Saturday, March 10, 2012
PANAS: DOKTOR PELATIH NAK ROMEN PELAJAR SENDIRI??
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendakwa dicabul seorang doktor pelatih di sebuah hospital di sini pada 4 Mac lalu. Pelajar terbabit dikatakan dicabul ketika berada di unit kecemasan hospital terbabit kira-kira jam 10.20 pagi ketika mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, mangsa pada mulanya dirawat seorang doktor perempuan, namun terpaksa meninggalkan mangsa kerana perlu merawat kes kecemasan.
“Seorang doktor lelaki masuk ke bilik rawatan dan tanpa sebarang soalan, doktor tersebut meraba buah dada mangsa.
“Selepas meraba mangsa, doktor tersebut juga meminta seorang jururawat untuk memeriksa pelajar itu dan kemudian meraba alat sulit mangsa,” katanya.
Pelajar itu juga diarahkan doktor tersebut untuk melakukan senaman secara berhadapan dan dia memegang pinggang mangsa serta diarah melentikkan diri menyebabkan mangsa dicabul sekali lagi.
Apabila mangsa menyedari dirinya dicabul, dan tindakan tersebut bukannya rawatan, mangsa kemudiannya melarikan diri dari bilik itu serta membuat aduan kepada doktor wanita yang mula-mula merawatnya.
“Bagaimanapun, surat yang ditulis oleh mangsa kepada hospital tersebut tidak dilayan sehingga kini. Mangsa dikatakan lambat membuat laporan kerana terpaksa menduduki ujian peperiksaan,”katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
GR kata: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya". Renung-renungkan....
Inilah Contoh Pemimpin Terbaik, Low Profile @NajibRazak
TINJAUAN MESRA BERSAMA RAKYAT...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (dua dari kiri) berbasikal bersama remaja dan belia di kawasan rekreasi Taman Setia Indah, Tebrau, Johor Bahru, pagi tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika "walkabout" dan perjumpaan dengan penduduk di Taman Setia Indah, Johor Bharu.
GR kata: Teruskan berkhidmat untuk rakyat wahai PM Najib.
Portal Pembangkang Tabik Spring Pada YAB PM!!
Haaaaa...nampaknya semua pihak khususnya rakyat sudah mula menerima dengan baik pucuk pimpinan YAB PM Datuk Seri Najib Razak mentadbir Kerajaan Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan oleh Kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, Baucar Buku 1Malaysia, Sara 1Malaysia dan lain-lain lagi diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia.
Terbaru, portal pembangkang yang tidak asing lagi Malaysian Insider juga menyatakan sokongan mereka pada YAB PM dan mengaku rating PM Najib naik dengan begitu baik sekali. Pelikkan?? Portal yang selalunya menyampaikan berita palsu dan fitnah pada Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya dan sekarang mereka menyokong YAB PM sebagai pemimpin yang terbaik di Malaysia. Nampaknya peningla kepada Anwar sekarang ni...sudah pasti akan ada saja isu fitnah yang akan ditimbulkan oleh beliau. Itulah dia Pak Anwar Ibrahim, semua orang tau kan. Hi hi hi
Jom baca kenyataan di bawah :
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.
Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.
Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.
"Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.
Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.
Sejumlah 1,022 pengundi berdafar, terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India, diinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu. Responden dipilih berasaskan sampling rambang mengikut etnik, jantina dan keadaan kediaman. - Bernama
GR kata: Tahniah YAB PM dan teruskan mentadbir negara berkembang pesat. Terima kasih kerana mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
WAJIB BACA: Si Rafizi Mulut Longkang Perlu Mohon Maaf!!
Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.
Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.
“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.
“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.
Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub
GR kata: Penipuan yang tak masuk akal..dah tak lepas jadi lembu memang macam ni. He he
PANAS: @chegubard Menangis Ceramah ABU Dapat Sambutan 'Kaw-Kaw'!!
