Tuesday, July 17, 2012

JANGAN ULANGI SEJARAH 2008 - @Zahid_Hamidi


KUALA KANGSAR - Semua ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutamanya di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.

"UMNO perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Kuala Kangsar di sini semalam.

Pada Pilihan raya Umum 2008, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen manakala bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN meraih kemenangan di 306 kerusi.

Pilihan raya itu juga menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (BN kembali berkuasa pada tahun 2009). - Kosmo


GR kata: Soal kepentingan jawatan tolak tepi dulu...musuh sebenar ialah Pakatan Haprak!

No comments:

Artikel pelbagai