Saturday, March 30, 2013

JENG JENG JENG...13 KEJUTAN ANWAR LAKUKAN MENJELANG PRU13!


Anwar Ibrahim! Mustahil ramai yang tidak kenal dengan nama ini. Manusia yang pelbagai wajah hanya mahu lakukan apa saja demi impian beliau menjadi Perdana Menter tercapai asalkan negara tergadai.

PRU13 dilihat semakin hampir dan Anwar sekali lagi akan membawa 13 kejutan yang mungkin akan mengaburi ramai mata rakyat dengan taktik dan lakonan busuk beliau.

Ingat Anwar! Rakyat tak bodoh dan mereka bukan mudah diperbodohkan oleh pencacai-pencacai pakatan haprak. PRU13 semakin dekat dan kehancuran Anwar dan pakatan haprak juga semakin dekat!














GR kata: Sebarkan....rakyat perlu tahu perangai sebenar si Drama King nie!!

KOLEKSI FOTO MENARIK SEKITAR #LIMA2013 #LIMA13 @Zahid_Hamidi


Pengalaman yang tidak dapat GR lupakan kerana pertama kalinya dapat hadir dan melihat sendiri suasana Pameran LIMA'13 yang saban tahun diadakan di negara kita Langkawi, Malaysia. Penglibatan dari luar negara untuk kali ini sangat menakjubkan kerana pertambahan yang sangat baik.

Mereka rata-ratanya memperlihatkan sistem keselamatan dan ketenteraan yang ada untuk dipertontonkan kepada umum. Tidak kurang hebatnya negara kita Malaysia mempunyai sistem ketenteraan yang sangat baik setanding dengan negara luar.

Tahniah GR ucapkan kepada penganjur LIMA'13 dan Menteri Pertahanan Malaysia, DS Zahid Hamidi kerana sekali berjaya menganjurkan program terbesar ini. Dengan LIMA'13 dapat menjana pendapat negara dan rakyat serta mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia.

GR sediakan beberapa koleksi menarik LIMA'13 untuk tatapan pembaca semua.















GR kata: Tahniah PM! Tahniah Menteri Pertahanan! Tahniah penganjur! Apa pun LIMA'13 memang best!!

BOB LOKMAN FRUST DENGAN PAS! TOK SEY DAH KATANYA..!!


Mustahil siapa tidak kenal dengan bekas pelakon dan pelawak terkenal Bob Lokman yang kita juga tahu sekarang sebagai aktivis politik PAS.

Semua sedia maklum penglibatan ustaz dan ustazah celop dalam PAS semakin menjadi sekarang ini. Bila naik ke pentas ceramah pelbagai 'fatwa' baru yang boleh kita dengar, hinggakan kita terfikir adakah ilmu yang sekejap mereka pelajari boleh mengajar balik manusia yang lain?

Baru-baru ini Bob Lokman sudah mula sedar, penglibatan beliau dalam PAS hanya menjadi kambing hitam. Dipergunakan PAS untuk meraih simpati pengundi, biarlah apa yang disampaikan itu tidak perlu kesahihannya yang penting orang dengar percaya.

Bob Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.

“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.


GR kata: Ramai yang dah sedar perjuangan PAS hanya dimulut saja tu baguslah...

Friday, March 29, 2013

PAS HINA RASULULLAH SAW, DAKWA UMNO DALANG RAKAM VIDEO SEKS!


Khairul Fahmi Mat Som, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat perlihatkan mentaliti haprak pakatan cukup busuk dan kotor. Inikah contoh yang baik untuk diteladani oleh umat Islam?

Dakwah yang disampaikan oleh pemimpin PAS ini lain macam. Dia mahu umat Islam membenci UMNO dengan menghina Baginda Rasulullah SAW. Adakah Islam mengajar kita dakwah sebegini rupa?

Inilah politik paling low class, paling bangsat dan banggangnya dengan melacurkan agama. Inikah yang dimahukan oleh pengundi yang boleh terjemahkan kepada kemenangan untuk menjadi kerajaan?

