Sunday, December 4, 2011

#PAUMNO 11: UCAPAN BAHAS KP WP!!!


Semalam di Perhimpunan Agung UMNO 2011 perbahasan disebelah pagi ucapan perbahasan dari Ketua Pemuda W.Persekutuan Sdr Rizalman Dato' Mokhtar. Beliau mewakili W.Persekutuan bagi membahas usul Agama, Pendidikan dan Sosial yang dibentangkan oleh perwakilan dari Kedah.

Beliau berpendapat ketiga-tiga isu ini berkait rapat serta berpautan antara satu sama lain. Ianya sentiasa dekat dihati rakyat kerana ia akan menentukan corak dan hala tuju kehidupan individu, masyarakat dan negara. Kegagalan mengurus isu ini dengan baik akan menimbulkan kecelaruan dan kemudaratan kepada masyarakat dan seterusnya memberi kesan yang buruk pada negara.

Beliau juga bersetuju dengan konsep Wassatiyah iaitu kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan dalam semua aspek. Pelbagai pendekatan telah dibuat bagi mendaulatkan agama Islam serta memperkasakan pendidikan dan ianya dilakukan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan.

Beliau juga memberitahu bahawa PAS sudah tidak relevan lagi dalam memperjuangkan Islam kerana mereka sebenarnya hanya menjadi 'balaci' kepada DAP dan malangnya puak pandai dan cerdik agama dalam PAS tidak berani bersuara.

Dalam konteks sistem Pembelajaran, beliau mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran supaya Sekolah Kebangsaan Agama dapat diwujudkan di peringkat Sekolah Rendah bagi memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sebagai mengimbangi kecenderungan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah agama swasta atau ke sekolah agama yang tidak berdaftar dengan kementerian.

Beliau juga mencadangkan agar Program J QAF ini dapat diperluaskan di peringkat sekolah menengah supaya murid yang terlibat dapat terus diperkasakan dengan pendidikan Islam secara berterusan. Pembentukan generasi celik Quran ini akan dapat memperkukuhkan sistem nilai dan sahsiah di kalangan generasi.

Beliau juga berdoa dan berharap agar pada Perhimpunan Agung Umno tahun depan UMNO/BN sebagai Parti pemerintah dengan majoriti dan kuasa yang lebih besar.

1 comment:

bRAVEhEART said...

salam, mohon blog saya dilinkkan juga, t/kasih

Artikel pelbagai