Perghhh...tu dia, ceramah ABU malam tadi yang berlangsung di Tmn Setapak Jaya, K.Lumpur mendapat sambutan yang sungguh 'menggalakkan'. Memang ramai giler yang datang...Nak gelak guling-guling la bila tengok kehadiran mereka yang datang ceramah malam tadi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian dan juga warga K.Lumpur, kehadiran malam tadi kurang 150 orang. Ternyata sudah tidak ada siapa yang ingin menyambut program ABU yang syok sendiri ni. Ceramah yang cuma maki hamun Kerajaan dan menabur janji kosong pada rakyat tapi hasilnya Apa Pun Tak Boleh!!!
Meh kita tengok bilangan mereka yang hadir...macam cakap sorang pun ada tu...He he he
Ramai giler kan?? He he he. GR ingin sarankan pada Chegubard dan sekutu-sekutunya, sudah-sudah la tu. Diri dah tak laku lagi mau jaja-jaja fitnah sana sini. PRU 13 nanti nak bertanding kat kawasan mane yer?? PRU 12 dah ler kalah teruk. Malu la sikit. Jangan nak tabur fitnah pada rakyat. Jangan memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi Pakatan Rakyat.
Lihat gambar di atas, GR kongsikan antara mereka yang hadir. Tengok muka pun dah tau samseng ABU ni. Berapalah mereka ni dapat 'payment' ek untuk datang meramaikan ceramah ABU malam tadi. Tengok pun kat situ penia-peniaga baju yang meramaikan tapi hasilnya Chegubard menangis tutup muka sebab malu. Kih kih kih
Tahniah la pada MP K.Selangor dan A.Samad Said antara penceramah ABU malam tadi. Sebabnya berjaya cakap dihadapan kurang 150 orang. Lebih kurang cakap sorang-sorang la kan. Chegurbard lepas ni nak buat lagu mana lagi yer?? Keh keh keh
GR kata: Asal Bukan Anwar Ibrahim (ABAI)
Friday, March 9, 2012
PANAS: BEKAS MINUMAN PERMAINKAN KALIMAH ALLAH S.W.T!!!
Lihat saja gambar di atas, GR sedih sangat agama Islam sekarang dipermainkan begitu saja. Tidak ada rasa takut mau pun segan kerana memperkecilkan agama Allah S.W.T ini. Terbaru, bekas minuman (gambar di atas) yang dikatakan mempermainkan kalimah Allah S.W.T. Tak percaya?? Ok tengok betul yer....
Nampak tu...tulisan yang menyerupai kalimah Allah S.W.T tertera dibekas minuman tersebut. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kedai minuman yang mengeluarkan bekas minuman macam ni ada di Sunway Piramid. Nama kedai...pembaca pergi dan tengok sendirilah yer. Kurang jelas ker gambar ni?? Ok lihat di bawah :
Adakah pemilik kedai ini tak sengaja atau pun sengaja GR tak pasti. Apa yang pasti perkara ini memang kurang ajar. Mana tak nyer, orang yang dah habis minum confirm bekas minuman ni dibuang merata-rata lepas tu ada pulak yang pijak. Betul tak?? Pembaca yang budiman renung-renungkanlah...
GR kata: Mohon pihak berkuasa dan JAKIM pantau perkara ini dan ambil tindakan dengan segera!!
PANAS: KHALID GAGAP KANTOI LAGI! INI BUKTNYA!!
Semalam Raja Petra dedahkan jumlah kerja-kerja Direct Nego yang dikeluarkan oleh MB Selangor, Khalid Gagap. Mungkin ada yang bertanya adakah direct nego itu salah? Ataupun akan ada yang berfikir bahawa direct nego itu perlu ada. Tapi Kerajaan Neg. Selangor sebelum ini ada mengatakan mereka akan buat secara tender terbuka, lebih telus dan adil katanya. Meh kita lihat di bawah, pembongkaran yang dibuat oleh RPK telus ke idak yer...