Khawarij PAS tidak pernah lupa untuk hina Baginda Rasulullah SAW, bermula dengan Tok Guru Nik Aziz mengatakan Rasulullah SAW adalah dari kalangan budak kampung hinggalah kepada para penganutnya.

Dari nama Allah SWT, Syurga Neraka, ayat quran ,agama Islam hinggalah kepada Rasul kesemuanya dijadikan bahan politik. Senang cite apa saja dilakukan semuanya akan dipolitikkan. Politik matangkah ini?

Tanpa mengira idiologi, sosialis atau komunis, pengemar seks bebas, pluralisme dan liberal, semua ini dihalalkan asal memusuhi UMNO. Nik Aziz tidak punya hal bersekongkol dengan syaitan sekali pun asalkan dapat memuaskan hati beliau yang cukup hitam dan kesumat.

Yang penting kepentingan peribadi mereka untuk ke Putrajaya tercapai, halal haram semuanya tibai belaka. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita.


GR kata: Bakar jer mamat bangang nie! Bangang nak mampos!!

VIDEO #Memali PART 2: KEBENARAN TERJAWAB! AMANAT HADI ROSAKKAN FIKIRAN UMAT ISLAM!


Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Pada bahagian 1, GR telah pun berikan fakta KEBENARAN yang sebenar peristiwa berdarah yang selama ini ditutup oleh PAS. Perjuangan Islam yang bagaimana mereka bawa? Pergunakan kanak-kanak dan wanita pelbagai usia diletakkan di barisan hadapan dan kaum lelaki menyorok dibelakang.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.



Sekarang ini mereka yang kononnya mati syahid bagaikan mati katak, masakan tidak daripada memperjuangkan negara Islam sekarang ini ditukarnya kepada negara berkebajikan beracuankan Malaysian Malaysia.


GR kata: PAS = Parti Ajaran Syaitan

VIDEO #Memali: KEBENARAN TERJAWAB! BAPA RESTU IBRAHIM LIBYA MATI! PUAK PAS DIPERGUNAKAN HAJI HADI!


Bertahun lamanya peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Keda pada 19 November 1985 masih tergiang-giang dalam fikiran rakyat Malaysia. Ada yang mengatakan ini semua permainan pihak Kerajaan yang bertindak kejam ke atas mereka.

Dalam ingatan kita di mana puak PAS yang begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi ketika itu akhirnya membawa kepada pertumpahan darah dengan nyawa mereka yang tidak bersalah di pertaruhkan. Kaum wanita tak kira dari semua peringkat umur dikerahkan untuk menentang pihak Polis. Mereka seolah-olah hilang kewarasan dalam diri mereka bertindak diluar jangkaan.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.



Ibrahim Libya engkar dan derhaka kepada ayah sendiri walaupun dinasihati sebanyak 20 kali bahawa Amanat Hj Hadi adalah salah dan mati beliau adalah sia-sia. Sehingga sekarang puak PAS yang taksub masih percaya kematian Ibrahim Libya adalah syahid.

Kononnya mati syahid jika menentang kerajaan. Angkara Amanat Hj Hadi telah memecah belahkan umat Islam, membawa kekufuran hingga suami isteri, ayah dan anak berpisah. Hj Hadi sehingga sekarang tidak pernah berasa kesal malah jauh sekali untuk menarik balik AMANAT SYAITAN yang telah beliau fatwakan.

Kebenaran kisah penuh insiden berdarah Memali boleh baca DI SINI 


GR kata: Perjuangan PAS berkiblatkan Anwar dan DAP bukannya perjuangan Islam yang sebenar!

Thursday, March 28, 2013

Parlimen Bubar Akhir Bulan April?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.

Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.

Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. - BERNAMA

GR kata: Tarikh PRU dengan tarikh persidangan pertama di Dewan Rakyat satu perkara berbeza. Harap maklum.

