Thursday, April 25, 2013

LUAHAN HATI ARTIS INI MENGENAI #PRU13, CONFIRM MAKAN DALAM!


Walaupun pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang ada kalanya agak memeritkan bagi seorang wanita sepertinya, namun hidup ini katanya harus diteruskan tanpa ada perasaan prajudis. Ternyata kesabaranya dalam menempuh pelbagai dugaan itu kini semakin menenangkan diriya.

Baru baru ini krew kami sempat bertemu dengan figura yang merupakan salah seorang peserta Masterchef Selebriti bagi musim ke 2 iaitu Norish Karman. Namun bukan hal berkenaan kontroversi mahupun Masterchef ini yang akan kami hidangkan kepada anda tetapi pandangan dan harapannya tentang pilihanraya kali ini.

Terbuka dalam memberikan komentarnya tentang PRU 13, Norish Karman yang mesra disapa sebagai NK jelas mahukan segala manifesto mahupun Akujanji yang ditawarkan kepada rakyat dapat ditunaikan dan dilaksanakan apabila berjaya dalam pilihanraya itu nanti.

Jelasnya, “Apa yang saya harapkan agar sesiapa pun yang bakal menang nanti pastikan segala janji yang telah dibuat direalisasikan dan tidak timbul hal seperti janji tinggal janji selepas habis sahaja PRU 13 nanti. Ini biasanya yang akan berlaku jika melihat perkara ini sebelum ini.

“Apa yang orang seperti saya dan pengundi lain impikan ialah kami sentiasa mahukan yang terbaik buat negara Malaysia ini. Kami mahukan kualiti hidup yang telah ada pada ketika ini sentiasa dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa bukannya semakin buruk,” katanya. - BuahMulut


GR kata: Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya, kan Norish. Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai