak sedaq ka yang dipanggil "Haram Jadah" itu adalah saudara seIslam kita sendiri. Itulah dia puak PAS disebabkan 'gila' kuasa politik sanggup buat apa saja.. Duk lah bwh ketiak DAP tue!!!


Pembaca lihatlah screen shot FB YB Nga Kor Ming (nama cibainya David) memutarbelitkan kenyataan penghinaan yang beliau buat ke atas MB Perak. Dah buat salah tu mengaku jelah..Apa susah!!!
Link
Pembaca boleh lihat sekali lagi perkataan 'Haram Jadah' yang keluar dari mulut YB bangsat nie >> di sini

Persoalannya Adakah kenyataan akhbar Ahli Parlimen DAP ini betul-betul ikhlas atau pun hanya "a damage control exercise"?? Mengapa tidak ada seorang pun Ostad dari PAS yang membetulkan kenyataan Ahli Parlimen DAP ini walhal mereka ada dalam ceramah tersebut?? Mengapa tiada ada seorang pun pemimpin PAS yang menegur Ahli Parlimen DAP ini?

Inilah buktinya PAS hanyalah 'budak suruhan' DAP saja...

p/s: DAP Rasis...

KENANGAN: FOTO & VIDEO INI ADALAH SEGALANYA!!!


Pembaca sekalian masih ingat lagi tak lelaki yang bersama Pak Anwar (gambar di atas)??

Kisah diaorang hebat diperkatakan 10 tahun yang lepas...Mana mungkin pembaca sekalian boleh lupa betul tak? He he he

GR ingin mengingatkan kembali gambar di atas adalah kenangan antara Pak Anwar dan adik angkatnya Sukma Darmawan.




Jom kita dengar perbualan mereka...GR dengar pun seram sejuk....eeeeeeiii

Sunday, December 4, 2011

GEMPAR: ITU BUKAN SAYA - MUSA HASSAN!!!


Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin berkahwin yang heboh diperkatakan sepatutnya tidak memerlukan perbincangan panjang lebar lagi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudah pun menyatakan bukan dia orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

Kenyataan Tan Sri Musa di Utusan:
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

p/s: Puak Pakatan nie...orang yang dh pencen pun diaorang nak tabur fitnah...ooopppsss lupa nama pun Pakatan Rakyat...kaki Fitnah dan Penipu!!!

PANAS: JUE AZIZ SOKONG UMNO..??

Semalam selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2011, suka duka dan gelak tawa riang dijadikan seribu satu kenangan buat semua perwakilan yang bersidang. Apa yang penting, semboyan perang telah dibunyikan, jentera siap siaga untuk berperang, ikrar 'Aku Janji' telah dilafazkan... Hanya tinggal tunggu arahan 'Panglima Perang' saja...Bila?? GR pun tak tahu...



Kalau sebelum ini kita dikejutkan oleh sokongan pelakon terkenal Lisa Surihani yang mengakui tertarik dengan program yang dilakukan oleh Puteri Umno untuk membela nasib generasi muda wanita dan hari ini UMNO terus diterima oleh rakan-rakan artis yang lain.

Dan kali ini Jue Aziz seorang pelakon muda yang cantik dan berbakat besar mengakui menyokong UMNO kerana terpikat dengan cara parti ini membela nasib rakyat. Beliau juga mendoakan agar UMNO terus mentadbir negara dengan baik serta menguruskan ekonomi dengan baik dan golongan artis seperti beliau akan terus mendapat rahmat rezeki dari kemajuan ekonomi negara.

Bila GR tanya Jue semalam adakah beliau menyokong UMNO, ini jawapan ringkas dari beliau :

“Saya tidak nafikan bahawa saya menyokong pemerintahan yang ada (UMNO) dan saya tidak nafikan mungkin suatu hari nanti saya akan berkecimpung dalam bidang politik."

Terima kasih Jue sebab berikan pengakuan ikhlas ini... ;)

Pesan Jue semalam: Jangan lupa datang tengok Teater Semerah Padi lakonan beliau bermula dari 22 - 31 Disember 2011, waktunya 3.00 ptg / 8.30 mlm di Istana Budaya.

p/s: Kpd semua supportlah hasil karya bangsa Melayu, kalau bukan kita yg support siapa lagi...

