Tuesday, April 29, 2014

HOT: NAJIB, OBAMA MEETING MINUM AIR KALER LAIN MACAM? HEBAT MACAI PAKATAN KAN! @NajibRazak @Zahid_Hamidi #ObamaInKL


Kedatangan Obama ke Malaysia sebenarnya GR tak der rasa sedikit teruja pun, malah memikirkan apakah muslihat disebalik kedatangan Obama ke negara Asean seperti Malaysia.

Namun kita sebagai sebuah negara yang mempunyai nilai murni dalam diri setiap rakyat Malaysia, sudah pasti ramai negara luar tertarik untuk datang melihat sendiri keindahan dan pembangunan di negara kita.

Paling menarik ada pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana mungkin beliau tidak diundang untuk turut bersama dalam lawatan Obama ke Malaysia. Adakah beliau jeles kerana tak dapat ber 'SELFIE' bersama? Adakah beliau tak dapat berjumpa Obama untuk meluahkan temberang beliau pada pemimpin no.1 dunia itu? Adakah beliau tak dapat meraih simpati pada Obama untuk menyelamatkan beliau?

Jawapannya hanya si 'Mat Sentel' saja yang tau. Betul tak? Dah tu janganlah asyik temberang sana sini salahkan kerajaan halang. Tau cara protokolkan, jadi gunakanlah sebaik mungkin.

Disebabkan jeles yang amat sangat, ada juga macai 'Mat Sentel' ni sanggup buat apa saja...walaupun malukan negara. Korang tengok gambar di atas, kata bodoh diaorang marah pulakkan. Takkan tengok kaler air pun nak boleh nilai bahawa arak dihidangkan sebagai tanda menjemput tetamu kehormat.

GR nak tanya macai pakatan, air berwarna gelap ke cerah-cerah sikit macam tu confirm arak ker? Pernah minum air grape ke ribena ke, kaler macam tu lebih kurangkan. Air apple pun macam tu kaler dia kan. Ada nampak ke botol wine or champagne atas meja Najib dan Obama tu.

Kalau tengok gambar di atas yang bersama Najib...menteri-menteri yang kuat pegangan Islam dalam diri mereka. Kenapa tak tanya mereka sendiri?? Sebagai tuan rumah, adakah perlu kita menjamu tetamu kita ikut citarasa mereka? Kalau korang buat macam mana....contoh buat jamuan masa rumah terbuka. Fikir sendiri lah yer....

GR setuju juga dengan pandangan rakan blogger RezqeenHill secara rasionalnya :

1. Takkan dalam mesyuarat antara kedua-dua negara ini, air arak dihidangkan. Tak ker kalau Obama mabuk teruk, banyaklah benda-benda mengarut dia bebelkan dalam mesyuarat tersebut.

2. Sepanjang pengetahuan saya, wine / arak tidak diisi yang banyak dalam sesuatu bekas minuman. Kalau diminum dengan jumlah yang banyak nescaya seseorang itu akan mabuk kepayang sehingga lebih 3 4 jam. Confirm sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut akan jadi haru biru bila 2 pemimpin negara mabuk teruk atas pentas.

Walaupun gambar tersebut hanya memaparkan Teka Dan Menang, air jenis apa yang dihidangkan tu. Tapi sebenarnya ia membawa maksud kononnya terdapat unsur-unsur tidak sihat dalam pertemuan tersebut.


GR kata: Banyak sangat manusia yang buta kayu, buta tuli sekarang nie!!

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah hati busuk, apa saja yang dia nampak hanyalah keburukan orang walau terpaksa memfitnah, mengeji dan mencerca orang lain. Bertaubatlah sebelum ajal menjelma..

Artikel pelbagai