Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, July 12, 2013

ASTAGA...APA NAK JADI, ARTIS PEREMPUAN KANTOI TAK PUASA? BERJUDI LAGI PULAK TU?


Ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang baru tiba ada juga yang tidak menghayatinya malah dibuat seperti tiada apa keistimewaan seperti bulan lain.

Adakah kita tidak percaya dan tidak takut dengan hukum hakam Allah SWT yang mewajibkan hambaNYA berpuasa pada bulan yang mulia. Susah sangat ke untuk kita berpuasa dan tidakkah kita tahu bulan ini lah kita nak buat amal ibadat.

Tapi apa kan daya, manusia lebih pentingkan nafsu dari pahala yang Allah SWT nak berikan pada kita. Kes orang ditangkap makan dan buat dosa-dosa lain sering kali kita dengar bila tiba bulan Ramadhan. Sampai bila nak macam ni?? Susah sangat ker nak berpuasa???

Baca lagi artis yang kantoi tak puasa nie...

Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.
- SH


GR kata: Manusia zaman sekarang dah tak heran dosa pahala....astagfirullah hal'azim

Friday, June 28, 2013

Kecoh Betul Artis Nie, Tak Serik-Serik Lagi! Tak Kesian Tengok Ibu Sakit Ker..?


Semua orang tahu, dadah adalah musuh negara tapi kenapa kita mahu jadi hamba pada dadah. Jika ada masalah sekali pun bukan ini jalan penyelesaiannya.

Kisah artis KANTOI dengan dadah dah banyak kali kita dengar, apa yang mereka dapat hasil dari hisap dadah ni pun tak tau lah. Hanya seronok nak stim agaknya tapi akhirnya merosakkan diri sendiri.

Bila GR dapat tahu pagi semalam pelakon lelaki ini ditangkap untuk kali kedua, sedih dan kesian pun ada. Bukan pada artis lelaki ini, tapi pada ibunya seorang seniwati yang sedang sakit tenat.

Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar

Walaupun tension sangat tak ada mana-mana produser nak ambil dia berlakon, bukan dengan cara ambil dadah boleh selesaikan masalah. Allah SWT anugerahkan kita semua manusia tulang empat kerat dan tenaga, bermacam pekerjaan yang boleh kita buat. Paling penting rezeki kita dapat itu halal dan berkat. Hisap dadah bikin rosak badan dan mati free jerk bro...ape lah lu nie!!


GR kata: Sape lagi nak sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri....

Thursday, June 20, 2013

Alahai Artis Malaysia, Masa 'SEDAP' Pandai Simpan! Bila KANTOI Macam-Macam Alasan..!!


Benda sedap, sapa yang tak nak betul tak? Apatah lagi benda sedap yang kita buat tu kadang-kadang dibuat dengan rela hati atau pun dengann senyap-senyap. Senang cerita semua benda yang ada nikmatnya pasti SEDAP kan?

Bila GR terbaca kisah artis yang kantoi ditangkap basah oleh pihak jabatan agama, ada saja alasan mereka berikan kononnya mereka tak bersalah. Pokok takkan bergoyang kalau ditiup angin, betul tak? Tak mahulah GR huraikan lagi perangai artis lelaki yang kantoi baru-baru nie, walaupun mengenali sikap peribadi beliau. Apa yang GR mampu GR katakan, kesian pada tunangnya yang begitu terguris bila tahu balaknya kantoi dengan perempuan lain. Semua perempuan macam tu kan??

Tak kisah lah pasangan yang kantoi nie bercinta atau tidak, pokoknya walau tinggal serumah tanpa ikatan yang sah dan bukan muhrim pun itu salah disisi agama Islam.
Namun Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

” Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah.

Bagi menyokong kenyataan itu Farah tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

” Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shah.



Apa pun setiap hubungan ada pasang surutnya, yang penting kita perlu hargai setiap pasangan kita. Apa yang kita lakukan niat semata-mata kerana Allah SWT dan minta dijauhkan dari kita lakukan perkara yang dilarangNYA.

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit.
Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, yang menghubungi HIP, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu.

Apa saja yang ingin kita lakukan fikir dulu buruk baiknya, jangan fikir sedap. Dan jika yang sudah menjalin ikatan pertunangan sanyangilah pasangan anda. Berdoalah semoga ikatan pertunangan itu berkekalan hingga jinjang pelamin seterusnya berkekalan hingga akhir hayat. Amin....


GR kata: Ada sorang pemimpin tu dah kantoi banyak kali 'Main Depan Belakang'...anak bini dok TAKSUB lagi cam no tu??

