Monday, December 26, 2011

GEMPAR: TERBARU, LELAKI GAY MELAYU KAHWIN DI GREECE!!!


PANAS!! GEMPAR!! Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, Ireland baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Pembaca lihatlah gambar di atas, merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan menurutnya diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu...Mereka mempersoalkan kenapa pihak Kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas mereka ini???


p/s: Dunia akhir zaman, manusia mudah mempersendakan Islam dan tidak takut akan azab Allah S.W.T kelak ke atas mereka. Sama-samalah kita berdoa agar mereka mendapat hidayah dan kembali bertaubat kepada Allah S.W.T

No comments:

Artikel pelbagai