EKSKLUSIF: 'CHIEF' ARAHKAN BUDAK BALA NI BUAT KERJA DIKENALPASTI!


Nampaknya 'HERO' Pakatan Haprak terkubur dengan sendirinya. Pelbagai misteri yang belum terungkap disebalik kematian dan penglibatan PI Bala dalam kes pembunuhan Altantuya.

Inilah dia kuasa Allah SWT tidak ada siapa yang boleh melawannya. Hari demi hari TERBONGKAR dan KEBENARAN dipertunjukkan pada rakyat untuk mereka berfikir sejenak mana yang baik dan buruk.

Siapa dibelakang PI Bala selama ini mungkin ramai yang sudah ketahui. Namun kali ini GR ingin pertontonkan kepada pembaca semua BOSS sebenarnya siapa. Lihat video di bawah :





GR kata: Bala ni mati pun mungkin Bossnya sendiri punya 'kerja' kan??

HOT: 10 CARA ANWAR GUNAKAN UNTUK KELENTONG RAKYAT PRU13 NANTI


Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) - MyNewsHub


GR kata: Anwar is Drama King

PANAS: FOTO NORA DANISH MANDI BOGEL TERSEBAR?


Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini.



Wednesday, March 27, 2013

BERANI KE ANWAR NAK SAMAN TUN DAIM BILA KENA SEBIJIK MACAM NIE!




GR kata: Respect Tun Daim, mantan Menteri Kewangan yang terbaik.

KHALID GAGAP DAH TUA, OTAK TAK CENTRE DAH! CAKAP PUSING-PUSING!


Apelah Menteri Besar Selangor nie, macam manalah dia ni boleh diiiktiraf menjawat jawatan besar ini yang kita lihat dari zahir batinnya pentadbiran beliau di Selangor dikira charcha marba.

Dari pandangan peribadi beliau yang mengatakan Manifesto bukan janji sehinggalah sekarang, apa yang dibuat oleh PKR dibumi Selangor nasib malang yang menimpa rakyat.

Seorang pemimpin yang cakap tak serupa bikin sudah sinonim dengan sikap peribadi pemimpin dari kalangan Pakatan Haprak. Beberapa bulan yang lepas, dengan selambanya MB Selangor ini menyatakan akan membubarkan sidang DUN Negeri Selangor selepas Gong Xi Fa Cai sehingga sekarang indah khabar dari rupa.

Sekali lagi Khalid Gagap nak buat magic, akan membubarkan DUN Selangor pada bulan April ini. Bukankah sidang DUN Selangor akan terbubar dengan sendirinya dalam bulan April nanti? Nak pusing auta apa lagi ni YB??

Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.

“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat.

Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan berkata, pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.

“Sekarang kita bincang dahulu," katanya. - BERNAMA

GR kata: Rakyat asyik kena auta jerlah dengan pakatan haprak nie. Kesian!!

SAYA BANGGA DENGAN PENGORBANAN SUAMI! #lahaddatu


Pengorbanan yang tidak ternilai :

“Diharap pengorbanan yang dilakukan oleh semua anggota keselamatan yang terkorban dalam peperangan tempoh hari sentiasa menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia” - balu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat





GR kata: Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada. AL FATIHAH

EKSKLUSIF: TUN MUSA HITAM SOKONG ANWAR DAN PAKATAN PEMBANGKANG?


Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.

Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.

Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap “cakap tidak serupa bikin” atau “tidak menepati janji” atau lebih tepat “berbohong”.

Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.

Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007: Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 – RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.

Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut: 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.

Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997:

Di tangan Anwar, pasaran bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.

Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.

Hasilnya, pasaran bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.

Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60billion.

Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.

Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.

Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?

Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?

Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.

Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.

Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.

Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.- BERUANG BIRU


GR kata: Bang Non dah nyanyok...

KECOH! PLAYER JOHOR FC GAJI RM50K SEBULAN ABAIKAN ANAK BERANAK?


Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.

"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita pada kes perbicaraan itu.

Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.

Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.

Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.

Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.


