Tuesday, August 7, 2012

#IsuHudud : PAS & DAP DAH TAK SEBULU! @Zahid_Hamidi


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang kini ibarat 'retak menanti belah' ekoran tiada persefahaman antara DAP dan Pas berhubung prinsip pembentukan negara Islam. Ahmad Zahid berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berada dalam keadaan serba salah kerana parti itu selama ini hanya menjadi 'jambatan antara PAS dan DAP yang mungkin runtuh apabila dibebani dengan masalah'.

 "Walaupun DAP dan PAS menampakkan semacam ada kesepakatan tetapi dalam soal prinsip pembentukan negara Islam memang tidak dipersetujui langsung oleh DAP dan pendapat Karpal Singh sebagai pengerusi DAP adalah pendapat yang mewakili DAP keseluruhannya.

 "Atas nama kompromi politik, Pas seolah-olah semacam ada rasa toleransi apa yang dipegang oleh DAP tetapi sebenarnya Pas juga tidak pernah bersetuju dengan pendirian terbuka DAP," katanya selepas menutup Tadarus al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud apabila Karpal Singh menegaskan yang parti itu akan menentang sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud. Katanya, Karpal Singh merupakan jurucakap kepada DAP untuk menyatakan bangkangan terhadap dasar pembentukan negara Islam oleh Pas dan hukum hudud adalah termasuk dalam elemen penting pembentukan sebuah negara Islam.

 Ahmad Zahid berkata, Pas tidak perlu berdolak dalih dengan mendakwa DAP menyokong hukum hudud kerana hakikat sebenar Karpal Singh mengatakan Pas parti kolot yang mahu ke belakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud.

 "Pendapat Karpal Singh itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin Pas yang menyatakan hukum hudud adalah hukum qat'ie iaitu hukum yang tidak boleh dikompromikan atau dikemudiankan pelaksanaannya. Jadi pertentangan ini saya lihat adalah pertentangan yang cukup ketara," katanya.

 Sementara itu, beliau berkata, Pas akan hilang identiti sekiranya mereka menukar pembentukan daripada sebuah negara Islam kepada negara kebajikan atau lain-lain.

 Penukaran kepada negara kebajikan tidak lagi kepada negara Islam adalah untuk memenuhi kehendak pakatan pembangkang yang tentunya diwujudkan untuk berkompromi perbezaan dalam falsafah politik mereka, katanya. - Bernama


GR kata: PAS confirm kena sayur lepas nie...kah kah kah

1 comment:

engelsk översättning said...

This is so right and so needed.

Artikel pelbagai