Thursday, July 19, 2012

PANAS: KHALID GAGAP SOKONG RUMAH URUT, TAKUT DENGAN RONNIE TUIHH!!


Inilah sikap seorang MB Selangor yang terang-terangan tidak berani membuat sebarang keputusan demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor. Semakin hari semakin banyak rumah urut tumbuh di negeri Selangor, tapi pada mereka ini semua salah UMNO/BN. Apa ker BODOHnya diaorang ni??

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber pendapatannya, tapi hakikat sebenar sumbernya dari kemaksiatan. Bukannya nak dikurangkan bilangan rumah urut yang sedia ada, malah semakin hari semakin bertambah. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca yang budiman....

Baca lanjut di bawah :
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak boleh menutup operasi semua pusat urut di negeri ini kerana tindakan itu dianggap tidak adil kepada pengusaha premis yang menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mendakwa, kerajaan negeri sekarang juga tidak lagi mengeluarkan lesen kepada pusat urut sebaliknya hanya diberi kepada pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan mengikut Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

Berdasarkan laporan, terdapat 571 rumah urut di Selangor pada masa ini.

“Semua pusat urut yang ada sekarang diberi lesen sejak dahulu, kita tidak boleh tutup selagi mereka mematuhi undang-undang kerana dilihat tidak adil (kepada pengusaha),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini semalam.

Kosmo! kelmarin mendedahkan mengenai kegiatan pelacuran yang berleluasa di bandar Puchong dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini sehingga imejnya sebagai bandar pengeluar barangan industri bertukar kepada bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks. Puchong kini digelar Hatyai Selangor.

Bagaimanapun, pusat pelacuran tersebut digempur oleh polis malam Isnin lalu dalam serbuan dinamakan Ops Noda. Polis menahan seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan tempatan berusia 20-an hingga 30-an.

Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat. Ronnie memberitahu, pihaknya bagaimanapun bersedia menutup semua operasi pusat urut dengan syarat pihak berkuasa negeri lain turut mengambil tindakan serupa.

“Jangan asyik cabar Selangor supaya tutup pusat urut, tutup dulu di negeri-negeri lain kerana saya lihat Kuala Lumpur juga masih ada pusat urut,” dakwanya.
- SH


GR kata: PKR, PAS tak berani bersuara. DAP yang berkuasa. Habislah negara jawabnya...

1 comment:

Anonymous said...

Dr Rani dah bertukar menjadi Dr Ronnie Ptuuii...langsung tak sensitif ngan statement adik kembar dia Ronnie Liew tu..memang dah gelap hati lebai-lebai PAS ni..dgn izin Allah..terlingkuplah PAS di semua kerusi yang ditandingi dalam PRU nanti

Artikel pelbagai