Friday, July 20, 2012

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA


PENGERTIAN PUASA
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.

RUKUN-RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:

1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.

Lafaz niat puasa Ramadhan (harian):
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

Lafaz jika niat selama sebulan:
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam -Tidak wajib puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam (tidak beriman).

2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab keagamaan termasuk berpuasa.

3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama - Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 

No comments:

Artikel pelbagai