Showing posts with label Anwar Penipu. Show all posts
Showing posts with label Anwar Penipu. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

JENG JENG JENG...13 KEJUTAN ANWAR LAKUKAN MENJELANG PRU13!


Anwar Ibrahim! Mustahil ramai yang tidak kenal dengan nama ini. Manusia yang pelbagai wajah hanya mahu lakukan apa saja demi impian beliau menjadi Perdana Menter tercapai asalkan negara tergadai.

PRU13 dilihat semakin hampir dan Anwar sekali lagi akan membawa 13 kejutan yang mungkin akan mengaburi ramai mata rakyat dengan taktik dan lakonan busuk beliau.

Ingat Anwar! Rakyat tak bodoh dan mereka bukan mudah diperbodohkan oleh pencacai-pencacai pakatan haprak. PRU13 semakin dekat dan kehancuran Anwar dan pakatan haprak juga semakin dekat!














GR kata: Sebarkan....rakyat perlu tahu perangai sebenar si Drama King nie!!

Thursday, March 28, 2013

HOT: 10 CARA ANWAR GUNAKAN UNTUK KELENTONG RAKYAT PRU13 NANTI


Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) - MyNewsHub


GR kata: Anwar is Drama King

Friday, March 15, 2013

PANAS: KUASA ALLAH, RAHSIA ANWAR SATU PERSATU DIBAYAR 'CASH' UNTUK PENGETAHUAN SEMUA!


Gambar ini telah dirakam di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1993 sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Umno.

Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.

Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.

Tetamu mula melarikan diri. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.

Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin UMNO itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.

Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Penulis berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apakah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam UMNO?

Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma penulis agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note RM1, RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.

Sumpahan petir pada malam tersebut diikuti pula beberapa tahun kemudian dengan terjadinya fenomena asap keluar dari bumi dan satu lagi petanda bahawa negara akan dilanda masalah besar.

Tak sampai sepenggal menjadi Timbalan Presiden UMNO, krisis Anwar dan Mahathir mula memuncak. Anwar mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Penulis terlibat dalam rancangan-rancangan mengangkat Anwar untuk menguasai seluruh kepimpinan UMNO semua peringkat.

Anwar juga menggunakan Pusat Islam, Abim dan tenaga-tenaga pengajar dari UIA untuk merealisasikan hasrat beliau.

Allah Maha Kaya , dajal bernama Anwar tidak mendapat restu, satu persatu tembelangnya pecah. akhirnya Tun Mahathir tidak dapat menahan sabar dan dajal dipecat.

LKY pernah membisikan sesuatu ke telinga Tun Mahathir mengenai tingkah laku Anwar dan menyebabkan Tun merah padam mukanya menahan marah dan malu. Sampai ke hari ini Anwar masih berdendam dengan LKY sehinggakan sewaktu isteri LKY meninggal dunia Anwar enggan menziarahinya. Hanya Nik Aziz yang tak tahu apa-apa cerita telah hadir untuk majlis pengebumian isteri LKY.

Dajal yang bernama Anwar hampir membuatkan Malaysia hampir jatuh muflis dan pada masa yang sama Anwar telah menyorok berbilion wang kertas RM500 dan RM1000 di luar negara.

Akhirnya Anwar sekali lagi kecewa kerana Tun Mahathir enggan menerima wang IMF dan Tun menambat nilai ringgit kepada RM3.80 kepada 1 USD dan Tun menghapuskan wang kertas bernilai RM500 dan RM1000 di pasaran.

Itulah serba sedikit kisah lama krisis Anwar Mahathir yang berlaku antara tahun 1994 hingga 1998 yang masih terpahat dalam ingatan penulis.

Anwar hari ini menceritakan kepada anak-anak muda bahawa beliau adalah menteri kewangan yang terbaik di dunia dan pemecatan beliau adalah kerana keengganan beliau meluluskan pinjaman sebanyak RM2 billion kepada anak Mahathir yang menghadapi krisis kewangan dalam perkapalan.

