Tuesday, December 11, 2012

EKSKLUSIF: TRAVEL AGENCY UMRAH/HAJI AJAR JEMAAH TAMBAH DOSA DI TANAH SUCI MEKAH DAN MADINAH!!

Hiasan

GR sangat tertarik untuk mendedahkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan ibadah dalam Islam. Sememangnya dalam Al-Quran menyebut punca rezeki adalah dari berniaga tapi adakah perniagaan yang kita jalankan itu berlandaskan Islam??

Apa yang ingin GR utarakan ini adalah sikap sesetengah peniaga kita yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Disebabkan terlalu fanatik dengan politik mereka sanggup mengadaikan maruah mereka demi mencapai 'impian dongeng' beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mimpi disiang hari.

Seiring dengan puak PAS yang mendoakan kehancuran umat sesama Islam "KO BN! KO UMNO! UMNO KO" seperti manusia yang tiada pedoman hidup. Dalam pada itu pula, ada Travel Agency di ibu kota yang menghasut para jemaah yang ingin menunaikan Umrah atau Haji melalui khidmat mereka. Hasutan yang dibuat melalui penjelasan (training) sebelum para jemaah pergi ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Perkara baik tapi lain jadinya. Dah tak ader dosa pahala ker wahai owner Travel Agency ni??



Pembaca lihat beberapa screen shot yang diambil oleh rakan blogger GR Rezqeen Hill mengenai perbualan Travel Agency terbabit yang cuba menghasut para jemaah Umrah & Haji yang ingin menggunakan khidmat mereka. Kenapa mesti permainkan Islam demi mencapai cita-cita BODOH korang ni yer? Fikirlah secara matang, jangan jadi budak yang tak ada otak. Umat Islam tunaikan Umrah & Haji untuk menunaikan ibadah bukannya merosakkan akidah mereka lagi.


 Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).

GR ingin sarankan kepada pihak berkuasa baik Polis dan Jabatan Agama Negeri dan juga JAKIM, buatlah pemantauan agar perkara sebegini tidak tersebar luas. Bukan disebabkan hal-hal politik tapi perkara ini boleh merosakkan imej negara di mata dunia. 

Fikirlah kalau jemaah dari negara luar dengar apa yang kita doakan yang buruk-buruk untuk negara kita sendiri bukankah BODOH namanya yer tu. Kita pergi ke Tanah Suci nak beribadah bukannya berfoya-foya. Fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI, DI SINI dan DI SINI


GR kata: Dalam PAS dah tak heran dosa pahala yang penting ke Putrajaya. Ya, Allah lembutkanlah hati mereka-mereka ini yang cuba menyesatkan agamaMU. Amin...

No comments:

Artikel pelbagai