Saturday, September 24, 2011

UUM terpaksa bayar lebih CUKAI TANAH !!!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar. Kalau fakta tak benar, takkan depa boleh cakap wahai Menteri Besar oiiii...aduyai!!!

Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000. Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM 1.7 juta...



Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.


Inilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP !!!

Jangan nak kaut untung dengan cara membebankan rakyat...

INIKAH YANG DIBAWA OLEH PAS??? MANA NEGERI KEBAJIKAN ???


RENUNG-RENUNGKANLAH !!!

No comments:

Artikel pelbagai