Kata tender direct nego nak dihapuskan...TAPI yang ni apa pulak?? Lihat di bawah:
Perghhhhh...banyak tu kan? Betul Si MB Khalid Gagap ni 'sakau' habis duit rakyat Selangor. Ada lagi bukti-bukti MB Khalid Gagap dan sekutunya menyalahgunakan kuasa. Jom tengok lagi di bawah:
Baca lagi di sini
GR kata: Tunggu pendedahan tentang Si GAGAP ni di Bdr Tun Razak!!!
GEMPAR: @chegubard Kena UGUT Sampai Terkencing?? Malunya..
Seorang ketua pemuda UMNO bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.
UMNO cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.
Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.
UMNO cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.
Inilah Si Chegubard, program syok sendiri beliau. He he he
Sumber: Suara Razlan
GR kata: Sudah-sudahla tu Chegubard...hang dah tak laku, perabeh boreh ajo!!!
PANAS: @Khalid_Ibrahim KANTOI Lagi! Songlap Tak Ingat!!
Pembaziran yang telah dibuat oleh Yayasan Selangor untuk majlis makan malam yang bernilai RM 966,472 :
- RM320,000 untuk khidmat perunding bagi Majlis Hari Raya.
- RM170,000 untuk majlis buka puasa.
- RM120,000 untuk membeli sampan.
- RM120,000 untuk membeli persalinan wanita.
GR kata: Perghhh...kaya betul siapa yang diberi kontrak untuk uruskan majlis ni kan?? YB tolong jawab yer...
Thursday, March 8, 2012
SBPA Batal, Makin Peningla Anwar!!
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9%), Gred Turus 3 dan 2 (8%) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7%).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.– BERNAMA
GR kata: Apa lagi Anwar nak cakap lepas ni yer?? hi hi hi... Terima kasih PM kerana mendengar keluhan hati rakyat.
PANAS: Kenapa 'Fuziah Torron' Sokong #Lynas.. ??
ASAL USUL LYNAS....
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai Yilgangi Gold NL syarikat mengambil nama Lynas pada tahun 1985. Ia menjadi awam yang disenaraikan dalam tahun 1986 di ASX. Pada tahun 2001, ia menjual bahagian emas dan memberi tumpuan kepada bahan nadir bumi. Lynas diasaskan oleh Nicholas Curtis, bekas pengarah eksekutif di Macquarie Group Ltd Gunung Weld.
Mt Weld mengandungi salah satu daripada deposit yang terbesar dan tertinggi yang diketahui gred nadir bumi. Deposit tambahan yang luar biasa kerana ia mengandungi tahap yang sangat rendah torium, pencemar radioaktif yang biasa ditemui bersama-sama dengan unsur-unsur nadir bumi. Gabungan sumber besar, gred tinggi dan pencemaran torium rendah membuat cadangan komersil yang menarik khususnya. Bijih yang dihasilkan di Gunung Weld tertumpu di lokasi dan bertujuan untuk kemudian dihantar ke Loji Lynas Bahan (LAMP) Advanced di Malaysia untuk penapisan.
Pada bulan Mei 2009 Lynas telah ditawarkan pembiayaan sebanyak $ 252 juta oleh milik negara China Cina Bukan Ferus Metal Mining (Group) Co., Yang akan mengambil 51.6% kepentingan dalam syarikat. Walau bagaimanapun perjanjian itu telah dimansuhkan oleh Lembaga Penilaian Pelaburan Asing Australia kebimbangan ia akan mengancam bekalan kepada pembeli bukan Cina. Lynas kemudian dibangkitkan $ 450 juta dalam penjualan saham.Pada November 2010, ia telah menandatangani perjanjian dengan nadir bumi syarikat perdagangan Jepun Sojitz untuk mengeksport mineral nadir bumi bernilai $ 350 juta daripada lombong di Mount Weld. Penghantaran pekat ke Malaysia dijangka bermula pada tahun 2012 sekali LAMP telah selesai deposit Mahkota.