Yang peliknya ramai anak-anak muda percaya dengan kelentong beliau.

Petunjuk yang sebenar ialah tanda pembangkang akan gagal menawan Putrajaya.


Hasil nukilan sahabat baik Anwar

Sunday, January 27, 2013

ANWAR DAN PENCACAI PAKATAN MESTI 'SUKA SANGAT' TENGOK VIDEO HOT NIE!!


Setiap apa yang kita lakukan kalau ada udang sebalik mee pastilah akan terbongkar jua suatu hari nanti. Selepas Anwar memberitahu yang beliau tidak akan pertahankan Parlimen Permatang Pauh.

Aikkkk...takkan lubuk sendiri pun boleh dibiarkan begitu saja. Ini pun sorang lagi Ahli Parlimen Kangkung, malas nak turun padang jumpa rakyat. Sibuk pi ceramah MENIPU rakyat sana sini, rakyat di kawasan sendiri dibiarkan begitu saja

Jom layan video 'HOT' ni yer...apa yang disampaikan ialah apa yang Anwar mahu lakukan pada rakyat dan negara ini. Jom layan ala-ala China Doll gitu...Ha ha ha






GR kata: Bang Non jom joget lambak...Ha ha ha

Thursday, April 5, 2012

PANAS: ANWAR KENA 'LIWAT' DI PARLIMEN??

Inilah dia Anwar Ibrahim, pengecut rupanya. Macam mana nak jadi Perdana Menteri macam ni kalau pengecut takder teloq camni?? Keh keh keh.

GR ingin mengucapkan SYABAS kepada DS Zahrain mendedahkan muslihat Anwar Ibrahim untuk merampas pentadbiran Kerajaan pada 16 September. Pada pendapat GR, kalau beliau tak 'kencing' sana sini buat apa keluar dewan ketika masih bersidang. Betul tak?? Kurang ajar namanya tu...!!!

Lihat video di bawah :



GR kata: Berani kerana benar, Takut kerana salah!!!

BONGKAR: BERSIH 3.0 MAHASISWA AKAN DIJADIKAN KELDAI PAKATAN!!


Bersih 3.0?? Apa benda tu?? Berhimpun tak sudah-sudah, inilah dia perangai manusia yang 'berakal tinggi' melangit. Dengan selamba badak puak-puak ini menyatakan tuntutan yang mereka minta ini adalah datangnya dari rakyat. Boleh percaya ker?? Rakyat mana yang minta pembaharuan ni?? Bukankah rakyat di Malaysia sekarang ini hidup aman dan tenteram, boleh cari makan, dapat bantuan lagi dari Kerajaan BN. Apa lagi??

Inilah dia Pakatan Pembangkang yang tak sudah-sudah menimbulkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka telah menanamkan pemikiran yang kotor pada minda rakyat sekarang. Alhamdulillah GR rasa bersyukur kerana tidak ramai masyarakat yang menerima bulat-bulat apa yang puak-puak ini lontarkan. Ini adalah kerana rakyat mempunyai akal fikiran yang baik dan mereka ini boleh menilai mana yang baik dan juga buruk.


Apakah ini contoh terbaik yang boleh diterima pakai oleh rakyat untuk menerima sesebuah parti itu boleh mentadbir negara dengan baik?? Tuntutan apa lagi yang mereka minta, sistem pilihanraya Malaysia kononya pada pendapat mereka korup dan tidak telus. Apakah kemenangan mereka berjaya menawan 5 negeri pada PRU 12 tidak menunjukkan ketelusan sistem pilihanraya tersebut.

GR difahamkan dari sumber dalaman Pakatan itu sendiri, himpunan kali ini mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menarik seberapa ramai rakyat bersama mereka. Mereka akan menggunakan mahasiswa yang sudah sedia menjadi keldai pada mereka. Kepada mahasiswa GR ingin nasihati janganlah terpedaya dengan janji manis puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka hanya gunakan anda sekalian untuk kepentingan peribadi mereka. Fikirlah masa depan korang dan harapan ibu bapa yang mahukan melihat korang berjaya di masa hadapan.