Tuesday, June 18, 2013

HOT: Pengarah Drama NAFSU KUDA, Artis Baru Jadi Mangsa Kerana Nak Popular!


Jangan ingat semua pelakon baru nak cepat naik atau lebih senang nak cepat popular mereka ini boleh dijual beli. Terutama sekali pelakon wanita yang baru berkecimpung dalam bidang lakonan. Mereka ini cuba mencari rentak dan nama dalam industri seni dan pada mereka yang berfikiran cetek sanggup lakukan apa saja demi mengejar populariti.

Jika perkara ini masih berleluasa, adakah industri seni akan berkembang maju seiring dengan apa seranan Kerajaan untuk memajukan industri ini ke peringkat antarabangsa. Manusia seperti Pengarah yang 'Gila Poen' nie tak harus ada dalam industri seni kerana mereka bukannya power dalam menghasilkan sebuah drama atau filem, tapi sebenarnya mereka GILAKAN BENDA LAIN.

Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.

Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.

Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

“Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya,” ujarnya

Ujar Farrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

“Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.

“Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.

"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan,” katanya.


GR kata: Pelakon nak maju dari segi bakat, bukannya jual muka atau body. Kejap jelah jadi artis camtu....

Kerana Ust Azhar Idrus, Erra Fazira Jadi Mangsa 'Balun'...!!


Inilah nasib bila ramai yang taksub dengan politik, apa saja yang disebut kalau tak kena bila didengar habislah kena tibai. Betul tak?

Heboh puak-puak PAS bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.

Diaorang ni tahu ker bila kita secara LIVE di TV program yang diadakan ikut sedap mulut kita ker? Dah tentu setiap program ada pengarahnya, ada Program Manager nya...betul tak? Apa pun GR tabik pada Erra Fazira yang rileks dan cool tak cepat melatah dan layan mulut-mulut puak pakatan haprak nie.

Jawapan Erra Fazira di Tweet beliau:




Kepada pencacai-pencacai PAS rileks yer tak payah nak meroyan lebih. Seharusnya kita perlu tahu, pengacara sesuatu program dalam TV perlu mengikut skrip yang disediakan, apatah lagi artis yang baru berkecimpung dalam dunia pengacaraan secara LIVE nie.


GR kata: Puak PAS mana reti terima Qada Qadar...sebab tu bebai otak!

Sunday, June 16, 2013

GILA PANAS: ARTIS PEREMPUAN SANGGUP LAKONKAN WATAK BEROMEN?


Lama dah rasanya GR tak menulis tentang dunia hiburan artis tanahair, bukannya apa kalau asyik menulis tentang dunia politik pun bosan jugakkan.

Perkara yang lebih kurang sama bukannya pencacai pakatan haprak boleh terima kenyataan pun sebab 'Bapak' diaorang perangai sama jerk tak padan dengan dah tua. Tak sedar diri memang macam tu kan. Hi hi hi...

Dunia artis sememangnya ramai yang nak tahu, bukan tu saja...kadang-kadang sebilangan artis ini menjadi ikon pada anak muda dan menjadi ikutan mereka. Apa saja artis yang mereka suka buat atau fesyen tentu mereka akan ikut. Trend la katakan....betul tak?

Ini termasuk dengan artis gambar di atas, sebelum ini pernah cetuskan cerita panas dengan pakaiannya yang selamba dalam satu majlis yang diadakan. Nak tau apa lagi cerita panas pasal artis nie...bacalah lagi yer:

Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Bakar.

Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.

“Bagi Miera ok je dengan watak yang dirogol tu. Tapi tak tahulah pula dengan pandangan penonton macam mana nanti. Yang pasti babak sedemikian dilakukan hasil ‘Camera Tricks’. Nak kata ada sentuhan berlebihan diantara saya dan Zain dalam babak rogol itu memang tidak”

“Lagipun bila lakukan babak rogol bersama Zain, Miera memang tidak ada apa-apa perasaan pun masa tu. Cuma Miera akui jugalah yang babak ini agak mencabar kerana babak ini dilakukan sekitar jam 3 pagi dan untuk babak rogol seperti ini Miera kena pastikan tenaga yang ada pada waktu itu cukup. Ye la orang kena rogol mesti akan menjerit dan meronta dengan sekuat hati mereka” ujar Miera tersenyum.

GR kata:Lakonan yang mantap orang akan kenang sampai bila-bila.... 

Monday, June 10, 2013

AL FATIHAH! Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.


GR kata: Al Fatihah

Wednesday, May 15, 2013

HOT: ARTIS PEREMPUAN NIE LESBIAN..??


Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata.

“Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik”

“Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin”

“Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat.

“Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha.

Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki.

“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi.

Sumber


GR kata: Dunia artis...oh dunia artis. He he he...

Saturday, May 4, 2013

HOT: OSTAJAH ABBY, OSTAD HAIRIE OTHMAN SENTAP DENGAN DEN WAHAB PASAL VIDEO NIE? #PRU13

Golongan artis di Malaysia sudah sinonim dengan penglibatan mereka dalam bidang politik. Kita juga ketahui tujuan matlamat mereka sertai parti-parti politik di Malaysia.

Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.

Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.

GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :





GR kata: Abg Den Wahab memang steady...darah perjuangan yang kental!!

Thursday, May 2, 2013

VIDEO KHAS #PRU13: HARAPAN SITI NURHALIZA UNTUK INDUSTRI DAN ANAK MUDA @CTNurhaliza11

Zaman ini telah menjadi fenomena golongan artis di Malaysia bergiat penuh dalam politik, senang kata turut serta dalam setiap program yang dianjurkan oleh Kerajaan. Malah mereka ini juga menjadi ikutan dalam setiap apa yang mereka lakukan, ada juga yang mengikut cara mereka berfesyen.

Antaranya penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza yang sentiasa menjadi ikon anak muda. Sentiasa menyokong pihak Kerajaan dan yakin Kerajaan yang sedia ada tidak perlu diubah. Kerajaan juga tidak lepas pandang golongan artis kerana pelbagai program diwujudkan untuk mereka ini mempergiatkan lagi bakat yang ada dalam diri mereka.

Ikuti video di bawah :




GR kata: Artis sokong BN bukan artis suam-suam kuku tau. He he he


Thursday, April 25, 2013

LUAHAN HATI ARTIS INI MENGENAI #PRU13, CONFIRM MAKAN DALAM!


Walaupun pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang ada kalanya agak memeritkan bagi seorang wanita sepertinya, namun hidup ini katanya harus diteruskan tanpa ada perasaan prajudis. Ternyata kesabaranya dalam menempuh pelbagai dugaan itu kini semakin menenangkan diriya.

Baru baru ini krew kami sempat bertemu dengan figura yang merupakan salah seorang peserta Masterchef Selebriti bagi musim ke 2 iaitu Norish Karman. Namun bukan hal berkenaan kontroversi mahupun Masterchef ini yang akan kami hidangkan kepada anda tetapi pandangan dan harapannya tentang pilihanraya kali ini.

Terbuka dalam memberikan komentarnya tentang PRU 13, Norish Karman yang mesra disapa sebagai NK jelas mahukan segala manifesto mahupun Akujanji yang ditawarkan kepada rakyat dapat ditunaikan dan dilaksanakan apabila berjaya dalam pilihanraya itu nanti.

Jelasnya, “Apa yang saya harapkan agar sesiapa pun yang bakal menang nanti pastikan segala janji yang telah dibuat direalisasikan dan tidak timbul hal seperti janji tinggal janji selepas habis sahaja PRU 13 nanti. Ini biasanya yang akan berlaku jika melihat perkara ini sebelum ini.

“Apa yang orang seperti saya dan pengundi lain impikan ialah kami sentiasa mahukan yang terbaik buat negara Malaysia ini. Kami mahukan kualiti hidup yang telah ada pada ketika ini sentiasa dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa bukannya semakin buruk,” katanya. - BuahMulut


GR kata: Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya, kan Norish. Hi hi hi

Wednesday, April 10, 2013

TASHA SHILA BERSAYANG-SAYANG DENGAN PLAYER SELANGOR?


Peminat bola sepak tempatan pastinya mengenali pemain pasukan Selangor, Mahali Jasuli yang kini semakin menunjukkan taring acapkali beraksi dalam pasukan kebangsaan.

Nama Mahali juga terus disebut tatkala dia muncul dalam program MeleTop di Astro Ria, baru-baru ini dengan menyatakan hasrat bakal memilih Tasha Shilla sebagai isteri seandainya diberikan pilihan wanita di kalangan artis tempatan.

Pemilihan Mahali untuk menyunting pelakon cantik itu sebagai isteri, nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan.

Ini kerana Tasha Shilla sudah mula berani mendedahkan hubungannya dengan Mahali dengan sering menghantarkan mesej menerusi laman Twitter dengan menggelarkan Mahali dengan nama Sayang.

Menjawab persoalan ini, Mahali sebolehnya tidak mahu perkara berkaitan dirinya dan Tasha menjadi kecoh.

