Sunday, March 18, 2012

APA NAK JADI DENGAN REMAJA SEKARANG..!!!


Sedih bila GR lihat gambar di atas. Inikah anak bangsa Melayu yang kita banggakan?? Walhal inilah mereka-mereka yang akan mengharumkan negara suatu hari nanti. Apakah mereka berkelakuan begini boleh membuatkan mereka bangga diri?? Jika kita lihat mereka ini cukup baik dari sifat luarannya, seorang pelajar yang sangat baik. Betul kan???

Keruntuhan akhlak sekarang ini semakin berleluasa dikalangan remaja terutama sekali pelajar sekolah. Siapakah yang ingin kita persalahkan dalam perkara ini. Adakah mereka ini kurang didikan agama dalam keluarga mereka atau pun kurang didikan agama di sekolah?? Ibu bapa yang salah atau guru di sekolah??

GR mohon agar pihak sekolah dan ibu bapa khususnya sentiasa memantau kegiatan dan cara pergaulan anak kita. Siapa lagi pewaris bangsa dan negara kalau bukan dari kalangan anak muda. Betul tak?? Renung-renungkan....


GR kata: Pemimpin yang kurang ajar, ada tak???

No comments:

Artikel pelbagai