Thursday, December 29, 2011

INFO: MFace - LAMAN SOSIAL PERTAMA DI MALAYSIA!!!


www.mface.me... Apa itu MFace ???
Sebuah laman sosial pertama Malaysia yang dibangunkan oleh anak-anak muda tempatan.Bertujuan menjadi medium komunikasi terbaru sepertimana laman sosial sedia ada lagi popular masa kini,seperti Facebook dan Twitter. Sebuah medium komunikasi jaringan sosial pertama Malaysia dengan pengisian tersendiri.Sebuah laman yang mengajak anak-anak seni dalam negara untuk bersama-sama berkongsi kebaikan melalui penubuhannya.


"Kami berbangga dengan pelancaran laman sosial terbaru yang dinaungi oleh bakat-bakat dalam dunia IT tempatan", ujar Pengerusi MFace, DatO' AC Mizal. Beliau ditemui sewaktu di majlis pelancaran MFace yang telah berlangsung penuh gilang gemilang bertempat Hotel Double Tree, Kuala Lumpur.


Apa yang menariknya seramai 60 selebriti terkenal negara telah dipilih dalam membantu menyebar-luaskan lagi laman sosial tersebut. Mereka akan sama-sama mengajak peminat menyertai MFace, berkomunikasi melalui lunas-lunas positif sambil membina rangkaian populariti.

Sekaligus para artis ini memiliki saham syarikat MFace dalam jumlah RM100,000 seorang di mana setiap ketika mereka menjalankan komunikasi di laman sosial,mereka berpeluang meraih pendapatan.

Interface laman sosial MFace

Sementara bagi para peminat, anda juga bakal meraih ganjaran menarik menerusi MFace. Selain dapat berkomunikasi dengan selebriti kegemaran anda. Sesiapa saja yang dapat mengumpul point tertinggi samada menerusi komen serta klik 'Like' atau Don't Like', anda punya peluang cerah memenangi iPad pada setiap minggu. Tawaran ini bermula sekarang hinggalah enam bulan akan datang.


GR kata: Ingat Mark Zuckerberg jer boleh buat?? Kita pun Boleh! Malaysia Boleh!!! TAHNIAH!!! www.mface.me

No comments:

Artikel pelbagai