Monday, September 10, 2012

LGE MAKIN KURANG AJAR! AL-QURAN DIBAKAR DI PENANG!!

Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai. 

Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ.

Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

GR kata: Peliharalah agama Islam yang suci ini....

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak lups ada cara...jgn main bakar saja tak tentu cara kelak nanti diri yg terbakar...

pejuang hamas...

Artikel pelbagai