Friday, May 2, 2014

CAYALAH ANWAR AND THE GENG, DEMO #BantahGST BERJAYA CAPAI SASARAN KAN??


Jika lihat dari gambaran di atas, suasana demo #BantahGST siang tadi nampak hebat bukan. Tapi betul ke capai sasaran yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim? Jika betul sampai 100ribu yang hadir logik akal tak sepanjang jalan Dataran Merdeka tu boleh muat sampai 100 ribu manusia....fikirlah sendiri yer!!

Sebab apa GR persoalan kehadiran penyokong tegar puak pakatan pembangkang nie, sebab nya laporan media dari Malaysiakini kata 50 ribu, laporan dari Harakah kata 100 ribu, laporan dari sorang pemimpin diaorang nie kata berjuta-juta yang turun....tapi kenapa tak melimpah ruah sampai tutup KL.

Korang ingat tak masa Bersih 3.0 dulu, diaorang rakyat berikan sokongan penuh pada mereka dengan ramai yang turun...sampai keluarkan gambar KL penuh dengan umat manusia berpakaian kuning. Sekali kantoi gambar tu macam biasalah 'Editing Cemerlang'...Kih kih kih.

Samalah macam demo siang tadi, sebenarnya dapat sambutan ke tak? Kenapa sampai ada yang GR dengar masa siang tadi...ada penyokong korang nie kata.. "asyik turun, macam nie jugak...tak der dapat apa-apa perubahan pun...boring lah!!" Macam mana tu Bang Non...bagi lah komen sikit.


Apa sebenarnya tujuan korang buat demo #BantahGST nie? Yang turun nak #BantahGST nie korang faham ke tak sebenarnya apa yang kerajaan nak buat sekarang? Gambar ni GR dapat masa siang tadi yang baju ni korang pakai dan GR pun dapat serta pakai baju yang sama...sorry lah yer kawan2 pembangkang, lepas pakai GR buat lap kereta. Hi hi hi....

Baju dipakai oleh pendemo di Dataran Merdeka siang tadi. Ini jawapan dari point yang korang cetak pada baju yang dipakai siang tadi:

1. Gubal Akta Gaji Minima
Gaji minima sudah dilaksana mulai 1/1/14. Mereka baru minta gubal? Ketinggalan maklumat.

2. Mansuhkan ISA
ISA sudah dimansuhkan. Kita niat baik tapi mereka salah guna utk ganggu KL hari ini. Ada yg cadang utk kembalikan akta itu.

3. Perumahan selesa untuk rakyat
BN dlm Akujanji PRU13 janji akan bina 1 juta rumah mampu milik dlm 5 tahun. Buku Jingga hanya 150 ribu 5 thn. Jauh benar beza angka itu.

4. Kawal harga barangan
Harga barang naik antara sbbnya peniaga2 tertentu secara senyap adakan sabotaj ekonomi. Namun kadar inflasi 3.4% masih terkawal sbb BN terus jaga ekonomi dgn baik.

5. Pulihkan Pilihanraya Majlis Tempatan
Pilihanraya Majlis Tempatan strategi pihak tertentu sbb penyokong mereka yg sudah senang & jadi rakyat kelas pertama di negara ini kuasai bandar2.

6. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas
Mana ada lagi penswastaan khidmat asas? TNB, Prasarana, KTMB, MAS semuanya GLC, milik Kerajaan.

Mananya nak lawan pasal GST? Hakikatnya puak pembangkang nie diaorang sendiri tak tau apa itu GST. Diaorang nie termakan cakap dan hasutan boss-boss diaorang jer...hati dah busuk memang tak boleh masuk apa pun yang baik.

Pada yang tak nak kaji dulu pasal GST nie, korang baca ni kronologi dari bila ianya dicadangkan:



Sebelum nak ikut-ikut cakap orang tu kaji dulu, jangan nak hentam keromo yer. Fikirlah balik apa yang boss korang bagi sampai korang taksub sangat turun demo sana sini, apa pun takder. Takkan dapat elaun jer korang sanggup buat benda bodohkan. Ada otak pikirlah yer.

Pandangan sorang nie bagus dan GR sharekan untuk korang semua....



GR kata: Polis buat kerja terbaik kawal macai buat demo kali nie!!

