Sunday, December 4, 2011

#PAUMNO: AMANAT PM WAJIB DIINGAT DAN DILAKSANAKAN!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah tamat pada petang tadi dengan lancar dan jayanya selepas ucapan penggulungan dan amat dari Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak. Ucapan yang diberikan sangat bersemangat dan bermakna kepada 'Orang UMNO' untuk bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan besar UMNO/BN pada PRU akan datang.

Dalam ucapan Presiden UMNO, beliau menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

Objektif ketiga, beliau ingin melalui perhimpunan ini Kerajaan mendapat sokongan gagasan yang telah dibawa untuk membawa perubahan yang besar kepada negara seperti yang telah digagaskan sebagai pelan Transformasi Nasional,” katanya.

Objektif keempat, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

#PAUMNO kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh Timb Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya. “Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan Ketua Bahagian,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur...maruah agama dan bangsa juga turut binasa.

GR masih teringat amanat YAB PM petang tadi: Andainya UMNO tidak kita tatang. Andainya UMNO tidak kita bela. Andainya UMNO kita biarkan. Andainya UMNO sudah tersungkur rebah. Andainya UMNO lenyap. Apakah masih terjunjung Islam yang suci. Apakah masih dipandang mulia orang-orang Melayu. Apakah masih disanjung Raja-raja kita? Ayuh... Ayuhlah bangkitlah... Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! HIDUP UMNO!!!

No comments:

Artikel pelbagai