Thursday, September 13, 2012

AKHIRNYA ANWAR FRUST MENONGGENG!!


Sudah pasti ramai ternanti-nanti apakah nasib Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti Dato' Hasan Ali. Penyokong akar umbi PAS melihat segala tindakan terhadap Ustaz Nasha adalah kerja kelompok Profesional atau dikenali sebagai Anwarinas. Mereka belajar daripada kesilapan apabila memecat Dr Hasan Ali melalui keputusan Majlis Syura dan Lembaga Displin Parti yang kesemuanya dikuasai oleh kelompok Profesional.

Apa yang berlaku sebelum ini penyokong akar umbi melihat kelompok profesional atau Anwarinas menguasai keputusan memecat Dr Hasan Ali maka ini merugikan kumpulan itu yang pasti tidak akan mendapat sokongan daripada ahli PAS jika mereka bertanding selepas itu.

Walaupun dikhabarkan semalam Nik Aziz marah marah dek kerana majlis syura tidak menerima usul beliau untuk membicarakan Ustaz Nasha namun usaha ini bukan berakhir disini memandangkan yang menolak usul Nik Aziz ada kelompok ulama PAS yang pasti akan mengundang kemarahan barisan Anwarinas.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak bincang isu Nasharudin tidak dipecat

Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu kekal, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan ahli parti itu termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti.

Bagaimanapun, beliau masih berteka-teki mengenai masa depan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam ini membincangkan mengenai Lajnah Penerangan Pusat Pas (dan) persiapan pilihan raya.

"(Kedudukan Nasharudin) tiada dalam agenda mesyuarat walaupun sudah habis mesyuarat dan masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu malam ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sebelum ini mempertahankan kenyataan Nasharudin mengenai keperluan Pas mengkaji semula kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi dalam mesyuarat pusat parti itu pada 25 Ogos lalu menegaskan, isu bekas Timbalan Presiden Pas itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama malam ini. - Utusan

GR kata: Kepimpinan PAS dah tak sebulu dengan Anwar. Macam nie nak jadi PM, porahhh!!

No comments:

Artikel pelbagai