Thursday, December 13, 2012

PLAYER HARIMAU MALAYA TAK HAIRAN MAIN DALAM LECAK! #AFFSuzukiCup


Pihak lawan dah takut dengan kemampuan dan kemantapan pasukan Harimau Malaya sebab itulah pelbagai layan buruk yang mereka berikan pada pasukan negara kita. Memang hampeh Thailand nie kan....

Tekanan! Layan Low Class! Apa pun layanan ini diterima baik oleh anak buah jurulatih Harimau Malaya Datuk K.Rajagopal yang hanya diberikan padang sekolah untuk sesi latihan bagi menghadapi pasukan Thailand dalam separuh akhir ke-2 yang akan berlangsung malam ini.

Rakyat Malaysia yakin walau macam mana layanan buruk yang diberikan kepada pasukan Harimau Malaya, tidak akan melemahkan semangat mereka untuk mara dan menang dalam perlawanan malam ini. Kita semua mendoakan pasukan Harimau Malaya akan MENANG dalam perlawanan pada malam ini dan mara ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup.


GR kata: Go Harimau Malaya! Malaysia Boleh!!

No comments:

Artikel pelbagai