Pada bulan April 2011, Lynas telah cuba untuk menjual deposit Mahkota polymetallic (yang bakal untuk niobium) di Gunung Weld Forge Sumber. Forge, sebuah syarikat yang disenaraikan di ASX, juga berkongsi satu dan hanya Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis, walaupun bekas Lynas Pengarah Eksekutif Harry Wang juga terlibat dengan Forge dan transaksi. Dalam pembentangan 2007 Syarikat, Lynas mendakwa bahawa deposit Crown adalah bernilai $ 50 bilion [rujukan diperlukan] tetapi telah dinilai pada $ 20.7 juta untuk dijual Forge. Curtis sebagai pengarah Forge akan menerima 24000000 saham prestasi jika perjanjian antara Lynas dan hasil Forge. Pengulas tertentu dan wartawan telah dipanggil ke dalam soalan pengawasan kawal selia Sekuriti Australia dan Pelaburan Suruhanjaya (ASIC) kesahan cadangan tersebut, tetapi telah terbukti telah tidak berpengetahuan atau penggelisah kerana cadangan itu adalah sentiasa tertakluk kepada kelulusan bebas pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). EGM itu dibatalkan oleh Lynas selepas pembangkang pemegang saham dengan cadangan menjadi jelas, dan deposit Mahkota polymetallic masih dimiliki oleh Lynas. - Di luar Australia
Kuantan, Malaysia
LAMP di Kuantan sedang dibina dengan sokongan daripada kerajaan Malaysia, dengan status "perintis" termasuk pengecualian cukai 12 tahun. Pemprosesan bijih setiap tahun akan menghasilkan beberapa ribu tan sisa bahan (batu kapur) yang mengandungi kepekatan tinggi torium, unsur radioaktif. Kebimbangan mengenai penyimpanan jangka pendek dan panjang bahan buangan ini, dipolitikkan dalam konteks pilihan raya yang akan datang parlimen, didorong bantahan meluas di Malaysia pada tahun 2011. Menurut kepada laporan New York Times bunyi wisel peniup jurutera mendakwa bahawa jalan pintas telah diambil ke atas pembinaan LAMP termasuk penggunaan keluli standard yang lebih murah berbanding bahan-bahan yang lebih mahal untuk berurusan dengan buburan sedikit radioaktif, super dipanaskan dan sangat mengakis yang digunakan dalam loji.
GR kata: Syarikat perlombongan nadir bumi, Lynas Sdn Bhd akan menghantar keluar negara bahan buangan dari kilangnya di Gebeng, Kuantan bukan menyimpan sisa tersebut dalam negara seperti didakwa Pakatan Rakyat.
PANAS: TIADA LAGI LAUNGAN AZAN JIKA PR MEMERINTAH!!
Apakah mungkin jika Pakatan Rakyat berjaya pada PRU-13 nanti sekaligus memerintah negara ini hak keistimewaan Islam akan tergadai?? Malaysia yang sememangnya sebuah negara Islam akan terkubur begitu saja dek sibuk nak menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari semua bidang. Fikirkanlah wahai pembaca sekalian, apakah ini yang kita mahu terjadi pada anak cucu cicit kita??
Pada orang muda fikirkanlah..jangan disebabkan tidak meggunakan akal fikiran dengan sebaiknya kita menyesal suatu hari nanti. Jangan disebabkan percaya dengan kata-kata 'azimat' seorang pemimpin yang hanya pandai berJANJI, kelak kita juga yang menyesal suatu hari nanti.
