Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts
Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts
Friday, April 13, 2012
PANAS: PUTERI TAK SABAR-SABAR? KES NAYA?? @Rosnah_ARS @NajibRazak
Dalam usaha menangkis dakwaan-dakwaan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN) melalui alam maya, Puteri UMNO kini sedang giat melatih anggotanya untuk menjadi penulis blog.
Ketua pergerakan itu, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, anggota parti itu turut turun padang bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan pembangkang terhadap BN.
Ini adalah antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Seni Kulinari Chef Liza di sini, Khamis.
Rosnah berkata beliau juga turut meninjau persiapan sayap itu di negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja jentera pilihan raya Puteri berjalan lancar dengan melibatkan kesemua anggotanya.
"Kita telah bersiap sedia sejak tahun lepas lagi (bagi menghadapi pilihan raya) yang mana kita telah memberi pendedahan kepada anggota-anggota Puteri dengan kerja-kerja kebajikan agar mereka (Puteri Umno) rapat dan mendengar sendiri apa yang dituntut oleh masyarakat.
"Puteri juga masih dalam peringkat perancangan untuk melantik beberapa individu tertentu memberi ceramah semasa tempoh berkempen agar amanat pucuk pimpinan parti sampai kepada orang ramai," katanya.- Bernama
GR kata: Semua jentera sudah siap sedia untuk 'berperang' demi mempertahankan agama, bangsa dan negara....
Sunday, March 25, 2012
KISAH PANAS PUTERI UMNO MALAYSIA?? @Rosnah_ARS
Pergerakan Puteri UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi wakil pergerakan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bukan hak beliau dan pergerakan itu untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Puteri UMNO pada pilihan raya umum nanti.
“Semuanya terserah kepada kebijaksanaan pimpinan pusat. Saya percaya pucuk pimpinan melihat perkara ini lebih-lebih lagi usaha-usaha menjurus kepada keupayaan 30 peratus wanita (untuk memegang jawatan tinggi).
“Kita tak minta. Biarkan Presiden parti buat keputusan. Sekiranya pucuk pimpinan rasa ada pemimpin Puteri yg boleh diketengahkan sebagai tambahan kepada kerusi sedia ada, kita ucapkan Alhamdulillah. Ia satu pengiktirafan cukup bermakna kepada kita,” katanya.
Rosnah berkata, bagi menghadapi PRU13, pergerakan itu diberikan tugas teras untuk mengendalikan teknologi maklumat termasuk media alternatif. – BERNAMA
GR kata: Tahniah Ketua Puteri UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO kerana sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan kepentingan parti.
Tuesday, March 6, 2012
PANAS: PUTERI UMNO KANTOI LAGI!! @RosnahARS @NajibRazak
Apa sebenarnya yang terjadi yer? Siapa yang harus dipersalahkan jika Puteri UMNO Malaysia terlibat dalam satu-satu perkara yang tidak diingini. Dan siapakah yang perlu bertanggungjawab???
Ini bukan cerita yang boleh dimain-mainkan kerana ini melibatkan sikap dan peranan seseorang ahli Puteri UMNO itu sendiri. Disebabkan GR peka dengan masalah ini dan rasa simpati, khidmat perlu diberikan bukan kerana politik semata-mata tetapi ianya adalah tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang insan iaitu bantu sama lain pada sesiapa yang ditimpa bencana atau pun masalah.
Jom baca kenyataan di bawah:
Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.
Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.
“Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.
Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.
Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. - BERNAMA
Baca juga di sini
GR kata: Tahniah Ketua Puteri UMNO Malaysia...
Friday, March 2, 2012
PANAS: Ketua Puteri Sokong Kenyataan Anwar??
He he he...rileks jangan ada yang melatah dengan tajuk artikel di atas. GR saja nak 'panas' kan sikit suasana malam ini. Sebenarnya GR berbangga dengan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin No.1 Puteri UMNO Malaysia ni. Jom kita baca apa kenyataan beliau:
Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak berani mendedahkan kepada rakyat Malaysia surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, pendedahan itu sekali gus `membenam’ segala manipulasi yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berhubung perkara itu demi kepentingan politik mereka.
“Berbanding kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terbuka terhadap keselamatan Israel, ketiga-tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad pula jelas menunjukkan hala tuju serta pendirian Malaysia berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta sejauh mana hubungan dua hala dengan Israel boleh dilaksanakan,” katanya melalui satu kenyataan.
Rosnah berkata, pendedahan ktiga-tiga surat itu amat penting untuk membuktikan barisan pemimpin parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat gemar memanipulasi apa sahaja perkara bagi menghasut rakyat membenci kerajaan dan barisan kepimpinan kerajaan.
Malah, katanya, pemimpin pembangkang sanggup membuat apa sahaja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka terutama Anwar yang tanpa segan silu menyatakan sokongan terhadap Israel semasa ditemuramah Wall Street Journal (WSJ).
GR kata: Tahniah YB...seorang pemimpin wanita yang bersemangat tinggi...
Wednesday, November 30, 2011
TAHNIAH PUTERI UMNO MALAYSIA!! PUTERI SEDIA BERJUANG!!!

