Wednesday, December 7, 2011

INFO: RM500 - BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


Seperti sedia maklum, antara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2012 ialah imbuhan yang dijanjikan oleh Kerajaan merupakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3,000.

Pendaftaran BR1M ini bermula dari 10 Dec 2011 hingga 10 Jan 2012.

Borang BR1M mula diedarkan pada 10 Dec 2011. Ianya boleh diambil dari Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat / laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Wakil Rakyat ataupun dari laman web Kementerian Kewangan M'sia (MoF).

Bagi pemohon yg tiada 'pay slip' contoh : kerja sendiri / kerja kampung...boleh dapatkan cop pengesahan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat.

Hantar borang yg telah lengkap diisi kpd Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Wakil Rakyat, LHDN & Sekolah-sekolah terpilih sebelum 10 Januari 2012.

BR1M - Siapa yang layak?
Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak layak menerima. Kalau ada anak yang sudah berkahwin tinggal bersama pun layak menerima.

Ibu dan bapa tunggal dan bujang yang ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.

Bayaran RM500 akan dibuat berperingkat mulai pertengahan bulan Januari kepada penerima yg disahkan layak setelah semakan dibuat oleh MoF.

p/s: Inilah Kerajaan yang perihatin kepada rakyat..

2 comments:

Heroes Malaya said...

Terima kasih kepada kerajaan diatas kepimpinan DS Najib

Heroes Malaya said...

Sy telah follow blog tuan dan blog tuan telah dipaut diblog sy.. harap tuan follow & paut blog sy di blog tuan..
http://heroesmalaya.blogspot.com

Artikel pelbagai