Ini agenda jahat mereka :
Team mahasiswa : " FOR BERSIH 3.0, I REALLY PUT MY HOPE ON MAHASISWA, THEY ARE VERY BRAVE" - DATO AMBIGA SREENEVASAN (PENGERUSI SEKRETARIAT BERSIH 2.0)


DALAM KEADAAN HARAPAN MASA DEPAN NEGARA YANG SEMAKIN KABUR, MAKA HARAPAN TERAKHIR SAYA ADALAH MAHASISWA" - DATUK A.SAMAD SAID (SASTERAWAN NEGARA MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA BERSIH 3.0)

Kenyataan yang GR perolehi dari sumber dalaman ini sudah cukup membuktikan mereka akan menggunakan mahasiswa kerana rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan apa yang mereka lakukan dan mereka tidak berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia.

GR mohon agar pihak IPTA & IPTS akan mengambil tindakan yang tegas kepada mahasiswa yang terbabit pada Bersih 3.0 nanti. Kepada mahasiswa sekali lagi GR ingin ingatkan fikirlah masa depan korang, jangan disebabkan duit upah yang korang bakal dapat nanti untuk turun Bersih 3.0 mata korang kelabu. Fikirlah nak duit yang tak seberapa dapat sekali jer atau pun masa depan yang cerah nanti dengan kerja dan gaji yang bagus.



GR kata: Nak suruh buat dakwat kekal pun SPR dah setuju akan buat PRU 13 nanti, daftar pemilih pun dah ok.. apa lagi?? Inilah dia manusia-manusia yang tak der otak!!!

Sunday, April 1, 2012

EKSKLUSIF: ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH AKAN TUNAIKAN JANJI??


Lihatlah kenyataan di atas, janji-janji manis dan juga penipuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Beliau sekarang cuba untuk menghasut pemikiran orang muda terutama pada mahasiswa di IPTA dan juga IPTS. Janji manis apa lagi Anwar oiiii, sebelum nak tabur janji lagi pada orang muda ni, selesaikan dulu masalah yuran yang mahal pada mahasiswa di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Anda kan penasihat ekonomi negeri Selangor, takkan tak boleh bagi idea pada pentadbiran negeri Selangor??

Pembaca lihat di bawah :

Itu kenyataan di atas, ada lagi yang hot...keluhan seorang ibu untuk masalah anaknya yang belajar di KUIS. Lihat di bawah :
Luahan hati ibu pelajar KUIS

Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut. Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.

Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:

1. Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.
2. Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?
3. Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.
4. Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi. Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.

Pembaca yang budiman lihatlah sendiri dan nilaikan apa yang cuba disampaikan oleh Anwar Ibrahim hanyalah untuk meraih undi dan atas dasar kepentingan peribadi beliau sendiri. Jika benar beliau ingin membantu rakyat kenapa tidak dilakukan di bawah negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang. Mereka ada kuasa yang penuhkan?? Selanjutnya baca di sini


GR kata: Dengar boleh...percaya jangan. Kelak kita sebagai rakyat yang akan menyesal satu hari nanti. Fikir-fikirkanlah....

Thursday, March 15, 2012

PANAS: Saya Suka Burukkan Nama Malaysia?? @anwaribrahim


Semalam dikhabarkan Pak Anwar dikatakan akan memberi ucaptama di 20th Public Relations World Congress di Dubai.

Apa agaknya yang diucapkan oleh beliau pada Congress tersebut yer??


Pada pandangan GR, masyarakat di Malaysia sudah tahu apa yang diucapkan oleh Pak Anwar. Dengan apa yang dilihat sebelum ini tidak mustahil di Dubai juga beliau akan memburuk-burukkan nama baik Malaysia di mata dunia. Inikah sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin?? Berangan nak jadi PM tapi fitnah sana sini nama baik Malaysia pada pemimpin dunia yang lain.