GR kata: Ex wife player ni pun kaya jugak, pakai Porche Cayenne tu...hi hi hi

Tuesday, March 26, 2013

TERSERLAH KEBODOHAN ANWAR YANG MELANTUN-LANTUN


Semakin hari kita lihat semakin bodoh pemikiran Ketua Pembangkang nie. Ada saja idea bodoh beliau yang cuba untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat.

Cuba mengaitkan jawatan Perdana Menteri DS Najib Razak sudah habis mandat dan kononnya tempoh mandat sudah cukup dan Parlimen perlu dibubarkan dengan segera.

Malangnya rakyat tidak bodoh seperti beliau dan semua pencacai pakatan yang sebenarnya mereka takut dan tahu kekalahan yang besar menimpa mereka PRU13 nanti.

Lihat video di bawah betapa bodohnya Anwar Ibrahim kena balun dengan boss besar SPR :




GR kata: rakyat bagi mandat pada PM jadi sah la....

ESSCOM MELIPUTI 10 DAERAH #OpsDaulat #esscom


Sebanyak 10 daerah di bahagian timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau diisytiharkan sebagai Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perisytiharan itu memberitahu, inisiatif tersebut bagi mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan Sabah di samping memelihara hak demokratik serta proses demokrasi penduduk negeri itu.

Katanya, pewujudan Esszone adalah sebagai asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menurut beliau, pewujudan Esszone yang selari dengan Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 menunjukkan kerajaan mengambil pendekatan holistik dan bukan pendekatan ketenteraan semata-mata bagi melindungi kawasan timur Sabah dan mencari penyelesaian kepada punca pencerobohan tersebut.

"Ingin saya tegaskan pengisytiharan ini bukannya pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu saya ulangi, bukan perisytiharan darurat," katanya ketika berucap dalam Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kewujudan Esszone sama sekali tidak akan menghalang proses pilihan raya yang bebas, telus dan demokratik dijalankan di negara ini khususnya di Sabah.

"Oleh itu, rakyat kawasan timur Sabah jangan risau untuk keluar mengundi dan menggunakan hak mereka mengikut undang-undang," katanya.

Sementara itu, katanya, Esszone akan ditadbir oleh sebuah badan dinamakan Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dan dibantu seorang Ketua Pegawai Eksekutif serta ahli-ahli yang akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Jawatankuasa ini yang beribu pejabat di Lahad Datu akan bertanggungjawab kepada suatu Jawatankuasa Pemantau yang dipengerusikan sendiri oleh saya selaku ketua.

"Saya suka juga memaklumkan bahawa pada hari ini juga, tiga buah kabin yang akan menjadi asas kepada kewujudan Esscomm telah sampai di Lahad Datu. Ini bererti Esscomm boleh berfungsi dalam masa beberapa hari lagi," katanya.


PART 2: The Corrupt Saga of Lim Guan Eng’s RM8 Billion Mega Project In The Secret PowerPoint Files – Exposing the Mega Cronies Behind The Scenes

Who is Annie & Party?

The PowerPoint slide shows “JU-10%-Annie & Party”. We all know that JU represents Juteras Sdn Bhd but all that the an official company search will reveal is that there are 2 individuals who act as proxies and nominees. These are the first directors and company secretaries and the names of such people are pretty inconsequential as they are “borrowed” names of professionals and they will not know what is going on.

More often than not, these people are kept on a certain payroll of accountants and company secretaries who will use them to incorporate new companies on an urgent basis for clients and who will then transfer the shares to the real owners in due course. Professional fees are paid to such nominees for their services – which can even extend to opening of bank accounts and becoming nominee signatories for the bank accounts as well until such time that the real owners decide to surface or get another set of their nominees to replace the first set of original nominees.


If the name is simply “Annie”, it would have been more difficult to unravel but since it is stated as “Annie & Party” and the “P” is capitalised in Party, it can only mean that Annie refers to “Anwar Ibrahim & Party”.

