Tuesday, December 11, 2012

PANAS: PLAYER BOLA SEPAK MALAYSIA SANGGUP BOGEL SEBAB NAK POPULAR??

Semenjak populariti pemain bola sepak tempatan naik mendadak mengalahkan glamornya seorang artis, ada saja cerita atau desas-desus yang Murai Batu dengar mengenai mereka.

Tidak kisahlah sama ada cerita itu sensasi tentang pasukan yang mereka sertai atau pun perangai mereka yang dikatakan banyak masalah.

Terbaru, sedang Murai Batu berborak mengenai pasukan yang sedang kecol menjual beli pemain, Murai Batu didatangi seorang yang fanatik terhadap sukan bola untuk menyampaikan cerita tentang penyerang Negeri Sembilan yang bernama Shakir Ali.

Menurut sumber ini, Shakir Ali dikatakan seorang individu yang yang mudah melenting serta sukar didekati tatkala dia menghadapi tekanan...Biasalah tu, memang ada pun jenis orang yang begitu bila berhadapan dengan tekanan.


Selain itu, dia juga kononnya berani bergambar panas dalam sesi fotografi. Ya ker? Terbeliak Murai Batu mendengar dakwaan peminat ini.

Bercerita lebih sambil menunjukkan gambar Shakir yang bergambar dengan jersey diletakkan di bahu tanpa memakainya, sumber ini mendakwa ketika sesi fotografi tersebut, Shakir dikatakan tidak memakai seurat benar pun. Senang cerita berbogel.

Hmmm...Yang ini Murai Batu susah nak percaya. Sebab, walaupun gambar separuh bogel tersebut telah menayangkan susuk tubuhnya sehingga hampir ke kawasan mendekati aset kelelakiannya itu, namun tidak ada bukti sahih yang menunjukkan dia telah berbogel.

Apapun, foto ini khabarnya diambil kerana striker hebat ini mahu menunjukkan badannya yang cantik dan mempunyai six pack Melihat dari foto ini, Murai Batu tidak menafikan susuk tubuh Shakir memang cantik. Dah namanya atlit bola kan.

Apapun, Murai Batu mendapat tahu, foto tersebut telah menjadi pujaan ramai sehingga ada yang menggunakannya gambar tersebut ke arah yang salah. Yang penting, Murai Batu nak tanyalah kebenaran tersebut adakah benar Shakir berbogel semasa mengambil gambar ini pada Shakir sendiri.

Namun, melihat dari gambar ini, mungkin ianya adalah satu gambar yang lama ketika dia menyertai pasukan Kedah. - Murai


GR kata: Player bola sepak di Malaysia bila famous...sepak bola pun tak reti dah!!

No comments:

Artikel pelbagai