Wednesday, September 12, 2012

GEMPAR: POWER RANGER MUNCUL DI PUTRAJAYA!!


Korang masih ingat dengan insiden 2 orang yang mengamuk di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas. Pada yang tak tahu mengenai insiden tersebut boleh baca DI SINI dan DI SINI

Hari ini kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Seksyen Putrajaya. Apa yang menariknya suspek wanita tersebut mengenakan topeng Power Ranger. Ai...tau pulak malu yer. Masa buat dulu tak pikir ke malu ker, buat kelakuan bodoh ker.

Inilah puak pakatan pembangkang, bila fikiran mereka terlalu taksub dengan ajaran songsang diajar pada penyokong mereka. Sehingga tidak tahu mana yang baik mana yang buruk asalkan matlamat ingin menakluk Putrajaya tercapai. GR sarankan pada puak pembangkang...otak tu jangan letak kat bontot yer...Anwar suka sangat macam tue tau. Ha ha ha

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan seorang wanita yang mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Julai lalu.

Muhdalena Ahmad, 28, didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang. Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Muhdalena didakwa melakukan kesalahan itu bersama dengan Khalil Afendi yang maut selepas mengalami kecederaan akibat tembakan polis.

Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Hakim Mohamed Kamil Nizam turut menetapkan 28 September sebagai tarikh pengurusan kes terakhir sebelum perbicaraan.

Muhdalena yang memakai topeng Power Ranger berwarna kuning dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah ditemani bapanya.


GR kata: Nasib baik raksasa tak muncul di Putrajaya tadi. Kah kah kah

No comments:

Artikel pelbagai