Saturday, September 24, 2011

UUM terpaksa bayar lebih CUKAI TANAH !!!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar. Kalau fakta tak benar, takkan depa boleh cakap wahai Menteri Besar oiiii...aduyai!!!

Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000. Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM 1.7 juta...



Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.


Inilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP !!!

Jangan nak kaut untung dengan cara membebankan rakyat...

INIKAH YANG DIBAWA OLEH PAS??? MANA NEGERI KEBAJIKAN ???


RENUNG-RENUNGKANLAH !!!

Wednesday, September 21, 2011

RIBUAN PENYOKONG PAS DI MAHKAMAH BUTTERWORTH !!!!

Foto dari MIM

HAIRAN DAN MEMALUKAN !!!

Timbalan Presiden PAS tapi penyokong-penyokong PAS tidak menunjukkan sokongan padu di belakang Mat Sabu. Apa sudah jadi wahai En Mat??? Lebih kurang 50 orang saja yang hadir berikan sokongan...

Sumber Eddyjugaks bagi tau pihak Mat Sabu sekarang sedang menyediakan bank draft untuk ikat jamin beliau.

Pihak pendakwa meminta Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mat Sabu dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

LIVE - - MAT SABU KIRA DUIT DEPAN PRESS !!!


Penyokong PAS buat publisiti murahan apabila mengira duit depan press dan Mahkamah bilik 4... dah macam masuk rancangan realiti TV la pulak..hehehe.. AFUNDI MAT SABU.

Difahamkan wang yg terkumpul setakat ini berjumlah RM 4,000. wahhhh...banyak tue..agaknya ada masuk sekali duit undian SMS tak? kih kih kih

Ada individu yang merungut fungsi PAS Pulau Pinang kerana didakwa tidak membantu???

Perbicaraan MAT SABU di Mahkamah Butterworth bermula....

Foto dari MIM

Hari ini berlangsungnya kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Mahkamah Sesyen di Butterworth berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bkt Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang, bulan lalu.

Mat Sabu berada di Mahkamah jam 9 pagi tadi. Namun tidak ramai penyokong PAS yang hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada orang nombor 2 parti tersebut.

Mat Sabu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Seksyen 500 kanun keseksaan. Diikat jamin RM 15,000.

Terdahulu, Mat Sabu ditahan oleh polis Pulau Pinang setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong sebelum dibebaskan malam tadi.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri pada pukul 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian selepas percakapannya dirakam.

Pemimpin PAS itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya.


MARXSABU APA PUN X BOLEH!!!

Monday, September 19, 2011

VIDEO SEKS DS ANWAR IBRAHIM!!!!



Klip video berwarna yang menunjukkan 99.99% Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 1:50 minit ini dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip ini turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.



Orang kampung pun boleh cam gambar bogel itu Anwar Ibrahim... Takkan pula Kak Wan Azizah dan Nurul Izzah tak boleh nak cam.... Apa Pun Tak Boleh!!!

Artikel pelbagai