Showing posts with label Pakatan Haprak Menipu. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Haprak Menipu. Show all posts
Thursday, March 28, 2013
HOT: 10 CARA ANWAR GUNAKAN UNTUK KELENTONG RAKYAT PRU13 NANTI
Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) - MyNewsHub
GR kata: Anwar is Drama King
Thursday, October 18, 2012
LAPORAN AUDIT: KHALID IBRAHIM, MB KEDAH MANA MAU LARI? MENIPU JER KERJANYA!!
Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang. Dalam laporan tersebut menunjukkan peningkatan yang positif dalam pentadbiran Kerajaan di bawah Barisan Nasional. Tapi biasalah perkara yang baik ada saja yang mulut busuk mempolitikkan perkara tersebut, itulah dia pakatan pembangkang. Apa saja yang berlaku di Malaysia semuanya dipolitikkan. Jamban rosak pun itu semua salah UMNO/BN kata mereka.
Sebelum ini pakatan pembangkang di Selangor mengatakan peningkatan dalam hasil kutipan negeri tersebut. Tidak ada sebarang korupsi yang berlaku dalam pentadbiran mereka. Kenapa mesti MENIPU wahai MB Selangor?? Rakyat perlukan fakta yang benar bukannya omong kosong. So...sekarang Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan...mau cerita apa lagi??
UNISEL rugi puluhan jutaan ringgit...amacam brader?? Tak percaya lagi....tengok kat bawah nie :
Nak membohong lagi yer wahai Khalid Gagap?? Sudah-sudahla tu...rakyat bukan bodoh boleh dengar sembang korang tu. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, terdapat banyak penyelewangan di Selangor dalam pentadbiran pakatan pembangkang. Kita lihat isu Talam, berjuta-juta diselewengkan oleh mereka yang didalangi oleh Anwar dan kuncu-kuncunya. Memang hebatla kan, seorang penasihat kewangan negeri Selangor yang gajinya cuma RM 1, tapi ini yang terjadi sebenarnya.
Itu belum lagi kita kira dengan pembelian bas mewah dan lori transformer yang kerajaan negeri Selangor belikan khas untuk Anwar Ibrahim. Dari mana datangnya wang yang begitu banyak dilaburkan untuk Anwar Ibrahim. Khalid Gagap kata dia personally sponsor!! Boleh percaya ker?? Dan yang paling penting dari dia dapat duit yang banyak untuk sponsor bas mewah sebegitu rupa. Mohon jawab Tan Sri!! Jangan senyap jer...rakyat nak tau nie!!
Perkara yang sama juga terjadi di negeri Kedah, memang hebatla kan puak pembangkang nie. Baru sepenggal memerintah negeri macam-macam jadi. Kalau memerintah negara ni, jawabnya lingkuplah.
Berapa banyak penyelewengan yang kita lihat dalam pemerintahan pakatan pembangkang di negeri yang mereka tadbir. Apa yang diaorang buat sebenarnya?? Sepatutnya sebagai pemerintah, mereka seharusnya meningkatkan hasil pendapatan negeri supaya ianya dapat dirasai oleh rakyat. Bukannya rakyat hidup melanguk dan mengharapkan sesuatu...sekarang nie rakyat asyik menagih simpati seolah-olah macam meminta sedekah. Menjadi wakil rakyat seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat bukannya kerja untuk POKET SENDIRI.
GR tak ingin kucap lanjut mengenai penyelewengan di negeri Kedah ini. Pembaca boleh baca selanjutnya DI SINI dan juga DI SINI. Kredit dan tahniah GR ucapkan kepada rakan blogger KedahKeKL di atas pendedahan yang dibuat. Memang terbaik bro....
Pada pembaca yang budiman dan rakyat Malaysia, fikir dan renungkanlah demi masa depan kita semua.
Monday, April 16, 2012
@Khalid_Ibrahim DAN @AdamAdli BIKIN ONAR DI BDR TUN RAZAK!!
Semalam puak-puak Pakatan Pembangkang telah buat ceramah sebarkan penipuan kepada rakyat Bdr Tun Razak. Ceramah yang diketuai oleh Khalid Gagap dibawa pula kuncu-kuncunya masuk ke dalam parlimen beliau sendiri, tugasnya menyebarkan fitnah kepada rakyat.
Malangnya ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sebarang sambutan oleh rakyat Bdr Tun Razak itu sendiri dan rata-rata yang hadir kurang dari 300 orang. Kalangan yang hadir pula dari peniaga dan orang yang lalu lalang di situ, datang sekejap dan balik lepas tu.
Pembaca sekalian, sudah terbukti Pakatan Haprak tidak diterima di Bdr Tun Razak. Masih tak faham-faham lagi ker?? Ahli Parlimen yang TIDUR saja kerjanya...lagi mau bikin kasi sebar fitnah dan tipu sana sini ka??
Baca juga DI SINI
GR kata: Adam Adli tu tak serik kena tumbuk lagi ker??
Tuesday, April 10, 2012
VIDEO PANAS: ISU PERGADUHAN PKR, UMNO TERBUKTI SALAH??
Ini jawapan sebenar al kisah disebalik cerita yang digembar gemburkan oleh puak-puak PKR. Seperti biasa depa akan kata UMNO yang salah....Jawapan orang takder otak memang macam tu.
GR kata: Rakyat sendiri dah meluat dengan Pakatan Haprak....
Subscribe to:
Posts (Atom)







