Monday, March 19, 2012

Kadiaq Keluar UMNO - Ada Aku Kisah?? @NajibRazak


Hari ini bekas pak Menteri dan MT UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan beliau sebagai ahli UMNO. So, apa masalahnya?? Itu pendirian beliau dalam berparti. Pada pendapat GR baguslah beliau meletakkan jawatan sebab dah tahu beliau sudah tidak ada tempat dalam parti. Betul ka Kadiaq? Ke kecewa sebab tak dapat jadi calon?? He he he

Hari ini petikan dari portal PKR (Keadilan Daily) 'mempromosi' tindakan Kadiaq keluar dari UMNO. Jika kita lihat itulah kerja mereka, meraikan bekas pemimpin UMNO yang keluar parti. Kenapa mereka keluar parti?? Bukankah mereka ini terlalu banyak jasa yang diberikan kepada parti. Apakah mereka-mereka ini merasakan diri itu wajib menjadi pemimpin baru boleh berkhidmat kepada rakyat?? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Pada pendapat GR, bekas MP Kulim Bharu ini boleh dikategorikan sebagai parasit dalam UMNO. Kita lihat kenyataan beliaun sebelum ini yang memberitahu bahawa UMNO/BN sentiasa melakukan taktik kotor pada PRU-12. Dengan cara membeli undi / memberi rasuah kepada rakyat supaya memangkah calon UMNO/BN ketika pilihanraya. Bukankah apa yang beliau katakan itu kena pada batang hidung sendiri?? Membeli undi rakyat di Parlimen Kulim Bharu dan diri sendiri menang pada pilihanraya. Awat hang bukak pekung dada sendiri wahai bekas pak menteri oii...

GR juga ada mendengar dari sumber dalaman UMNO Bahagian Kulim, tindakan TS Abdul Kadir ini adalah kerana beliau merasa sangat kecewa dengan pucuk pimpinan tertinggi parti kerana beliau 'dibuang' begitu saja. Kecewa kerana tidak tercalon dalam parti dan juga tidak mendapat sebarang jawatan dalam GLC seperti mana kawan-kawan beliau yang mendapat tempat dalam GLC di bawah Kerajaan. Perlu ker beliau menjawat jawatan? Tak cukupkah dengan apa yang beliau kecapi selama ni?? Masih tak cukup kayakah dengan apa yang beliau dapat selama beliau menjadi pak menteri dan menjadi MP semasa zaman beliau?? Ker beliau masih merasakan diri beliau laku di mata masyarakat khususnya rakyat di Kulim Bharu?? Tolong jawab yer Pak Kadiaq....Jangan syok sendiri la yer!!!

GR mohon kepada semua pemimpin UMNO/BN, jadikanlah ini sebagai pengajaran. Walau apa pun terjadi, sayangilah parti keramat ini. Berkhidmatlah dengan ikhlas bukan untuk poket sendiri. Rakyat sekarang pandai, bukan saja mereka ingin melihat tapi ingin kecapi apa isi hati mereka dengan pemimpin. Kerana merekalah diri anda menjadi pemimpin untuk menjaga kebajikan mereka. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Renung-renungkanlah....


GR kata: Jadilah Orang UMNO, jangan jadi Ahli UMNO!!!

No comments:

Artikel pelbagai