‘Isyarat telah berbunyi, Gendang sudah dipalu’
TAHNIAH Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kerana persidangan pada kali ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan juga kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia YB. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dengan ucapan dasar selama 2 jam yang penuh semangat dan amanat yang berguna kepada semua perwakilan dan jentera Puteri UMNO Malaysia.
Kepada perwakilan yang berbahas juga semuanya bersemangat dan hebat seperti 'Harimau Muda' versi puteri dengan usul-usul yang mereka bawakan sungguh bernas... Semoga apa yang dilafazkan bermula dari ucapan dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia sehinggalah kepada perwakilan dapat dilaksanakan dan mendapat respon yang baik daripada perwakilan yang hadir.

Puteri menyatakan sudah bersedia berjuang habis-habisan dalam PRU akan datang...Ingat AMANAT penting daripada Ketua Puteri UMNO Malaysia?? Jika amanat serta 5 perkara penting yang disampaikan Ketua Puteri tadi jelas, GR yakin dan pasti sayap Pergerakan Puteri UMNO akan bangkit dan berjuang habis-habisan dalam membantu BN pada PRU akan datang.
Antara ucapan dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia tadi:
# Kalau masih ada yang mahu dikipas dan mengipas, yang dengki dan iri hati, yang dendam tak bertepi, yang cemburu membuta tuli, sama-sama kita bilang pada mereka, UMNO bukan parti mereka. Perjuangan UMNO suci, yang kotor hanya tangan-tangan mereka. Perjuangan UMNO bersih, yang tercemar hanya politik murahan mereka. Tiada lagi gunting dalam lipatan, tiada lagi musuh dalam selimut, tiada lagi lidah bercabang dua dan tiada lagi kepalanya ular, ekornya belut kerana kita bukan Pakatan Rakyat, satu bahtera tiga nakhoda.Diakhir penggulungan Ketua Puteri ditutup dengan doa yang sangat menusuk kalbu... Itulah suara Puteri yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti...
# Sudah-sudahlah kita menjadi seperti Mahsuri, bila difitnah dia mengalah dan duduk mengharap simpati menyebelah. Cukup-cukuplah kita bersimpati dengan watak Si Bawang Putih. Apabila difitnah, dicaci, dihina hanya tunduk dan mengiyakan maruahnya dipijak-pijak. Hari ini, semangat Puteri harus mengalir sepekat darah Tun Fatimah. Yang bangun berjuang kerana prinsip, tajam lidah bersuara kerana kebenaran dan keberanian menongkah arus kerana percaya kalau bukan dia yang pertahankan Melaka, habis itu siapa?
# Bukan lagi soal umur, soal jawatan, soal pangkat, tetapi ia soal tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap generasi muda. Soal bagaimana harus kita bangun dan berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Pergerakan Puteri harus menjadi tulang belakang utama dalam menggerakkan perubahan cara fikir dan bertindak generasi muda. Berfikir, bertindak dan beraksi selari dengan aspirasi yang dimahukan oleh generasi muda.
# Kita akan buktikan, kita bukan sahaja sudah bergigi, bahkan kita sudah bertaring tajam untuk membaham lawan seperti Harimau Muda membaham sayap Garuda. Pastinya kita sudah mampu mengaum, menyusup rasa ngeri dan gerun pihak lawan, membangkit rasa kagum pada kawan.
# Kita tidak akan gerun walau diancam segenap penjuru. Semalam, kita pernah sakit dilontar batu. Hari ini kita yang ramai menjadi kuat, menjadi satu. Kerana itulah hari esok, kita tak pernah takut walau berdepan hujan peluru. Puteri tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal daripada sebarang serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat.
p/s: Bersatu . Bersetia . Berkhidmat
PANAS: LISA SURIHANI DI #PAUMNO 2011

Wahhhhh....Pelakon popular cantik manis Lisa Surihani turut hadir bersama di Perhimpunan Agung UMNO 2011 untuk memberikan sokongan kepada perwakilan Puteri UMNO Malaysia. Beliau juga menyatakan sokongannya kepada Kerajaan yang memerintah negara menjadi aman, makmur dan maju.
Lisa Surihani juga diberikan anugerah khas dari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di atas sumbangan beliau yang cukup tinggi dalam bidang lakonan.
p/s: Tahniah Lisa Surihani...BN Pilihan Orang Muda!!
Subscribe to:
Posts (Atom)