Sunday, December 25, 2011

BONGKAR: HJ ANWAR DISPONSOR OLEH AMERIKA..INI BUKTINYA!!!


Kepada pengikut Hj Anwar yang masih mengagungkan si PELIWAT ini..lagi satu bukti yang berkaitan dengan Hj Anwar didedahkan untuk tatapan rakyat...So korang fikir-fikirkanlah yer...

Antaranya ialah:

Bagaikan Iceberg,apa yang didedahkan AFP, 11 Disember,walaupun sedikit,namun nilainya sangat tinggi.

“Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor agensi berita tertua, AFP yang juga merupakan salah satu terbesar dalam AP.

NGO ini yang dimaksudkan itu merujuk kepada dua ranting penaja induk NED (National Endowment for Democracy) iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute) yang bekerjasama dengan Freedom House dan pertubuhan hak asasi manusia.

Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik dana yang diterima daripada pertubuhan hak asasi manusia, namun sudah mengetahui pengetahuan umum, OSI (Open Society Institute) milik George Soros merupakan dalang di sebalik pergerakan bertopeng hak asasi manusia itu.


Menurut laporan AFP, NED dan Freedom House menerima dana tahunan dari kerajaan Amerika Syarikat (AS). Misalnya NED menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres, manakala Freedom House menerima dana yang tidak dinyatakan jumlahnya dari Jabatan Negara AS.

Sebagai perbandingan, AFP membuat perbandingan apa yang berlaku di Malaysia dan Asia Tengggara adalah sama dengan apa yang berlaku di Timur Tengah.
AFP memetik laporan Akhbar New York Times bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menunjukkan kebangkitan dunia Arab didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.

Dalam rencana itu, menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti IRI, NDI, dan Freedom House, pertubuhan hak asasi manusia yang tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.

Regim Change


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pendedahan AFP itu dengan berkata dana disogokkan kepada pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya.

Lagi pendedahan boleh baca di sini


p/s: Suka berurusan dengan Yahudi seorang pelakon 'hebat' masih duk auta pusing..Itulah namanya Hj Anwar Al-Juburi, Ketua Pakatan Rakyat..!!!

No comments:

Artikel pelbagai