Tuesday, April 29, 2014

AKHIRNYA @AzminAli BUKAN 'ANAK IKAN' @anwaribrahim LAGI, KESIAN!


Habis madu sepah dibuang, dapat yang baru yang lama ditinggalkan. Inilah kata-kata yang sesuai buat 'anak ikan' Anwar, si Azmin Ali. Nampaknya cita-cita Azmin nak pangkah Khalid Ibrahim tak kesampaian.

Penipuan, manipulasi dan pembohongan kesemua ini berpisah tiada diantara PKR. Mereka ini siang malam berkokok BERSIH BERSIH BERSIH, tapi korang tengok sendiri pemilihan parti mereka adakah bersih atau busuk??

Pemilihan di dalam parti sebelum ini semua orang tahu dicemari dengan penipuan kertas undi dan pengundi hantu. Kemudian sana sini berlaku pergaduhan semasa proses membuang undi. Video pun tersebar dengan cukup meluas malah ada juga aksi bertumbuk di selang seli dengan jeritan dan tangisan.

Selepas PRU13, parti yang mempunyai “Anugerah Tuhan” ini cukup champion dengan Bersih. Pemilihan parti saling tak tumpah dengan DAP…

Gambar dibawah tersebar meluas dikalangan pencacai PKR, apabila berlaku proses mengundi di dalam bilik hotel:


Korang pun tengoklah tweet Anwar Ibrahim yang 'cuba' mengesahkan penyertaan tak sah dan dibatalkan. Adakah mereka berani menyuarakan perkara sebenar dengan apa yang mereka kata seperti tweet di atas? Sama-sama kita tungguu dan lihat yerrr....


GR kata: Nak sangat tengok Azmin mengamuk, nak tengok apa lagi 'game' Bang Non lepas nie. Kih kih kih....

HOT: NAJIB, OBAMA MEETING MINUM AIR KALER LAIN MACAM? HEBAT MACAI PAKATAN KAN! @NajibRazak @Zahid_Hamidi #ObamaInKL


Kedatangan Obama ke Malaysia sebenarnya GR tak der rasa sedikit teruja pun, malah memikirkan apakah muslihat disebalik kedatangan Obama ke negara Asean seperti Malaysia.

Namun kita sebagai sebuah negara yang mempunyai nilai murni dalam diri setiap rakyat Malaysia, sudah pasti ramai negara luar tertarik untuk datang melihat sendiri keindahan dan pembangunan di negara kita.

Paling menarik ada pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana mungkin beliau tidak diundang untuk turut bersama dalam lawatan Obama ke Malaysia. Adakah beliau jeles kerana tak dapat ber 'SELFIE' bersama? Adakah beliau tak dapat berjumpa Obama untuk meluahkan temberang beliau pada pemimpin no.1 dunia itu? Adakah beliau tak dapat meraih simpati pada Obama untuk menyelamatkan beliau?

Jawapannya hanya si 'Mat Sentel' saja yang tau. Betul tak? Dah tu janganlah asyik temberang sana sini salahkan kerajaan halang. Tau cara protokolkan, jadi gunakanlah sebaik mungkin.

Disebabkan jeles yang amat sangat, ada juga macai 'Mat Sentel' ni sanggup buat apa saja...walaupun malukan negara. Korang tengok gambar di atas, kata bodoh diaorang marah pulakkan. Takkan tengok kaler air pun nak boleh nilai bahawa arak dihidangkan sebagai tanda menjemput tetamu kehormat.

GR nak tanya macai pakatan, air berwarna gelap ke cerah-cerah sikit macam tu confirm arak ker? Pernah minum air grape ke ribena ke, kaler macam tu lebih kurangkan. Air apple pun macam tu kaler dia kan. Ada nampak ke botol wine or champagne atas meja Najib dan Obama tu.

Kalau tengok gambar di atas yang bersama Najib...menteri-menteri yang kuat pegangan Islam dalam diri mereka. Kenapa tak tanya mereka sendiri?? Sebagai tuan rumah, adakah perlu kita menjamu tetamu kita ikut citarasa mereka? Kalau korang buat macam mana....contoh buat jamuan masa rumah terbuka. Fikir sendiri lah yer....