GR sharekan di sini kiriman emel yang diterima oleh rakan blog YY :
Apparently Anwar Ibrahim is giving the keynote address at 10.30am tomorrow (Wednesday 14th Mar) in Dubai.

We can already guess what he will say, right? He will spin a tragic story about Malaysia, like he always does. It’s the only thing he does.

Is this what will happen, while PM is delivering prosperity, democracy, and security for all Malaysians? While the government leader is working to build a nation, the opposition leader is talking to tear it down? While PM is walking the talk, the Oppo leader is talking the …

Can you imagine the things he will say??

“Malaysian government does not allow media freedom” (eventhough pro-opposition voices are everywhere online)

“Malaysian government cracks down on protests and public demonstrations” (who cares if the last few demos have been permitted by authorities)

“Najib is afraid of debating with me” (urm… because talk is cheap and action speaks louder than words?)

When will his spinning stop???     

We, the people, must stop him, by telling the world the truth.

    - Let the world see him for who he really is, a spinner, not a leader.

    - Show the world what wild tales he has spun and the reveal the TRUTH behind them.

    - Show the world what a real leader does, by showing what PM Najib has been working hard for, what Anwar is incapable of doing.

Spread the word!!

GR kata: Inikah manusia yang korang nak sangat jadikan dia sebagai seorang pemimpin negara?? Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat....

Saturday, February 18, 2012

PANAS: RM 300 JUTA UNTUK 16 SEPTEMBER???


Siapa tidak kenal dengan Anwar Ibrahim...seorang yang suka menabur janji dan juga yang akan buat apa saja demi mencapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pembaca sekalian juga tahukan yang Anwar ini seorang yang suka menabur janji palsu dan juga kaki pembelit lebih senang dikatakan raja pembohong.

Road Putrajaya beliau pada 16 September dah bertukar road to hell kepada semua puak Pakatan Haprak. Ada cerita semasa 16 September ahli parlimen yang sanggup tempah baju melayu semata mata nak pergi angkat sumpah jadi menteri, Anwar janji hampir kesemua ahli parlimen untuk dijadikan menteri. Aduhai...ahli parlimen pun boleh kena pusing dengan Anwar inikan pula rakyat. Betul tak??

Diberitakan Anwar meminta sejumlah wang untuk beliau jika ingin bersama beliau jika impian 'Mat Jenin' untuk jadi Perdana Menteri tercapai. Baca pendedahan di bawah:

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh. Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta. Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.- Utusan

Rujuk: Pisau

GR kata: Semua orang Anwar berjanji, akhirnya dia juga yang terduduk nanti.....

Friday, February 17, 2012

Anwar BERJANJI Macam Minum Air Kopi!!!


Anwar Ibrahim yang baru-baru ini telah dibebaskan dari tuduhan meliwat kini menyambung tugasnya seperti biasa iaitu, menabur janji palsu kepada rakyat.

Kali ini, Anwar berjanji akan melakukan perubahan terhadap Malaysia dalam masa 6 bulan sahaja sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Mungkinkah Anwar akur bahawa negara ini berada di landasan yang betul, kerana itulah dia hanya memerlukan masa yang sedikit sahaja untuk membuat perubahan?? Boleh percaya ker???

Jika benar negara ini berada dalam keadaan kronik sepertimana yang sering digambarkannya, tentulah mustahil bagi Anwar mahu pun mana-mana pemimpin yang paling bijak sekali pun di dunia ini untuk membuat perubahan dalam masa yang sebegitu singkat.

Sedangkan Tun Dr. Mahathir yang diiktiraf sebagai pemimpin ulung ditaraf global juga  mengambil masa selama hampir dua dekad untuk melakukan perubahan. Itupun beliau belum mampu merubah segala-galanya, terutamanya minda Melayu iaitu bangsanya sendiri.

