Saturday, July 21, 2012

4 IMAM MAKKAH UNTUK SOLAT TERAWIH DI PUTRAJAYA & KL


PUTRAJAYA - Sempena Ramadhan, empat imam yang dijemput khas dari Makkah akan mengimamkan solat terawih di beberapa masjid besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata imam berkenaan akan ditempatkan di Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di sini.

"Selain solat terawih, imam-imam itu juga akan mengimamkan solat tahajud dan memberikan tazkirah," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Salam Sahur Kasih Ramadan di sini Rabu.

Turut hadir Atase Arab Saudi di Malaysia, Dr Abdurrahman Muhamad dan imam jemputan berkenaan - Dr Suffian Ibnu Omar, Syeikh Fadi Muhammad Al-Batsyi, Syeikh Badrudin Ali Tomi Al Asyish dan Dr Ahmad As Sai'd.

Othman berkata kedatangan mereka adalah hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan pihak kedutaan Arab Saudi. - BERNAMA


GR kata: Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah Terawih.

No comments:

Artikel pelbagai