Bagaimanapun, Mahali yang peramah orangnya itu tidak menolak bahawa dia sedang berkawan dengan pelakon cantik.

"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.

"Sebelum ini, saya pernah mengatakan kepada media bahawa saya amat meminati Tasha.

"Selepas itu, peminat Tasha telah mencari saya dan menjemput saya menghadiri jamuan hari lahirnya.

"Dari situlah kami mula berkenalan dan berkawan. Kiranya kami berkenalan apabila peminat Shila yang kenalkan kami," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai panggilan Sayang yang diberikan Tasha terhadap dirinya, Mahali merasakan panggilan tersebut tidak salah diberikan kepada seorang kawan.

"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.

"Semasa diwawancara dalam program MeleTop, saya sudah pun berkawan dengan Tasha.

"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," ujarnya.

Apa sekalipun, Mahali memohon kerjasama dari semua pihak supaya tidak melebih-lebihkan perhubungan mereka.

Permintaan ini dibuat berdasarkan komitmen kerjayanya yang memaksa diri beliau lebih fokus terhadap sukan bola sepak tempatan.


GR kata: Player bola sekarang pun dah macam artis...glamor tu!!

Thursday, March 28, 2013

PANAS: FOTO NORA DANISH MANDI BOGEL TERSEBAR?


Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini.



Saturday, March 23, 2013

PANAS: SAYA SUKA TAYANG BODY, HAK SAYA KAN - ROZITA CHE WAN


Artis yang semakin panas dengan pelbagai kontroversi, Rozita Che Wan menempelak respon orang ramai yang memarahai dirinya yang berpenampilan seksi bersama Zain Saidin baru-baru ini.

Mengenakan skrit pendek berwarna biru hingga menampakkan bahagian pahanya dan beraksi manja bersama Zain Saidin, pada Rozita itu adalah hak dirinya sendiri untuk melakukan apa yang dia suka.

Rozita yang tidak mudah melatah akan terus mempertahankan dirinya dan baginya semua itu hak masing-masing.

“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya,” Jelas Rozita.

Rozita Che Wan juga berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’ lagi. Apapun kekecohan yang berlaku di Instagram ini akhirnya memperlihatkan Zain Saidin akhirnya membuat keputusan untuk menutup terus akaun Instagramnya hingga digelar seorang yang “coward” dan lari dari kenyataan.- Informasi


GR kata: Seksi ke seksa tengok dia ni yer??

Tuesday, March 19, 2013

VIDEO NABIL RAJALAWAK: LU MEMANG STEADY BRO..!!



GR kata: Inilah contoh artis yang berani tampil berikan penjelasan sebenar dari isi hati. Terbaik bro!


Wednesday, March 13, 2013

FULAMAK! USTAZ AZHAR IDRUS NAK JADI FILEM STAR PULAK!


Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.

Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro. - mSTAR


GR kata: UAI nak jadi filem star ker? Hi hi hi

Sunday, March 10, 2013

FUHHH...SEKSANYA BAJU NASHA AZIZ NIE!!


Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.

Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.

“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.

“Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya”, katanya Nasha Aziz.

Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,

“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.

Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.

“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau.  - MD


GR kata: Sapela yang dapat kahwin dengan Nasha nie kan? Hi hi hi

Thursday, February 28, 2013

"Jangan Kacau Saya Lagi Boleh Tak?" - @Shilaamzah


Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.

Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.

“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.


GR kata: Ajal, jodoh, pertemuan telah ditetapkan Allah S.W.T

Monday, February 25, 2013

VIDEO HOT UNTUKMU SAYANG - LISA SURIHANI


Golongan artis adalah golongan yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Apa saja yang mereka buat pasti menjadi bualan peminat. Tidak kiralah dari segi cara mereka berfesyen sehinggalah pada kehidupan peribadi mereka.

Kadang kala artis juga dijadikan ikon untuk sesetengah golongan muda dan juga yang berumur mahu pun veteran. Buruk baiknya boleh kita katakan artis di Malaysia ada yang menjadikan mereka ini sebagai contoh.

Termasuklah Lisa Surihani, pelakon cantik molek yang sentiasa menjadi perbualan masyarakat baik di bibir mereka hinggalah ke media cetak dan alam maya.

Video yang ingin GR kongsikan bersama adalah ucapan terima kasih Lisa Surihani pada seseorang. Siapakah yang MISTERI itu dan adakah kena mengena dengan beliau dan Yusry KRU? Jom lihat di bawah :





GR kata: Selamat Ulangtahun Perkahwinan Lisa dan Yusry. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby tau.

Artikel pelbagai