This means that Juteras Sdn Bhd is a company that has 10% stake in the mega project and it belongs to Anwar Ibrahim and his party, PKR.  That is the kickback by Guan Eng to Anwar to keep Anwar in line and also to act as insurance for Guan Eng in the unlikely event that PR takes over power in Putrajaya and Anwar really becomes Prime Minister.


So for Guan Eng,  it is always a smart idea to have his political partners to have a small share in his spoils of war and corruption activities so that he will taint him as well. In that way, by having a file on Anwar Ibrahim on the take will act as a useful deterrent file against Anwar if he tries to be funny and edge out Guan Eng. Guan Eng knows his leverage.

So the 10% will belong to Anwar Ibrahim and it is up to him how to further allocate the share, if any, to his own party, the PKR. That will then be his own internal matter.

Guan Eng has made the first right move and by making Anwar an accomplice, he can bring Anwar down anytime in future, if required.


Guan Eng is playing a very dangerous game by trying to snare Anwar Ibrahim, who is the Master of Corruption himself. But then the Guan Eng that we have today has evolved to be super arrogant and always so confident of his own genius that he thinks he is always right.

If there are seniors in the party who can still speak to him and advise him, please do so immediately before he destroys himself and the DAP by embarking onto this road of corruption, dirty money and destruction… - DAPInsider



HOT: KIT SIANG CONFIRM MENANG BERTANDING DI JOHOR?


Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka.

Pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.

Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.

Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.

Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.

PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin) dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.

Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh.


GR kata: Chua Jui Ming jadi kambing hitam Bang Non. Padan muka!!

Monday, March 25, 2013

TERKINI: Pemandu Teksi Dapat Bantuan Lagi! Bestnyaaaaa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian lesen teksi individu kepada 1,000 pemandu teksi terpilih sempena Majlis Janji Ditepati bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.

"Setiap pemandu yang menerima lesen individu itu diwajibkan membeli kereta Proton Exora untuk digunakan sebagai teksi.

"Ia merupakan satu lagi komitmen kerajaan bagi memastikan pemandu teksi menyediakan kenderaan sesuai untuk kemudahan dan keselesaan penumpang terutamanya pelancong asing," kata Najib ketika berucap pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 pemandu teksi.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan 200 lesen individu bagi kumpulan pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata, dengan adanya geran tersebut, harga sebenar Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.

Selain itu, katanya pemandu teksi berkenaan juga akan dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Najib berkata, inisiatif tersebut merupakan satu lagi 'janji ditepati' kerana kebajikan pemandu teksi perlu dijaga bagi membolehkan mereka menyara keluarga dan menikmati masa depan lebih baik.

"Tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi golongan ini seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.

Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekaligus dapat memelihara kebajikan pemandu teksi dan menjadi titik permulaan modal baru kepada sistem teksi di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata lesen individu itu diberikan berdasarkan merit dan kriteria tertentu seperti rekod bebas jenayah, tiada kesalahan trafik, rekod pemanduan baik dan memandu teksi lebih lima tahun.

Menurutnya, pemberian lesen tersebut juga tidak akan membawa kepada lambakan teksi di negara ini kerana syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali sejumlah lesen mereka atas program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu menyerahkannya, dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak lesen. Kita juga akan membuat kajian dari segi pertambahan penduduk dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya.

Mengulas mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan peluang terbaik diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi memiliki kereta sendiri.

"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun dan kadar bayaran bulanan di samping kadar faedah yang lebih rendah.

"Kereta tersebut juga tidak boleh dipindah milik tetapi pemilik lesen itu boleh mendapatkan pemandu kedua untuk teksi mereka. Saya berharap mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

GR kata: Untungnya jadi rakyat Malaysia, syukur Alhamdulillah...

EKSKLUSIF: SIAPA SEBENARNYA DALANG #lahaddatu?







GR kata: Bang Non nak saman, berani ker? Dia tau tak penyelewengan dia salurkan dana untuk Yayasan Jabal Nur tu?? Tunggu yer Bang Non akan ku dedahkan!!

Artikel pelbagai