Fikirlah secara matang, jika benar pemimpin itu berkata membawa perubahan kepada rakyat, kenapa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menjadi kucar-kacir? Kenapa tidak menjaga kebajikan rakyat itu sendiri? Kenapa janji-janji pada PRU-12 tidak ditunaikan?? Fikir-fikirkanlah wahai pembaca budiman sekalian...
Jom baca kenyataan di bawah:
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, jika rakyat memilih pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara tidak akan lagi berkumandang azan.
“Bila DAP akan menguasai kita nanti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada PRU13, tak ada azan di masjid lagi malah akidah, syariah dan akhlak orang Islam juga akan berkubur,” katanya.
Bercakap kepada lebih 1,500 orang pada ceramah Simposium Perdana, menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Akidah di Dewan Alamanda di sini malam tadi beliau berkata, Pas sebagai parti komponen dalam pakatan rakyat yang memperjuangkan Islam juga akan tunduk kepada pengaruh DAP.
Menurutnya, pengalamannya selama tiga tahun 11 bulan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, cukup jelas membuktikan Pas tidak dapat memperjuangkan Islam jika pakatan rakyat memerintah negara ini nanti.
Hasan berkata, sepanjang tempoh tersebut, terlalu banyak rintangan yang dihadapi hanya semata-mata beliau ingin melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana ia ditentang oleh pemimpin Pas selain penghalang utama ialah DAP dan PKR.
“Bayangkan orang Pas tak bagi saya membasmi arak dan yang lebih besar menyekat kemaraan Kristian malah orang Pas sendiri menghalang saya mencegah murtad yang berlaku di Selangor.
“Kerana itu, saya dipecat dari Pas bukan kerana saya minum arak, berjudi, berkhalwat, berzina atau meliwat tetapi saya dipecat kerana nak mempertahankan akidah, syariah dan hak orang-orang Islam,” katanya.
Lebih mengecewakan Hasan apabila pemimpin tertinggi Pas mengatakan, apa yang ingin dilakukan oleh parti itu berkaitan Islam ia perlu dirujuk kepada DAP dan PKR.
GR kata: Jangan permainkan Islam, pasti akan dapat pembalasan dari Allah SWT
SANTAI PAGI: Honeymoon Yusry & Lisa
GR kata: Doakan semoga mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat. Syok woooo...main salji tu... :)
Wednesday, March 7, 2012
PANAS: Ustaz Madrasah Seorang GAY???
Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.
Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya. Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.
Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.
“Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini,” katanya.
Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam. - SH
GR kata: Seorang yang cerdik pandai agama pun boleh 'tewas' inikan pula manusia biasa. Sedarlah wahai umat Islam, hubungan sejenis HARAM disisi agama Islam.
Kes Altantuya Bikin Anwar Meroyan Lagi..!!
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tidak mempunyai kes prima facie untuk menjawab pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang berlaku pada 2006, menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata, nota-nota yang ditulis Abdul Razak, yang ditemui dalam beg Ketua Inspector Azilah Hadri, berserta dengan alamat penuh kediaman Abdul Razak dan nama bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda, adalah konsisten dengan seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah meminta bantuan polis untuk melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya.
Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, Hakim Mohd Zaki juga berkata malahan sekiranya Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai mempunyai "motif" berdasarkan semua surat peras ugut daripada si mati (Altantuya), ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi sabitannya tanpa sebarang keterangan langsung atau keadaan bagi pembabitannya dalam apa juga cara dalam perlakuan kesalahan itu.
"Saya berpuas hati bahawa tiada prima facie untuk beliau menjawab pertuduhan terhadapnya. Dengan itu, saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkannya dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman beliau yang diedarkan kepada media hari ini.
Mengenai afidavit Abdul Razak, Hakim Mohd Zaki berkata, beliau tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan Abdul Razak bahawa Altantuya telah memeras ugutnya.
GR kata: Nak tunggu Anwar kata lagi sistem kehakiman tak betul ada konspirasi..he he he
PANAS: SURAT CINTAN CINTUN ANWAR TERSEBAR LAGI!!