GR setuju juga dengan pandangan rakan blogger RezqeenHill secara rasionalnya :

1. Takkan dalam mesyuarat antara kedua-dua negara ini, air arak dihidangkan. Tak ker kalau Obama mabuk teruk, banyaklah benda-benda mengarut dia bebelkan dalam mesyuarat tersebut.

2. Sepanjang pengetahuan saya, wine / arak tidak diisi yang banyak dalam sesuatu bekas minuman. Kalau diminum dengan jumlah yang banyak nescaya seseorang itu akan mabuk kepayang sehingga lebih 3 4 jam. Confirm sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut akan jadi haru biru bila 2 pemimpin negara mabuk teruk atas pentas.

Walaupun gambar tersebut hanya memaparkan Teka Dan Menang, air jenis apa yang dihidangkan tu. Tapi sebenarnya ia membawa maksud kononnya terdapat unsur-unsur tidak sihat dalam pertemuan tersebut.


GR kata: Banyak sangat manusia yang buta kayu, buta tuli sekarang nie!!

Sunday, April 27, 2014

#demoGST: PEMBANGKANG MESTI CARI JALAN NAK SALAHKAN POLIS! SAPE YANG TAK FAHAM BAHASA? @Zahid_Hamidi @PDRMsia @rafiziramli @tianchua


Manusia bila bertindak menggunakan nafsu tanpa akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T pasti tiada sebarang jawapan mahu pun hala tuju yang dicapai. Samalah seperti demo-demo oleh puak pembangkang yang kononnya mahu gulingkan kerajaan dengan pelbagai isu bodoh, ternyata hanya sia-sia saja.

Paling menyedihkan lagi, kenapa masih ramai masyarakat yang BUTA TULI tak boleh menerima kenyataan kerja yang mereka buat hanyalah seperti MANUSIA YANG TAK DER OTAK!!

Korang tengok sendiri, apa yang korang dapat kalau buat demo? Nak tunjuk perasaan perlukah dengan cara begini? Yang penatnya siapa....yang sedapnya siapa korang fikirkanlah.

Bila nak buat demo tak boleh ker ikut undang-undang ker? Kenapa perlu dibuat di Dataran Merdeka pada 1 Mei nanti? Bukankah semua tahu, Dataran Merdeka sedang dibaikpulih. Adakah Bang Non boleh beri jaminan, himpunan kali ini dilakukan secara aman? Jika aman kenapa tak buat di stadium atau pun di mana-mana kawasan tertutup?

Jangan salahkan pihak Polis jika tindakan diambil. Jika berlaku sebarang perkara jelas puak demo nie memang sengaja nak cetuskan sesuatu yang diluar jangkaan. Sekarang bukan zaman amaran lagi yer, kalau kena tindakan apa-apa jangan salahkan polis. Salahkan Bang Non yang buat korang jadi BODOH BERTINGKET-TINGKET!!

ALOR GAJAH 26 April - Kementerian Dalam Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta sesiapa yang terbabit dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya mereka didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kementerian membenarkan perhimpunan yang bakal diadakan awal bulan hadapan itu diadakan tetapi ia perlu mengikut garis panduan ditetapkan serta tidak mengganggu ketenteraman awam.

Namun begitu, tegasnya, beliau tidak akan memberi amaran sekiranya didapati ada dalam kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat dikenakan dalam akta tersebut.

"Kita (kementerian) beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukannya di luar daripada syarat diberikan, maka mereka harus menanggung risiko daripada pelanggaran syarat berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Sekolah Menengah Imitiaz Ulul Albab, Masjid Tanah yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin.

Jelas Ahmad Zahid, beliau turut menasihatkan penganjur me­ngubah lokasi perhimpunan ke Stadium Merdeka disebabkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan di Dataran Merdeka.

Namun begitu, ujarnya, pihak penganjur hanya boleh menggunakan stadium berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab terhadap stadium tersebut.

"Kami telah menyarankan agar pihak penganjur tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman sebagai alasan untuk mereka me­ngadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

"Kalau mereka tidak berpuas hati dengan apa juga isu termasuk GST, maka mereka boleh menyatakan dengan alasan dalam perhimpunan berkenaan secara aman di stadium tersebut," ujarnya.



GR kata: Demo demo...demo loni tak serupo mulo! He he he

Artikel pelbagai