#PAUMNO: PUTERI MAHUKAN POLITIK COOL!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah melabuhkan tirainya semalam tetapi GR terpanggil dan tertarik dengan topik yang dibahaskan oleh wakil Puteri UMNO pada 2 hari lepas. Di mana Puteri UMNO mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.


"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 kali ini.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

Zaman sekarang untuk menghimpunkan ramai orang untuk sesebuah program tidak boleh digunapakai lagi kerana zaman telah berubah. Sekarang ialah zaman di mana rakyat ingin 'berjabat salam' dengan pemimpin untuk mereka berbincang, mengadu masalah serta menyuarakan pendapat mereka di alam maya seperti di Facebook atau pun Twitter kerana dengan cara ini mereka akan rasa hati mereka lebih dekat dengan pemimpin.


p/s: BN Pilihan Orang Muda

#PAUMNO 11: UCAPAN BAHAS KP WP!!!


Semalam di Perhimpunan Agung UMNO 2011 perbahasan disebelah pagi ucapan perbahasan dari Ketua Pemuda W.Persekutuan Sdr Rizalman Dato' Mokhtar. Beliau mewakili W.Persekutuan bagi membahas usul Agama, Pendidikan dan Sosial yang dibentangkan oleh perwakilan dari Kedah.

Beliau berpendapat ketiga-tiga isu ini berkait rapat serta berpautan antara satu sama lain. Ianya sentiasa dekat dihati rakyat kerana ia akan menentukan corak dan hala tuju kehidupan individu, masyarakat dan negara. Kegagalan mengurus isu ini dengan baik akan menimbulkan kecelaruan dan kemudaratan kepada masyarakat dan seterusnya memberi kesan yang buruk pada negara.

Beliau juga bersetuju dengan konsep Wassatiyah iaitu kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan dalam semua aspek. Pelbagai pendekatan telah dibuat bagi mendaulatkan agama Islam serta memperkasakan pendidikan dan ianya dilakukan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan.

Beliau juga memberitahu bahawa PAS sudah tidak relevan lagi dalam memperjuangkan Islam kerana mereka sebenarnya hanya menjadi 'balaci' kepada DAP dan malangnya puak pandai dan cerdik agama dalam PAS tidak berani bersuara.

Dalam konteks sistem Pembelajaran, beliau mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran supaya Sekolah Kebangsaan Agama dapat diwujudkan di peringkat Sekolah Rendah bagi memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sebagai mengimbangi kecenderungan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah agama swasta atau ke sekolah agama yang tidak berdaftar dengan kementerian.

Beliau juga mencadangkan agar Program J QAF ini dapat diperluaskan di peringkat sekolah menengah supaya murid yang terlibat dapat terus diperkasakan dengan pendidikan Islam secara berterusan. Pembentukan generasi celik Quran ini akan dapat memperkukuhkan sistem nilai dan sahsiah di kalangan generasi.

Beliau juga berdoa dan berharap agar pada Perhimpunan Agung Umno tahun depan UMNO/BN sebagai Parti pemerintah dengan majoriti dan kuasa yang lebih besar.

#PAUMNO: AMANAT PM WAJIB DIINGAT DAN DILAKSANAKAN!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah tamat pada petang tadi dengan lancar dan jayanya selepas ucapan penggulungan dan amat dari Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak. Ucapan yang diberikan sangat bersemangat dan bermakna kepada 'Orang UMNO' untuk bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan besar UMNO/BN pada PRU akan datang.

Dalam ucapan Presiden UMNO, beliau menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

Objektif ketiga, beliau ingin melalui perhimpunan ini Kerajaan mendapat sokongan gagasan yang telah dibawa untuk membawa perubahan yang besar kepada negara seperti yang telah digagaskan sebagai pelan Transformasi Nasional,” katanya.

Objektif keempat, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

#PAUMNO kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh Timb Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya. “Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan Ketua Bahagian,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur...maruah agama dan bangsa juga turut binasa.

GR masih teringat amanat YAB PM petang tadi: Andainya UMNO tidak kita tatang. Andainya UMNO tidak kita bela. Andainya UMNO kita biarkan. Andainya UMNO sudah tersungkur rebah. Andainya UMNO lenyap. Apakah masih terjunjung Islam yang suci. Apakah masih dipandang mulia orang-orang Melayu. Apakah masih disanjung Raja-raja kita? Ayuh... Ayuhlah bangkitlah... Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! HIDUP UMNO!!!

Artikel pelbagai