Surat di atas ditulis sendiri oleh Anwar semasa beliau menjadi TPM. Baca seterusnya di sini
GR kata: Kita tengok apa 'auta' Anwar berkenaan surat 'cinta' ni....
BUDAK HILANG: MOHON PERTOLONGAN PEMBACA SEMUA! SEBARKAN!!!
Mohon kepada semua pembaca blog GR supaya membantu keluarga anak ini dan pihak Polis.
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.
Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin di talian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor di talian 07-2254422
Mohon disebarkan juga kepada yang lain. Terima kasih...
Isu #Lynas: Ada 'Bran' Ker @fuziah99 Berdebat Dengan @tilianker ??
GR kata: Harap YB Fuziah berani sahut cabaran...jangan sibuk citer belakang yer!!!
Tuesday, March 6, 2012
PANAS: PUTERI UMNO KANTOI LAGI!! @RosnahARS @NajibRazak
Apa sebenarnya yang terjadi yer? Siapa yang harus dipersalahkan jika Puteri UMNO Malaysia terlibat dalam satu-satu perkara yang tidak diingini. Dan siapakah yang perlu bertanggungjawab???
Ini bukan cerita yang boleh dimain-mainkan kerana ini melibatkan sikap dan peranan seseorang ahli Puteri UMNO itu sendiri. Disebabkan GR peka dengan masalah ini dan rasa simpati, khidmat perlu diberikan bukan kerana politik semata-mata tetapi ianya adalah tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang insan iaitu bantu sama lain pada sesiapa yang ditimpa bencana atau pun masalah.
Jom baca kenyataan di bawah:
Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.
Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.
“Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.
Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.
Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. - BERNAMA
Baca juga di sini
GR kata: Tahniah Ketua Puteri UMNO Malaysia...
KISAH BENAR: PENGAKUAN TENTERA ISRAEL TERHADAP ISLAM!!
Pengakuan Tentera Israel : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumat"
Solat Subuh di Masjid Akbar New Delhi
Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.
Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.
GR kata: Yahudi Israel sama jerkan, depa ni musuh ketat umat Islam...tapi masih ada yang duk 'bela' puak Yahudi...camner tu? Sedarlah wahai umat Islam, bersatulah!!
Apa Kes @datosahol Kena Dengan DS @KhaledNordin ??
Isu VC UiTM Dato Sahol mungkin sudah 'sejuk' dan tidak perlu diperbahaskan lagi sebenarnya. Tetapi semalam ketika sessi santai bersama Menteri Pengajian Tinggi DS Khaled Nordin, seorang rakan blogger sempat bertanyakan kepada menteri bertanggungjawab mengenai kes yang dialami oleh Dato' Sahol.
Menurut DS Khaled Nordin (video di atas) kes tersebut telah pun disiasat oleh BPR dan pihak dalaman UiTM dan mereka mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sahol melibatkan dua anaknya dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.
Menurut DS Khaled Nordin (video di atas) kes tersebut telah pun disiasat oleh BPR dan pihak dalaman UiTM dan mereka mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sahol melibatkan dua anaknya dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.
Sumber: YY
Monday, March 5, 2012
SAYA MOHON MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA - @NajibRazak
Syabas GR ucapkan kepada YAB PM kerana dengan sikap terbukaan beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan lalu yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Inilah contoh yang perlu diambil oleh semua pemimpin di dalam Barisan Nasional (BN), jangan malu dan segan untuk mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Kita ini adalah insan biasa yang tidak pernah lari dari sebarang kesilapan...
Barisan Nasional (BN) akan menebus kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu dan berjanji membetulkannya dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Katanya, jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.
"Pada saya, kita jangan angkuh dan bongkak sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dahulu, mesti ada kesilapan kita.
"Kita minta maaf atas kesilapan kita dahulu. Yang menang minta maaf, yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil dekat sini semalam.
