Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts

Monday, June 2, 2014

KALAU SAYANG, KENAPA AIBKAN SUAMI SENDIRI WAHAI OSTAJAH ABBY??


Inilah manusia habis madu sepah dibuang...siapa yang buang siapa ek?? Dah lama kita tak dengar cerita ostajah PAS yang kononnya hot nie kan. Akhirnya keluarlah al kisah peribadinya yang boleh menaikkan populariti dirinya. Korang fikir sama tak dengan yang GR fikirkan??

Mungkin ramai yang bersependapat dengan GR, kenapa baru sekarang ostajah nie mempertikaikan alam perkahwinannya. Bukankah dulu masa tujuan mereka berkahwin untuk mengelakkan maksiat, memang betul langkah yang diambil. Tak kiralah majlisnya diadakan di mana sekali pun yang penting urusannya betul. Kalau betul lahkan ostajah oii...

Macam-macam versi yang GR dengar dan baca pasal ostajah yang dah tak laku nie. Kenapa alasan suami muda dan tak matang tu dijadikan punca anda mahu bercerai wahai ostajah pencen? Kalau tak matang takkan si suami setuju dan sedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan ostajah nie kan.

Pada ostajah Abby, usahlah cuba untuk membuka keaiban si suami tue. Kalau rasa diri tu matang apa kata berbincanglah dengan cara yang terbaik kerana itu yang digalakkan dalam Islam. Kalau rasa diri sendiri betul kenapa perkahwinan tak pernahnya kekal. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W dan perintah Allah S.W.T pasti kita berjaya dunia akhirat.

GR doakan semoga ikatan perkahwinan ostajah pencen nie dengan suaminya terus terjalin dan hindar dari perkara yang tidak baik. Kukuhkanlah masjid yang telah mereka bina hingga ke Syurga. Jangan asyik nak politik jer, rumahtangga pun kena jaga jugakkan.

KUALA LUMPUR: Rentetan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dilakukan pelakon Abby Abadi terhadap suaminya Muhammad Noor Farhan pada Khamis, pelakon tersebut akui masih menyayanginya suaminya itu.

Menurut Abby dia tidak mahu hubungan mereka berakhir dan menyerahkan semuanya pada kuasa Allah. Dia turut menyifatkan hubungan mereka di tahap yang sukar kerana tiada usaha dari Farhan. Malah dia juga sedar, kemungkinan bercinta selepas berkahwin adalah juga salah satu punca keretakan rumahtangga mereka.

“Saya sayang sangat dengan dia, tapi saya tak nampak jalannya. Jadi pada siapa-siapa di luar sana yang sudah berkahwin dan kalau bergaduh janganlah berpisah.

“Saya tidak tahu pendirian dia. Kami kenal pun selepas kahwinkan? Jadi dalam masa 10 bulan perkahwinan itu, masih banyak lagi yang saya tidak tahu tentang dia. Begitu juga dia yang tak faham dengan saya. Kalaulah ditakdirkan tidak ada jodoh lagi…saya pun saya pun tidak mahu bebankan hidup dia.

"Kalau boleh jika perkara ini berlaku pada orang lain, janganlah tinggal begitu sahaja. Sebab saya rasa sedikit teraniaya. Saya akan terus berusaha semampunya. Saya pun tidak pasti apa yang saya boleh buat selepas ini. Kalau nampak dia dah terlalu tidak mahu, saya pun tidak mahu memaksa.

“Saya cuba untuk betulkan keadaan apa lah daya saya kalau dah takdir berakhir begini. Saya mengharapkan doa dari orang lain sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang sayangkan hubungan ini,” kata Abby kepada wartawan ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Kata Abby lagi, jarak umur yang jauh dan respon kurang matang oleh Farhan antara sebab keruntuhan rumahtangga mereka.

Selain itu Farhan juga tidak pulang ke rumah selama 3 minggu selepas berselisih faham dan tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.

“Dia terlalu muda untuk diletakkan bersama saya, itu yang saya rasa. Pada saya ketika saya berusia semuda dia, banyak perkara lagi yang saya tak faham. Saya juga nampak lelaki ni lambat matang kan?”,ujarnya.

