Thursday, December 8, 2011

OMBAK RINDU BERJAYA MENGELUARKAN AIR MATA LELAKI...


Dalam minggu nie fenomena #OmbakRindu telah melanda industri perfileman tanahair. Ke mana saja GR pergi dengar cakap-cakap orang bercerita tentang filem ini. Meletop nie, mau boleh kalah filem KL Gangster.. Jangan mare ye Shamsul Yusof..

So hari nie GR memberanikan diri juga untuk hadir menonton filem tersebut... Siapa lagi nak bantu filem tempatan kalau bukan kita, betul tak???

Secara keseluruhannya, filem ini banyak dimainkan dengan emosi dan perasaan... Konflik kekeluargaan, konflik cinta, dan konflik diri sendiri... Last sekali, Cinta juga mengatasi segala-galanya... penggunaan latarbelakang muzik yang the best menambahkan perjalanan ceritanya tambah menarik.

Filem ini sarat dengan kata-kata yang menyentuh perasaan..ramailah dengar bunyi sot set sane sot set sini..meleleh juga air mata penonton, Lelaki pun GR tengok kesat air mata beb..Hehe...GR masa tengok sayu jek xdelah sampai banjir panggung tue..He he he

'Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku...'

p/s: Jangan lupa saksikan Teater Semerah Padi di Istana Budaya pada 22 - 31 Disember 2011 waktu 3.00 ptg / 8.30 mlm..Maklumat lanjut sila layari www.ticket2u.biz

No comments:

Artikel pelbagai