Saturday, December 24, 2011

YUSRY KRU & LISA SURIHANI NIKAH 23 FEB 2012..??

Pasangan hangat Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani hari ini mengumumkan mereka akan bernikah pada 23 Februari 2012. Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012. Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Lisa turut memberitahu majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Manakala majlis resepsi perkahwinan diadakan di PICC, Putrajaya.


Dalam sidang media yang diadakan di Mariott Putrajaya Resort & Spa pagi tadi, Yusry turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan. Sebaliknya dia dan Lisa bersetuju untuk terus melangsungkan perkahwinan.

“Bagaimanapun, keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa semalam (Jumaat) untuk tujuan merisik dan menghantar cincin tanda. Majlis merisik ini kami buat juga sebab ingin mengikut adat. Selain serahkan cincin, majlis merisik semalam juga membincangkan tentang tarikh perkahwinan. Hanya keluarga terdekat kedua belah pihak yang hadir,” ujar Yusry berkongsi cerita.

Sementara itu, Lisa mengakui yang dia tidak kisah dengan ketiadaan majlis pertunangan. Jelas bintang ‘Ombak Rindu’ ini, dia mahukan sebuah perkahwinan yang kasual sahaja.

“Bagi Lisa yang penting adalah majlis pernikahan. Sebab itu Lisa tidak mahukan majlis pertunangan. Kami mahukan sebuah perkahwinan yang berlangsung dalam suasana kasual. Lagipun, keluarga Abang (Yusry) telah pun datang merisik dan menghantar cincin tanda, jadi itu sudah memadai,” ujar Lisa berterus-terang.


p/s: Tahniah kepada Yusry & Lisa..semoga berkekalan hingga akhir hayat!!!

No comments:

Artikel pelbagai