Bagaimanapun Farhan tidak memberi sebarang komen kepada wartawan. Abby dan Farhan berkahwin pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand yang kemudian disahkan di Kelantan.

Abby juga pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim sebelum bercerai pada tahun 2008. Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 14 tahun, Marissa Dania Hakim,12 tahun, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.

Mereka disahkan bercerai talak satu di dewan perbicaraan yang sama di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada tahun yang sama. -- Astro Gempak

GR kata: Macam Bob Lokman jugak, cari gosip sensasi sebab nak glamor balik! Kih kih kih

Saturday, May 4, 2013

HOT: OSTAJAH ABBY, OSTAD HAIRIE OTHMAN SENTAP DENGAN DEN WAHAB PASAL VIDEO NIE? #PRU13

Golongan artis di Malaysia sudah sinonim dengan penglibatan mereka dalam bidang politik. Kita juga ketahui tujuan matlamat mereka sertai parti-parti politik di Malaysia.

Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.

Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.

GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :





GR kata: Abg Den Wahab memang steady...darah perjuangan yang kental!!

Saturday, February 23, 2013

HOT: OSTAJAH @abby_abadi112 INSAF, NAK KELUAR DARI PAS?


Macam tak percaya pun ada, bila GR melihat kenyataan tweet beliau seperti di atas. Baguslah Ostajah celop nie dah 'INSAF' dengan kenyataan beliau. Adakah dari hati yang ikhlas?? Tuan punya badan yang lebih mengetahui.

Pandangan GR senang saja, apa yang beliau tweet itu kalau yang biasa beliau buat COPY PASTE jer. "Islam itu indah, Islam itu mudah, tapi bila tak ikut panduan yang jadi payah" - ayat ini sesuai betul Ostajah celop ni berkata-kata pada dirinya sendiri.

Pembaca lihat sejak beliau berubah ini adakah menuju ke arah kebaikan atau pun lebih kurang sama saja. Jika berubah dan ingin mempelajari ilmu agama, jangan ikut dan taksub pada seorang Tok Guru saja. Sampai sanggup menerima pandangan bahawasanya Tok Guru tersebut cakap boleh kita dijamin Syurga.

Baru cakap pasal insaf dah buat hal balik dengan 'FATWA HEBAT' beliau :


Lihatlah sendiri fatwa Ostajah Celop ini. Faham atau tidak sebelum bercakap tu. Musuh Allah S.W.T tu siapa dia?? Lebih teruk orang Islam mengatakan keburukan dan doakan keburukan sesama Islam. Dalam Islam ada ker diajar macam tu yer wahai Ostajah Abby???


GR kata: Jangan syirik pada Allah S.W.T...taukan apa hukumnya??

Thursday, January 24, 2013

VIDEO: OSTAJAH @abby_abadi112 'GELI-GELI' DENGAN OSTAD PAS TERSEBAR?


Mazhab demi mazhab baru bila Ostazah Celop ni berkata-kata. Memang hebatkan, belajar agama tak sampai setahun jagung boleh menentukan dosa pahala serta halal haram.

Geli bukannya apa, nyanyi lagu pun boleh jatuh HARAM...kalau kita nyanyi lagu Pakatan Pembangkang pula macam mana jatuh hukumnya pula yer?

Manusia yang taksub dan tak pandai bersyukur memang macam ni perangainya. Nak tanyalah kan, dulu masa sekolah sampai ke menara gading dan jadi artis Ostajah Abby ni sekolah PAS ker? Bantuan yang diterima dari mana yer? Tepuk dada tanyalah hati yer....





GR kata: Orang tak tahu malu memang macam tu perangainya...

Tuesday, October 9, 2012

FOTO: OSTAJAH @abby_abadi112 YANG LEBIH TINGGI ILMUNYA DARI ORANG LAIN!!



GR kata: Mazhab dan fatwa mana Abby guna yer?? Jangan terlampau taksub...belajar ilmu agama kasi qatam dulu baru la nak keluarkan fatwa. Jauh sangat dah Abby nie...

Artikel pelbagai