Saturday, December 15, 2012

KONGRES DAP: PERTEMBUNGAN ANAK BERANAK REBUT KUASA!


Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di P.Pinang bermula hari ini 15-16 Disember 2012 akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan Parti, Karpal Singh serta dua anak lelakinya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bapanya yang merupakan veteran DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming yang merupakan Setiausaha DAP Perak, beliau juga adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.

Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor. Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13. Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding. Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri. Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau ADUN atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Kok berkata, setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu. Kit Siang dalam kenyataan berkata, Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen 'Seratus Hari ke Putrajaya'.

Ini jelas membuktikan tiada pencapaian yang ingin dibuat oleh DAP untuk membela nasib rakyat apatah lagi pembangunan yang baik untuk negara. Mereka hanya GILAKAN KUASA dan segala yang dilontarkan kepada rakyat hanya wayang semata-mata. Kempen ke Putrajaya hanya mahu membawa suara Anwar dan kuncu-kuncunya dengan menanam persepsi buruk kepada rakyat untuk membenci Kerajaan yang dipimpin YAB Perdana Menteri.

Korang fikirkanlah, jika Pakatan Haprak ini memerintah nasib yang akan menimpa kita dan anak cucu cicit kita akan gelaplah masa depan mereka. Manifesto PRU 12 masih tak dilaksanakan inikan pula pelbagai janji kononnya diberikan untuk PRU 13 bagaikan emas jatuh ke riba.


GR kata: Melayu gadai maruah pada DAP komunis, semata-mata betul berjuang atau kerana wang??

No comments:

Artikel pelbagai