Najib berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan. - Kosmo
GR kata: Tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap...Sorang pemimpin Pakatan Rakyat tu baik belaka tak pernah buat 'silap' ek?? he he he
PANAS: EMAK JUAL ANAK JADI PELACUR??
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.
Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.
“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.
“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.
“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.
“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.
Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.
Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahu pun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.
GR kata: Dunia akhir zaman.....
BONGKAR: Kilang Radioaktif Di Selangor Bawa Maut?? @Khalid_Ibrahim @fuziah99 Apa Cerr?? #Lynas
Sebelum ini GR ada mengeluarkan artikel berkenaan terdapat kilang radioaktif yang berjaya dikesan di Selangor. Baca di sini...
Sibuk sangat puak Pakatan Haprak ni kata kilang Lynas di Gebeng tu kadar radioaktifnya tinggi. Tapi macam mana pula kilang ShinEtsu (M) Sdn Bhd di Selangor dikatakan memproses Rare Earth Magnet tak ada sebarang diambil oleh kerajaan negeri?? Terang-terang kilang ini mengeluarkan kadar radioaktif yang tinggi dari bahan pengeluarannya. So apa lagi?? Kasi Himpunan Hijau 3.0 la pulak...hi hi hi
Terdapat sebuah kilang yang sudah lama beroperasi di Selangor. Kilang ini menghasilkan produk Rare Earth Magnet dan ini menunjukkan juga isu Lynas ini sememangnya agenda politik yang dimainkan oleh Pakatan Haprak. Rakyat Selangor yang duduk di kawasan kilang terbabit ok jer, tak der yang maut pun....
Lihat di bawah :
Nampaknya isu Lynas yang Pakatan Haprak cuba bangkitkan hanyalah semata-mata permainan politik mereka sahaja. Sudah beberapa kali Kerajaan menyatakan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan hanyalah memproses RARE EARTH bukannya nuklear seperti yang difitnah oleh puak pembangkang. Mereka sengaja menakutkan rakyat dengan memutarbelitkan fakta sebenar tanpa isul periksa.
Seterusnya baca di sini
GR kata: Mohon pihak berkuasa ambil tindakan tutup kilang ShinEtsu di Selangor. YB Fuziah tak mo terpekik terlolong lagi kah?? he he he
Sibuk sangat puak Pakatan Haprak ni kata kilang Lynas di Gebeng tu kadar radioaktifnya tinggi. Tapi macam mana pula kilang ShinEtsu (M) Sdn Bhd di Selangor dikatakan memproses Rare Earth Magnet tak ada sebarang diambil oleh kerajaan negeri?? Terang-terang kilang ini mengeluarkan kadar radioaktif yang tinggi dari bahan pengeluarannya. So apa lagi?? Kasi Himpunan Hijau 3.0 la pulak...hi hi hi
Terdapat sebuah kilang yang sudah lama beroperasi di Selangor. Kilang ini menghasilkan produk Rare Earth Magnet dan ini menunjukkan juga isu Lynas ini sememangnya agenda politik yang dimainkan oleh Pakatan Haprak. Rakyat Selangor yang duduk di kawasan kilang terbabit ok jer, tak der yang maut pun....
Lihat di bawah :
Nampaknya isu Lynas yang Pakatan Haprak cuba bangkitkan hanyalah semata-mata permainan politik mereka sahaja. Sudah beberapa kali Kerajaan menyatakan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan hanyalah memproses RARE EARTH bukannya nuklear seperti yang difitnah oleh puak pembangkang. Mereka sengaja menakutkan rakyat dengan memutarbelitkan fakta sebenar tanpa isul periksa.
Seterusnya baca di sini
GR kata: Mohon pihak berkuasa ambil tindakan tutup kilang ShinEtsu di Selangor. YB Fuziah tak mo terpekik terlolong lagi kah?? he he he
Subscribe to:
Posts (Atom)