Mungkin bagi Anwar, melafaz janji adalah umpama makan dan minum harian.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar hidup atas janji-janji kerana tanpa janji-janji manis, Anwar hanyalah manusia biasa yang tidak punya pengikut dan penyokong. Mereka ini semua menyokong Anwar kerana janji, bukan kerana jasanya, jauh sekali kebijaksanaannya, kerana Anwar ternyata tidak memiliki kedua-duanya.

Selama Anwar berada di dalam kerajaan, kalau ada pun jasa yang dibuatnya hanyalah terhadap keluarga dan kroninya, iaitu dengan mengkayakan  mereka melalui projek-projek kerajaan.   Dan jika benar  Anwar punya sedikit kebijaksanaan, tentu sekali dia tidak akan mengikut nasihat IMF yang ternyata hampir membangkrapkan negara ketika krisis ekonomi 1997/98.

Paling penting, sekiranya Anwar bijak, tentu dia tidak akan sewenang-wenangnya menabur janji tanpa terlebih dahulu mengkaji latarbelakang isu yang dijanjikan dan impak yang akan ditanggung dari janji tersebut.

Antara janji palsu Anwar yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah kepada penduduk kampung Buah Pala, di mana Anwar meletakkan garis masa 2 minggu sahaja bagi Ketua Menteri Pulau Pinang memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah mereka.  Janji ini dilafazkan sebelum PRU 2008.

Begitu juga ketika menabur janji untuk membersih dan mengecat semula Padang Tembak, Anwar memberi masa 1 bulan sahaja untuk melaksanakannya sekiranya PR menang di Pulau Pinang.

Dan PR telah ditakdirkan menang di Pulau Pinang dalam PRU tersebut, namun apa yang terjadi ialah Kampung Buah Pala lenyap selama-lamanya dirobohkan oleh kerajaan DAP, dan Padang Tembak pula masih kelihatan sama selepas bertahun-tahun.

Bukan satu atau dua janji yang tidak mampu ditunaikan PR di negeri-negeri yang diperintah mereka, tetapi hampir kesemuanya.  Siapa tidak ingat janji kerajaan Kedah untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan menurunkan tariff air?  Sudahnya tariff air menjulang tinggi sehingga 44% dan prosedur pembayarannya dijadikan bertambah sukar di mana rakyat hanya boleh membayarnya di pejabat SADA.  Selain itu, harapan penyokong PAS Kedah untuk melihat negeri yang lebih ‘Islamik’ yang dijanjikan PAS, hancur apabila pusat karaoke dan hiburan tumbuh bagai cendawan.

Kerajaan PKR Selangor lebih hebat lagi dalam soal tidak menunaikan janji termasuk juga dalam isu memberikan perkhidmatan yang bersih dan telus, isu air, alam sekitar dan bantuan tunai untuk surirumah, ibu tunggal dan sebagainya.

Semua yang berlaku di negeri-negeri pemerintahan PR ini membuktikan kegagalan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Sama ada janji yang dilafazkan secara peribadi mahupun janji yang direkodkan di dalam manifesto, ternyata Anwar tidak mampu menggerakkan PR untuk menunaikan apa-apa janji pun.  Buku Jingga yang dilancarkan oleh PR pula hanyalah lanjutan dari janji-janji kosong terdahulu.

GR yakin janji Anwar untuk membuat perubahan kepada negara ini dalam masa 6 bulan hanyalah satu lagi cakap kosong Anwar sekadar untuk memastikan nyawa politiknya terus berpanjangan.   Malah dikhuatiri, satu-satunya perubahan yang mungkin berlaku di bawah pemerintahan Anwar dan PR ialah kehancuran agama, bangsa dan negara secara total dalam masa 6 bulan sahaja.


GR kata: Anwar hanya mampu berjanji..nak laksanakan hanya janji tinggal janji...

Artikel pelbagai